Saya ada sebatang rod pantai 15 kaki panjang. Boleh tak kalau saya guna rod untuk guna dengan reel bangla atau kekili elektrik?
JAWAPAN:
Boleh… tetapi dua perkara utama perlu diambil kira. Sebelum dilakukan make over terhadap joran pantai kepada joran bangla, kekuatan dan kemampuan rod tersebut perlu dipastikan terlebih dahulu.
Ads
Cara mudah untuk menguji adalah dengan mengangkat dan menampung beban sehingga 1kg. Ini bagi bagi membolehkan ia menampung beban batu ladung ketika digunakan nanti.
Kedua, anda harus faham bahawa aksi rod pantai (kekili mendatar) dan rod bangla (kekili menegak elektrik) adalah berlawanan.
Cincin dan pemegang kekili rod pantai dipasang pada bahagian bawah tulang belakang rod, sementara cincin dan pemegang rod bangla dipasang di bahagian atas tulang belakang rod.
Ads
Oleh yang demikian, jika anda ingin menggunakan rod pantai sebagai rod bangla maka ia perlu dicustom atau diubahsuai sepenuhnya.
Semua cincin pada rod pantai perlu ditanggalkan dan ia tidak sesuai untuk digunakan. Begitu juga dengan pemegang joran.
Ads
Maka perlu cincin dan pemegang kekili yang baru perlu dipasang pada bahagian atas tulang belakang rod dengan sususan yang berbeza pula.
Kesimpulannya, memang boleh make over rod pantai menjadi rod bangla tetapi ia adalah satu kerja yang renyah.
Jika menggunakan khidmat pembuat rod custom pun belum tentu mereka mahu melakukannya dan kos upah dan alatan juga tinggi.
Silap hari bulan, ia lebih mahal daripada anda membeli rod yang khusus untuk kekili elektrik.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya inginkan penjelasan sedikit tentang penggunaan spreader bar atau yang biasa disebut sebagai tanduk. Teknik memancing yang sebagaimana perlu bagi menggunakan tanduk ini?
JAWAPAN:
Tanduk atau spreader rigs merupakan salah satu alatan terminal yang digunakan khususnya untuk pancingan dasar atau bottom, lazimnya bagi sesi pancingan laut dalam. Ia dipercayai digunakan oleh nelayan terlebih dahulu sebelum digunakan secara meluas dalam pancingan laut dalam.
Secara tidak langsung spreader atau tanduk ini amat penting sebagai sebahagian daripada aksesori lengkap peralatan pancing dan semasa memancing terutamanya di lautan bagi teknik pancingan dasar.
Biasanya tanduk diperbuat dengan pelbagai jenis dan bentuk serta material. Ada tanduk yuang diperbuat daripada besi tahan karat atau stainless steel, ada yang menggunakan bahan pvc atau getah, dan ada diperbuat daripada tanduk kerbau air yang asli!
Tanduk berfungsi untuk menghalang tali perambut dan umpan daripada terbelit pada tali sulam atau biasa disebut dengan istilah panjat pokok. Sekiranya kejadian panjat pokok ini berlaku ia akan menyebabkan kita umpama menunggu buah yang tak gugur kerana ikan buruan pastiknya tidak berminat kepada umpan yang terbelit pada tali.
Selain itu tanduk juga dapat menghalang batu ladung daripada jadi terkubur dan menjadi batu karang.
Ini kerana jika tersangkut pada karang, perambut mata kail sahaja yang putus. Batu ladung malah tanduk juga masih selamat sekiranya tali utama yang menyambungkan tanduk tidak putus.
Saya ada persoalan tentang pancingan bottom di laut. Sekiranya kita memancing spesies bersisik seperti jenahak dan kerapu di sesuatu lubuk, pada bahagian manakah yang terbaik untuk dilabuhkan umpan? Sama ada di bahagian depan, tengah atau di belakang lubuk?
JAWAPAN:
Jika kita memancing di kawasan lubuk (kawah, lubang, kapal karam atau tukun) sasaran melabuh umpan terbaik adalah di dalam lubuk di mana tempat ikan selalu berkumpul di dasarnya. Lubuk begini lazimnya lubuk kawah atau lubang yang tiada hadangan di tengah-tengah lubuk.
Namun berbeza jika kita memancing di lubuk yang mana di tengah lubuk terdapat reba, tukun atau kapal karam. Sudah tentu jika kita melabuhkan umpan di tengah lubuk maka umpan, mata kail dan ladung akan turut sama menjadi tukun.
Jika kita memancing di lubuk sebegini maka sasaran terbaik melabuhkan umpan adalah di bahagian hadapan lubuk. Seperkara lain lazimnya, ikan-ikan besar sering berada di hadapan dan dalam tukun untuk melakukan serang hendap dan sebagainya.
Lokasi pilihan lain ialah bahagian sisi lubuk sama ada di sebelah kiri atau kanan sisi lubuk. Jangan berada di belakang lubuk kerana kawasan ini terlalu jauh dari zon serangan ikan bersisik.
Kebiasaannya ikan bersisik akan menyerang mangsa dari dalam dan belakang lubuk dengan menerpa arah hadapan di mana terdapat sumber makanan seperti anak ikan yang datang mengikut arus di hadapan lubuk.
Apabila kita berkunjung atau memancing di kolam air tawar, kita akan dapat melihat pemancing meletakkan joran pada pancang dengan pelbagai kaedah.
Ada yang meletakkan joran secara menegak, mendatar, mendongak dan juga menunduk hampir mencecah air kolam.
Pada pendapat saya tiada yang salah atau betul dalam perkara ini. Jika ada penerangan di sebaliknya mungkin berkaitan dengan teknik pancingan yang diamalkan atau bagi menyesuaikan keadaan dengan geografi kolam.
Sebagai contoh, jika kolam tersebut bertebing tinggi maka teknik menundukkan joran hingga mencecah lebih sesuai.
Malah, dengan meletakkan joran menunduk ke air juga adalah lebih selamat dari terbang ke dalam kolam sekiranya pancing direntap kasar oleh ikan.
Ini kerana tarikan mengejut dari ikan boleh menyebabkan joran terlepas dari pancang jika diletakkan dalam keadaan mendatar atau mendongak.
Jika mempraktikkan teknik pancingan apung maka meletakkan joran dalam keadaan menegak adalah lebih pratikal. Dengan cara itu lebih mudah untuk melihat atau mengesan sebarang pergerakan tali pancing di permukaan air.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...