Boleh tak admin kongsi tip untuk menyusun tali masuk ke dalam spool kalau kita menggunakan baitcaster atau multiplier yang tiada line guide?
JAWAPAN:
Ads
Ada beberapa cara untuk menyusun tali masuk ke dalam spool dengan sempurna apabila menggunakan multiplier yang tidak memiliki penyusun tali atau level wind. Pertama, anda boleh menggunakan jari (ibu jari sahaja atau ibu jari dan jari telunjuk) untuk memacu tali memasuki spool ke bahagian kanan atau kiri.
Caranya ialah dengan menekan ibu jari (tangan yang memegang kekili) ke atas tali yang memasuki spool dan memacu ke arah mana yang dikehendaki. Atau boleh cuba dengan cara memegang bahagian bawah joran di depan kekili dengan ibu jari dan jari telunjuk digunakan untuk memacu tali bergerak masuk ke spool.
Ads
Selain itu anda juga boleh menyusun tali masuk dengan cara menyengetkan (memusingkan) kedudukan kekili yang dipegang ke arah kiri dan kanan ketika menggulung tali. Cara ini mungkin kurang kemas tetapi ia dapat mengatasi masalah kedudukan tali membusut di bahagian yang sama.
Ads
Namun kebanyakan multiplier inovasi baru sekarang ini dihasilkan dengan longkang spool yang lebih sempit tetapi dalam berbanding multiplier yang lebih lama, yang kebanyakannya saiz spool begitu lebar. Kekili multiplier terkini sebenarnya lebih senang untuk menyusun tali walaupun tanpa level wind atau bantuan jari.
Malah anda tidak perlu terlalu risau untuk menyusun tali dengan sempurna sebaliknya lebih mementingkan hasil tangkapan yang bakal didaratkan. Setelah hasil tangkapan berjaya didaratkan anda boleh melepaskan tali ke dalam air dan menggulungnya kembali untuk menyusun dengan lebih baik.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Salam strike admin yang hensem. Saya ada satu kemusykilan. Macam mana kita hendak memilih saiz assist hook untuk jig yang nak kita guna. Maksud saya dari segi panjang kevlar dan juga saiz mata kail untuk untuk dipadankan dengan jig?
JAWAPAN:
Satu soalan yang bagus. Sebenarnya tiada formula khusus untuk memilih saizmata kail untuk jig dan berapa panjang tali kevlar. Namun, untuk mengelakkan kegagalan fungsi mata kail mencangkuk ikan, saya amalkan satu formula sendiri.
Jika anda perhatikan, kebanyakan mata kail untuk jigging memiliki gap yang agak lebar. Tujuan adalah untuk meningkatkan prestasi strike. Sifirnya cukup mudah, gap atau lebar mata kail mestilah melebihi kelebaran saiz jig yang digunakan.
Sekiranya mata kail yang digunakan lebih kecil dari saiz lebar jig, kemungkinan mata kail tersebut tidak akan tercangkuk pada mulut ikan apabila ia menyambar jig, disebabkan terlindung oleh badan jig yang lebih lebar.
Sekiranya sudah membeli mata kail yang mana kelebaran lebih kecil berbanding badan jig, perkara ini masih boleh diatasi dengan menghasilkan assist hook berkembar (dua mata kail).
Assist hook berkembar ini banyak digunakan dalam teknik jigging perlahan berikutan kebanyakan jig yang digunakan bersaiz lebar.
Sementara panjang kevlar pula sebaiknya melebih setengah dari panjang badan jig. Jika menggunakan dua mata kail (atas dan bawah) pula, pastikan kedua-dua mata kail tersebut tidak tercangkuk antara satu sama lain.
Pada pendapat admin, tali mono atau braided yang lebih sesuai untuk mancing kolam air masin seperti siakap? Sebab ada yang kata kena pakai mono… ada yang kata kena pakai braided. Pening la!
JAWAPAN:
Kesesuaian jenis tali untuk dipakai di kolam pancing bergantung kepada beberapa perkara. Perkara yang paling penting perlu tahu keadaan struktur dalam kolam. Sekiranya tiada banyak struktur seperti kolong atau tiang-tiang cerucuk, maka tali braided sesuai untuk digunakan.
Sekiranya banyak struktur dan berpermukaan tajam, sebaiknya gula tali mono saja. Ini kerana tali mono lebih tahan geseran berbanding tali braided. Sekiranya ingin pakai tali braided, sebaiknya guna leader yang lebih panjang. Ia lebih selamat sekiranya ikan melarikan tali masuk ke dalam kolong atau bergeser pada struktur tajam.
Teknik pancingan yang ingin digunakan juga memainkan peranan. Sekiranya main teknik casting, tali braided adalah pilihan utama. Ini kerana tali braided mampu menghasilkan jarak lontaran yang lebih jauh.
Seperkara lagi, teknik casting membolehkan anda terus menyentap ikan apabila menyambar umpan sekaligus menutup ruang untuk ikan membawa tali lari ke kolong. Namun pastikan leader yang digunakan juga panjang.
Sekiranya teknik bottom atau apungan maka tali mono adalah lebih sesuai. Bagi pemilihan tali mono, sebaiknya pilihlah tali mono berdiameter kecil dan lebih lembut tetapi kuat dan lasak.
Saya tengok sekarang ni teknik bottom fishing semakin menjadi pilihan ramai. Saya pun rasa teringin nak join jugak. Jadi boleh tak admin beri nasihat sikit untuk saya beli bangla. Maklum sajalah harga seketul bangla bukannya murah.
JAWAPAN:
Admin sebenarnya bukanlah pakar sangat bab teknikal bangla ni jadi admin telah minta nasihat dari orang yang pakar dalam bidangnya ini. Ini merupakan khidmat nasihat yang diberikan.
Ramai kawan mencari mesin karen kecik-kecik ini sebenarnya tapi saya selalu interview dulu sebelum bagi mesin kecik-kecik ini. Selalunya saya akan tanya dulu… dah ada ka mesin atau ini mesin first? Nak buat apa mesin karen ini… jigging ke bottom?
Sebab apa saya tanya….? Mesin karen kecik ini kuat sebenarnya tapi dia tak sesuai untuk kita guna full time bottom. Sekali sekala ok lah.
Mesin kecik ini size dia kecik dan sudah tentu size motor dia pun kecik. Saya risau jangka hayat dia tak lama kalau kita heret batu sekilo selalu.
Kita kalau nak cara mesin karen first reel kita kena size besar dulu. Kalau nak enjoy baru kita cari yang kecik. Jigging, apollo, bottom drift ( bottom sambil pegang rod ) memang best pakai mesin kecik2-kecik ini.
Saya tak mau kawan-kawan salah buat pilihan dan buang duit tu saja tujuan saya. Harap ia sedikit sebanyak membantu la.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...