Saya baru berjinak-jinak dengan pancingan di laut. Baru nak belajar membottom. Boleh tak admin buat senarai pendek umpan apa yang sesuai untuk memancing di laut dalam?
JAWAPAN:
Sebenarnya umpan untuk pancingan laut dalam ini agak meluas dan macam-macam jenis umpan boleh digunakan. Namun ada kalanya umpan-umpan tersebut boleh diklasifikasikan mengikut spesies ikan sasaran. Ada juga umpan yang universal bagi sekelompok jenis ikan.
Ads
Jenis umpan yang terbaik ialah untuk bekalan dari jenis umpan segar (ikan, udang, sotong) atau umpan hidup yang diperolehi dari hasil dipancing (menggunakan teknik appolo) ketika dalam perjalanan ke destinasi memancing atau di lokasi memancing itu sendiri. Sementara umpan hidup seperti udang dan udang lipan bolehlah dicari sebelum menaiki bot.
Ads
Manakala umpan segar boleh dibeli di pasar atau di jeti dari nelayan yang baru pulang dari menangkap ikan di laut. Harus diketahui juga bahawa umpan-umpan ini merupakan satu modul utama bagi menentukan kejayaan sesebuah misi pemancingan kerana faktor kesegaran akan menentukan keberkesanannya.
Ads
Antara jenis umpan yang dianggap universal di laut dalam ialah ikan selayang, pelaling, tongkol, ikan kembong, anak ikan alu-alu, cabuk dan sotong pasar. Dan pastikan jumlah umpan ini mencukupi untuk tempoh dan jumlah pemancing dalam sesuatu trip.
Menurut pengalaman pemancing yang sering mengikuti trip laut dalam, lazimnya dalam menyediakan umpan bagi sesuatu trip seperti berikut; jika 10 pemancing untuk trip 3 hari 2 malam sekurang-kurangnya sotong pasar perlu disediakan sejumlah 2 ke 3 kilogram seorang. Manakala umpan ikan kira-kira 2 kilogram seorang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boleh tak tuan kupas isu reel? Terutamanya spinning. Kebanyakan pemancing akan sebut reel lama lebih bagus dari reel baru. Adakah benar perkara ni atau sekadar mitos?
Adakah pembuat reel seperti Shimano dan lain semakin downgrade produk-produk baru? Pendapat peribadi saya sendiri, sudah mesti produk baru lebih advance dari segi teknologi dan materialnya. Pendapat admin pula bagaimana?
JAWAPAN:
Pendapat admin sama seperti anda! Admin sangat setuju bahawa produk baru lebih advance dari segi teknologi dan materialnya.
Tentu saja nama-nama besar pengeluar kekili tidak akan downgrade produk keluaran mereka sebaliknya sentiasa upgrade dari tahun ke tahun.
Ambil contoh dari aspek jumlah ball bearing dan gear ratio sudah cukup membuktikan produk terkini jauh lebih advance berbanding produk terdahulu.
Namun dari satu aspek admin bersetuju dengan pengguna reel lama iaitu dari aspek ketahanan. Kebanyakan reel lama diperbuat daripada material asas yang terbukti ketahanannya.
Kebanyakannya terbuat daripada logam solid. Atas sebab itulah reel lama kebanyakan agak berat dan mampu bertahan untuk tempoh yang panjang.
Mungkin atas faktor inilah pengguna kekili lama boleh mendakwa reel lama lebih bagus daripada reel baru. Tambah pula dengan penggunaan plastik dan komposit menjadikan reel terkini semakin ringan.
Mungkin juga atas faktor lebih ringan ini mereka merasakan reel lama yang lebih berat itu lebih bagus.
Secara peribadi, admin beranggapan pendapat bahawa reel lama lebih bagus berbanding baru hanyalah berlandaskan faktor sentimental semata-mata.
Saya ada satu perkara nak tanya pendapat admin. Betul ke tenggiri hanya menyambar gewang atau jig yang dikarau laju sahaja? Jika betul, kenapa teknik slow jigging yang mengarau jig secara perlahan pun boleh dapat tenggiri? Mohon admin jelaskan kekeliruan ini.
JAWAPAN:
Saya tidak menafikan malah bersetuju dengan apa yang saudara kemukakan iaitu tenggiri menyambar gewang atau jig yang dikarau laju, dan slow jigging juga boleh dapat tenggiri. Dalam erti kata lain, tenggiri akan menyambar gewang atau jig sama ada dikayuh laju ataupun perlahan. Ia jelas menunjukkan bahawa tenggiri menyambar umpan yang bergerak, bukannya umpan yang pegun.
Selain menyambar ketika gewang sedang dikarau, tenggiri turut menyambar gewang yang sedang jatuh di dalam air. Tentu saja gerakan gewang atau jig yang menjatuh adalah jauh lebih perlahan berbanding gerakan menaik.
Faktor inilah yang kebanyakannya berlaku dalam teknik jigging perlahan. Boleh dikatakan kebanyakan jig disambar ketika ia sedang membuai jatuh ke dasar. Perkara yang sama turut berlaku dalam teknik speed jigging. Yang pastinya tenggiri boleh diperoleh sama ada melalui teknik jigging perlahan atau laju.
Apa saja yang berbentuk atau menyerupai diet makanan yang memasuki kawasan atau lalu di hadapan mata pasti akan disambar tanpa mengira tahap kelajuannya. Hanya hasil dari jenis karauan itu saja yang berbeza. Jika gewang dikarau lebih laju dari renangan ikan maka sambarannya akan kesasar dan singgah tepat pada gewang.
Jika dikarau perlahan dan renangannya lebih laju maka hasilnya tali perambut akan menjadi sasaran gigi tajamnya.
Saya sudah beberapa kali mengikuti trip ke kawasan sungai berjeram. Biasanya saya mancing bottom saja tapi akan datang saya nak main casting pulak. Soalan saya, jika menggunakan teknik casting, gewang apakah yang sesuai untuk kawasan jeram?
JAWAPAN:
Bagi teknik casting di kawasan berjeram atau sungai pegunungan, beberapa jenis gewang boleh digunakan. Paling mudah ialah penggunaan sesudu untuk menjerat ikan seperti tengas, sebarau dan bujuk. Penggunaan mata tunggal juga amat efektif. Penggunaan sesudu memang terbukti untuk spesies penyerang dan kawasan berjeram.
Selain itu, anda boleh menggunakan gewang shallow runner atau selaman cetek/sederhana (minnow) jika bersesuaian. Elakkan menggunakan selaman dalam kerana kawasan berjeram selalunya mempunyai kedalaman yang sederhana sahaja.
Selain itu anda juga perlu menggunakan reel casting atau spinning yang memiliki gear ratio tinggi atau high speed. Reel high speed amat untuk bagi membolehkan gewang dimainkan dengan sempurna apabila mengikut arus jeram yang laju.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...