Tidak dinafikan batu ladung merupakan terminal tackle yang wajib ada jika memancing teknik dasar di laut dalam. Ada banyak aspek yang perlu diketahui dalam penggunaan batu ladung ini. Antaranya ialah hubungan atau kaitannya antara lokasi dan kelajuan arus laut.
Malaysia mempunyai dua pesisir pantai atau perairan utama iaitu pantai barat dan pantai timur. Kedua-dua perairan pantai ini memiliki struktur bumi yang berbeza. Pantai barat atau perairan Selat Melaka lebih sempit berbanding pantai timur atau perairan Laut China Selatan.
Ads
Kalau di pantai barat, had maksimum saiz batu ladung yang biasa digunakan ialah bersaiz #32 atau berat metrik 1.5kg. Manakala di pantai timur pula had maksimum saiz batu ladung ialah #24 atau berat metrik 1kg. Perbezaan ini disebabkan arus di pantai barat lebih deras berbanding di pantai timur berikutan laluan yang sempit.
Begitu juga halnya di Sabah dan Sarawak, di mana arus lautnya lebih kurang sama seperti Pantai Timur Semenanjung kerana ia berkongsi laut yang sama iaitu Laut China Selatan.
Ads
Kebiasaannya, memancing di laut dalam hanya perlu membawa batu ladung mati bersaiz dari #8 hingga ke #24 atau #32 jika memancing di pantai barat.
Ads
Berapakah jumlah yang perlu dibawa? Jumlah batu ladung yang perlu dibawa pula bergantung kepada durasi waktu memancing dan yang penting ialah sentiasa mempunyai batu ladung tambahan sebagai langkah keselamatan.
Ia sebagai bekalan jika berlaku kejadian tali pancing sangkut atau putus akibat dari gigitan ikan, terkena karang yang tajam, tersimpul dengan tali rakan-rakan yang terpaksa diputuskan atau kehilangan yang tak diduga.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boleh tak admin share pengalaman bagaimana nak naikkan ikan contohnya ikan toman yang kita pancing dengan selamat kalau takde tangguk atau lip grip?
JAWAPAN:
Terdapat beberapa cara untuk kita menaikkan ikan ke darat atau sampan tanpa menggunakan alat bantuan seperti gancu, tangguk atau lip grip. Namun hanya tiga cara yang dianggap paling selamat. Sebelum itu pastikan anda meletihkan toman terdahulu agar lebih mudah pengendaliannya nanti.
Pertama, anda boleh menyeret ikan tersebut ke darat dengan menggunakan kekuatan tali pancing. Pegang leader dan tarik tanpa perlu mengangkatnya ke atas. Namun cara ini boleh dilakukan di tebing landai saja. Tidak sesuai jika tebing tinggi atau di atas bot.
Cara kedua, apabila toman sudah kelihatan dan berjaya ditarik ke gigi air, anda boleh mencekak jari ke dalam rongga mata toman. Cara ini mungkin berisiko sekiranya toman masih aktif namun ia tidak akan mencederakan ikan.
Cara ketiga dan merupakan paling selamat ialah dengan memegang bahagian bawah perut ikan. Bahagian perut bawah perut ikan merupakan kawasan yang agak sensitif dan boleh membuatkan ikan akan pasif apabila dipegang.
Kesemua caranya ini perlulah dilakukan dengan cermat dan penuh keyakinan kerana sebarang tindakan teragak-agak boleh menyebabkan kecederaan pada diri sendiri. Ini kerana walaupun kelihatan sudah lemah, toman kadang-kadang boleh bertindak agresif tanpa dijangka.
Suatu hari saya terpancing ikan pari seorang diri. Masalahnya, saya tak nak tapau ikan ni. Jadi, boleh tak admin beritahu cara-cara bagaimana untuk mengendalikan pari yang telah didaratkan supaya ia dapat dilepaskan kembali tanpa mengalami sebarang kecederaan?
JAWAPAN:
Cara paling baik dan selamat untuk mengendali atau mendaratkan ikan pari ialah dengan menggunakan tangguk atau sauk. Jangan pula menggunakan pencangkuk kerana ia jelas akan mencederakan fizikal pari tersebut.
Namun penggunaan tangguk akan berisiko pula kepada anda. Apatah lagi jika tangguk yang dibawa kecil sementara saiz pari pula besar. Pasti sukar untuk memasukkan pari tersebut ke dalam tangguk. Oleh yang demikian, berhati-hatilah jangan sampai ada anggota badan anda tertusuk dek sengat pari.
Jika tiada tangguk dan anda memancing di pantai, anda boleh mengheret pari tersebut ke pantai dengan memegang bahagian ekornya. Pastikan pari tersebut betul-betul berada di atas darat atau gigi air. Kemudian terbalikkan pari tersebut, keluarkan mata kail yang tercangkuk pada mulutnya dan bolehlah bebaskannya dengan selamat.
Jika mata kail berada jauh di dalam tekaknya dan sukar untuk dikeluarkan, potong sahaja perambut di bahagian paling dekat dengan mulutnya. Kebanyakan mata kail boleh terurai dengan cepat di dalam air masin dan terdapat ujian yang menunjukkan bahawa ikan yang dilepaskan dengan cara ini menjamin kelangsungan hidup mereka.
Seperkara lagi jangan sesekali mematahkan duri sengatnya jika ingin dilepaskan kembali. Sengat itu merupakan senjatanya untuk memburu dan juga mempertahankan diri dari pemangsa. Perbuatan ini sering dilakukan oleh pemancing apabila mendaratkan pari meskipun tidak berhajat untuk membawanya pulang.
Boleh tak kita guna alat penyelamat gewang yang biasa diguna oleh pengilat menyelamatkan gewang yang tersangkut ketika casting dengan menaiki bot, untuk menyelamatkan jig yang tersangkut pada karang atau sebagainya ketika jigging?
JAWAPAN:
Saya kira ini satu soalan yang sangat bernas kerana belum pernah terdengar perbincangan tentang penggunaan penyelamat gewang atau lure retriever di laut. Memandangkan ia tidak pernah dibincangkan dan saya sendiri tidak pernah terfikir untuk menggunakan penyelamat gewang tersebut ketika jig tersangkut pada karang ketika berjigging, maka saya sama sekali tidak dapat memberikan satu jawapan yang kukuh.
Secara teori, saya beranggapan penggunaan penyelamat gewang ini tidak sesuai untuk digunakan bagi melepaskan jig yang tersangkut. Saya hanya berkata ia kurang sesuai bukanlah bermakna ia tidak boleh digunakan. Sekiranya anda ingin mencubanya, ia sama sekali tidak salah untuk diaplikasi.
Saya melihatnya kurang sesuai untuk digunakan berdasarkan beberapa perkara. Pertama, pada pengamatan saya penyelamat gewang khusus untuk kegunaan pancingan air tawar khususnya di tasik sungai dengan kedalaman tidak melebihi 10 meter.
Sebaliknya jika ingin digunakan di laut, faktor kedalaman laut dan pergerakan arus yang laju pasti tidak mengizinkan penyelamat gewang ini dapat berfungsi dengan sempurna. Bayangkan saja berapa panjang tali yang perlu disimpan dalam dan berapa besar pula gelendung penyelamat gewang yang perlu digunakan jika berjigging di dalaman sehingga 80 meter.
Dan berapa berat pula pemberat pada penyelamat gewang yang perlu digunakan agar ia dapat turun secara menegak ketika arus umpama torpedo?
Tambah pula tidak ramai tekong jigging masa kini yang mahu memberikan kerjasama dan berusaha untuk menyelamatkan jig para pemancing yang tersangkut dengan sesuatu objek di dasar laut. Senang cakap, penggunaan penyelamat gewang di laut agak tidak pratikal dan besar kemungkinan akan menyebabkan penyelamat gewang tersebut turut sama menjadi tukun bersama jig yang tersangkut.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...