Soal Jawab Memancing – Mohon Tips Memancing Spesies Gubal!!

Share

 

Untuk pengetahuan anda, Ikan senangin selalunya aktif pada masa air pasang surut serta bila arus agak laju. Umpan yang sesuai adalah udang hidup, anak belanak, isi ikan parang atau lebih popular disebut cabuk, dan isi ikan kembung segar.

 

Bagi tali perambut pula saya mencadangkan tali yang agak kasar 40- 50 lb dari jenis tali fluorocarbon sepanjang 2 meter di mana mata kail jenis circle hook saiz no 2 atau 3 (bergantung pada saiz umpan).

 

Tali perambut disambung ke tali utama dengan kili dan dipasang batu ladung hidup (running sinker) saiz no 3 atau 6 (bergantung pada arus) pada tali utama.

 

Memandangkan penggunaan mata lingkar, sebaiknya apabila ikan menarik umpan, anda perlu karau tali dengan perlahan sebab sekiranya sentap dengan kuat, bimbang mata kail jenis circle hook akan terlucut dari mulut ikan.

 

Dan apabila melawan ikan senangin, anda perlu berjaga jaga kerana ikan senangin suka meluru ke hadapan jadi terpaksalah karau dengan kuat apabila ini berlaku. Tali pula mesti tegang sepanjang masa.

 

IKLAN