SOALAN:

 

Apakah boleh atau tidak jika saya tidak gunakan kili atau snap untuk gewang dengan hanya mengikat terus perambut pada gewang?

 

JAWAPAN:

 

IKLAN

Sebenarnya boleh sahaja anda mengikat terus gewang sama ada dengan menggunakan leader (perambut) atau ikat terus pada tali utama tanpa menggunakan swivel atau kili. Malah ikatan ini ada istilahnya tersendiri dan ada yang menamakannya sebagai Rapala knot.

 

Soal Jawab Mancing – Apa Kelebihan Sambungan Terus Pada Gewang?

 

IKLAN

Hakikatnya, menggunakan gewang dengan ikatan langsung tanpa sambungan swivel ada kelebihan tersendiri. Ini kerana, persembahan gewang ketika beraksi sebenarnya lebih realistik. Namun teknik ini hanya sesuai sekiranya anda menggunakan sebutir atau seketul sahaja gewang dan tidak akan tukar-tukar gewang.

 

Sebabnya? Jika ingin menukar gewang yang baru maka ikatan rapala knot ini perlu diputuskan dan kemudian perlu melakukan ikatan yang baharu pula pada gewang yang lain.

IKLAN

 

Majoriti hari ini, pemancing terutamanya kaki-kaki casting akan menggunakannya swivel kerana boleh menukar pelbagai gewang dengan pantas sekiranya gewang yang digunakan tidak berjaya memikat ikan.

 

Soal Jawab Mancing – Apa Kelebihan Sambungan Terus Pada Gewang?

 

Selain itu penggunaan swivel ini juga dapat mengelakkan tali utama (terutamanya tali sulam) akan berpintal sekiranya menggunakan gewang yang beraksi secara berpusing. Untuk menghasilkan renangan gewang yang realistik, sila gunakan swivel yang bersesuaian dengan tali perambut, berat dan saiz gewang. Pastikan juga swivel yang anda beli itu kecil, ringan tetapi cukup berkualiti.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI