Setting Umpan Pelet Papa Paste

Share

 

Apa saja jenis umpan perisa yang ada di pasaran memiliki kelebihan tersendiri. Ia boleh digunakan terus bersama bahan utama umpan seperti roti, dedak atau pelet. Namun untuk paduan yang lebih padu, ia perlu diolah dengan bahan lain.

 

Di sini saya berkongsi cara saya menyediakan umpan pelet yang diolah bersama perisa Papa Paste dan beberapa bahan lain yang terbukti berkesan menewaskan ikan patin.  Bahan umpan lain yang perlu digunakan juga tidak sukar untuk dicari.

 

 

Kalau korang teringin nak buat umpan ini pastikan ikuti tutorial yang disediakan ini.

 

Tutorial 1

Masukkan ke dalam bekas bekas bancuhan umpan 2 kg pelet 558 dan 400 gm pelet 920 bersaiz besar.

 

Tutorial 2

Masukkan air kelapa tua masam 1 liter dan biarkan ia menyerap pada pelet lebih kurang satu jam.

 

Tutorial 3

Masukkan kelapa parut dan gaul hingga sebati. Biarkan campuran ini lebih kurang setengah jam.

 

Tutorial 4

Masukkan Papa Paste Strawberry Kongkang 150 ml,  Strawberry Papa Paste 30ml, Papa Paste Nangka 60ml. Gaulkan hingga sebati. Biarkan setengah jam. Kemudian leraikan pelet dan masukkan pulak Papa Paste Frambozen 2 tudung botol.

 

 

Biarkan sejam. Kemudian masukkan ke dalam plastik dan peram semalaman.

 

 

Apabila hendak digunakan di kolam pancing, tambah 3 penutup botol Papa Paste Papazola bertujuan untuk menaikkan lagi aroma pemikat. Selamat mencuba!

IKLAN