Sudah menjadi lumrah si kecil akan menjadi mangsa kepada si besar. Namun ikan-ikan kecil ini memiliki keupayaan yang luar biasa untuk melindung diri dari menjadi mangsa.

 

Bluestriped Fangblenny

Ikan Bluestriped Fangblenny merupakan ikan kecil dengan kebolehan mengubah warna kepada warna ikan lain seperti oren, kuning, hitam atau biru lantas berasimilasi dengan warna organisma atau ikan sasarannya. Helah penyamarannya cukup sempurna malah ia juga mampu menjadi pemangsa dengan menjadikan ikan yang diasimilasikan tadi sebagai mangsa.

 

Spesies Ikan Dengan Tahap Survival Luar Biasa

 

Ghost Pipefish

Ghost pipefish ini dikatakan mempunyai pertalian dengan kuda laut dan bentuknya pula menyerupai rumput laut. Panjang, halus dan seakan bentuk paip, ikan ini selalu berlegar di dasar laut. Ikan ini hanya menyedut organisma kecil sebagai dietnya. Reka bentuk badannya seakan rumput laut ini sudah cukup untuk proses penyamaran. Ketika musim mengawan, Ghost Pipefish akan berenang ke kawasan terumbu karang dan akan mengubah warna badannya mengikut warna terumbu.

 

Spesies Ikan Dengan Tahap Survival Luar Biasa

IKLAN

 

Cockatoo waspfish

Antara hidupan laut, cockatoo waspfish ini merupakan antara yang paling malas di lautan. Ketika hidupan lain selesa mencari celahan dan rekahan untuk bersembunyi. Cockatoo waspfish ini pula hanya sekadar berlegar mengikut arus. Namun begitu, ia jarang sekali dikesan oleh pemangsa yang berpotensi berikutan bentuk badannya yang seakan-akan dedaun mati yang hanyut di dasar laut.

 

Spesies Ikan Dengan Tahap Survival Luar Biasa

 

Swordtail characin

Bagi swordtail characin, tujuan penyamarannya pula agak unik. Helah penyamarannya bukan untuk mengelakkan pemangsa tetapi bertujuan untuk mendapatkan pasangan. Bagi swordtail characin jantan, ia mempunyai tangkai yang memanjang keluar dari badannya dan ia mampu memberikan bentuk seakan makanan. Jika terdapat Swordtail Characin betina yang memakannya, secara tidak langsung ia akan berada dalam posisi sesuai untuk mengawan.

IKLAN

 

Spesies Ikan Dengan Tahap Survival Luar Biasa

 

Pearlfish

Pearlfish mempunyai helah yang begitu unik untuk terus hidup. Ia melindungi dirinya dengan menjadikan timun laut sebagai perumahnya dengan memasuki bahagian anus timun laut tersebut! Ada ketikanya, hanya bahagian kepalanya kelihatan keluar dan ada masanya ia masuk sepenuhnya ke dalam anus timun laut bagi melindungi dirinya daripada pemangsa berhampiran.

Pearlfish akan memakan organ dalaman timun laut ketika berada di dalamnya. Timun laut berupaya tumbuh semula, jadi mungkin sebab itu ia tak kisah jika Pearlfish menumpang dan memakan organnya.

 

Spesies Ikan Dengan Tahap Survival Luar Biasa

IKLAN

 

Black Marble Jawfish

Spesies ikan black marble jawfish ini pula tampil dengan kebolehan untuk menyerupai mimic octopus! Jika mimic octopus sibuk mengubah bentuk menyerupai ikan, muslihat ikan ini ialah datang menghampiri dan berpura-pura menjadi salah satu daripada sesungut sotong itu. Ini bukan sahaja membolehkan ia mendapat akses kepada makanan sotong itu, malah menggunakannya sebagai ‘raksasa bertangan lapan’ untuk menghadapi musuh.

 

Spesies Ikan Dengan Tahap Survival Luar Biasa Spesies Ikan Dengan Tahap Survival Luar Biasa

 

Tasselled Anglerfish

Dengan gabungan kebolehan bersembunyi dan kesabaran yang tinggi, tasselled anglerfish boleh dikatakan raja penyamaran lautan malah menjadi pemangsa dalam masa yang sama. ‘Umpan’ kecil dari kepalanya yang tergantung betul-betul di hadapan mulutnya kelihatan seolah-olah mangsa yang mudah bagi ikan lain. Dengan keadaan badannya yang hampir tidak dapat dikesan, ia hanya menunggu dengan sabar kehadiran ikan yang terpedaya dengan ‘umpan’ di hadapan mulutnya sebelum menerkam rakus ke dalam mulutnya.

 

Spesies Ikan Dengan Tahap Survival Luar Biasa

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI