Selain mengikuti perkembangan dunia pancing, apakah kelebihan dengan kewujudan komuniti dan grup pancing di media sosial? Perkongsian tip memancing, mencari kawan komplot atau macam mana? Apa pendapat korang?
Tarvin Mac
Boleh juga wujudkan nilai persaudaraan.
Mohd Zulkifly Mohd Jalil
Mengeratkn silaturrahim, dpt info trkini, dpt tunjuk hasil, kongsi ilmu.
Shamsul Adha
Kalau fikir scara positif kelebihan komuniti dialam maya ni… kita dpt informasi.kenal mengenal. brtukar pndapat dn cara.meriahh tu.
Kd Negri
Byk kelebihannya… merapatkan talian persahabatan. Mampu memperkenalkan dan menjana ekonomi pengusaha serta mengatahui asas tektik n teknik bg pemancing baru.
Yares Yunus
Nomot 1… mencari rakan yakni ukhwah dikalangan masyarakat kaki mancing…. selebihnya apa yg disebut admin. In sya Allah.
Mohd Hafiz Razali
Memang bagus ada group mancing ni… boleh kongsi pendapat, tips, dan lokasi memancing… tp yg best skali… kaki bahan org mmg ramai dlm group mancing ni.
Marcellinus Marcell
Pada pendapat saya, kelebihannya ialah dapat menimba ilmu terutamanya tip memancing & lokasi memancing yang berdekatan.
Komplotan tu yg lawak skit tu… apa daaa… cari port mancing yg baru.
Kail Patah
Dpt mengeratkan lg persahabatan, famili, persaudaraan… yg paling best sekali dpt joran fendwick dari Mohd Faizal.
Ramizi Bin Abdullah
Tambah kawan, ilmu, port & serba serbi lagi. Tapi jangan guna laman sosial untuk kutuk, keji & meluah perasaan yang bukan2.
Zulkifli Zul
Mengeratkan tali persahatan antara 1 sama lain. baik yg dekat atau yg jauh. Sama2 kita rapat… terbaikk!
Fendy Ja’apar
Cari bakal KDN. Erkkkkk!
Nur D Hatimu
Bg sy y jahil tetg dunia pncing ni amat2 pntg group pncg ni n bnyk y sy belajar n mndegar pegalmn otai2 pai trjebk bli jorn bru y bg sy mhl la.bg org lain mgkin murah kot. Hiii RM260 suka2 bru bli smlm. Jgn marah.
Mohd Shaharol
Group pancing contoh whatapp lebih kepada mengukuhkan ikatan silaturrahim, berkongsi ilmu pancingan dan bolehlah plan komplot dengan lebih mudah dan selesa… perkongsian lubuk pun tiada masalah sebab dah tahu masing2 bukan kaki tuba.
Fadhli Dan Nur Asiah
1.Tambah kawan 2.Teknik & cara berkaitan memancing 3.Cari barang pancing yang tiada jual di tempat sendiri.
Sayur Keladi
Hahaa… syok tgk kawan2 berdebat ler! Oppsss….
Isa Saad
Menjelajah semua negeri dan kawasan top pancing untuk dihebah pada kawan2.
Faizal Azreen
Aslmkm… cari kawan… tambah pengetahuan… sebar pengalaman… InshaAllah berkat..!
Amirul Irfan
Menambah ilmu, kenalan, dan mempelajari tentang ikan-ikan buruan di negara lain melalui rakan di luar negara. Mengenal pasti perangai ikan di tempat lain… lain padang lain belalang dan memberi kata semangat antara satu sama lain ketika kumpau.
Yadin Ny Nyadin
Tmpt untuk meracun kawan2.. terutama yg lama xturun mancing.. haha.
Pakaian camouflage sememangnya sudah menjadi trend caster di tempat kita. Namun pakaian begitu boleh menimbulkan kekeliruan terhadap tentera atau pengawal keselamatan di negara tersebut. Tidak kiralah ketika memancing apatah lagi dalam kenderaan.
Sebagaimana anda menggunakan setting peralatan untuk casting sebarau di Tasik Kenyir atau Tasik Temenggor, setting yang sama boleh digunakan di Tasik Banglang ini. Kebanyakan daripada kami menggunakan rod dari serendah 4-10lb hinggalah 8-17lb. Tali utama pula berkekuatan dari 8lb hinggalah 20lb. Sementara gewang pula dari jenis permukaan dan sesudu.
Ada baiknya sebelum mula casting, ambil sedikit masa untuk melihat ikan-ikan apa yang dikerjakan oleh ikan pemangsa. Ketika kami datang ke sini kami dapati banyak aktiviti ikan pemangsa mengejar dan membaham ikan jenjulung.
Sifat ikan jenjulung banyak mendiami pra permukaan air menjadikan gewang-gewang kecil tetapi panjang aksi permukaan cukup laku untuk memperdaya sebarau terutama spesimen besar di tasik ini.
Bagi yang tidak biasa casting di atas bot pancung, anda dinasihatkan mengambil sedikit masa menyesuaikan diri untuk keseimbangan. Jika tidak yakin untuk berdiri maka lebih baik casting sambil duduk saja. Kebanyakan bot pancung di sini direka untuk kelancaran pergerakan tetapi agak kurang stabil.
Elakkan dari melakukan pergerakan mengejut lebih-lebih lagi jika ada rakan yang casting sambil berdiri. Jaket keselamatan merupakan kelengkapan wajib pakai.
Jarak antara lantai dengan dinding bot juga agak rendah bukan saja membuatkan anda berasa sedikit gayat, malah juga memudahkan hasil tangkapan terlepas kembali ke air. Pastikan anda mengendalikan hasil tangkapan dengan baik sekiranya tidak mahu melihat insiden badong yang didaratkan menggelepar hingga terlepas kembali air. Ramai pemancing berhadapan dengan perkara ini termasuk saya sendiri.
Kebanyakan boatmen atau tekong di sini bukanlah tekong sepenuh masa. Ramai di antaranya hanya penduduk setempat yang memiliki bot pancung untuk kegunaan sendiri, bukannya untuk membawa pemancing memancing.
Jadi, sedikit sebanyak bantuan perlu diberikan kepada mereka. Jangan segan meminta tekong bawa ke mana-mana spot yang berpotensi pada pengamatan anda. Begitu juga dengan kedudukan bot yang betul ketika menghadap lubuk.
Kalau nak diikutkan, persoalan itu agak sukar dijawab sebenarnya. Kalau hendak dirungkai dengan fakta dan bukti saintifik sekalipun sukar untuk membuktikannya. Lihat sajalah suasana sewaktu pertandingan memancing yang cukup hingar-bingar namun pemancing masih mampu mendapatkan hasil tangkapan.
Namun, pasti ada juga yang kurang bersetuju dengan penulis. Iyelah, ada di sesetengah kawasan dikatakan faktor bising boleh mengakibatkan ikan jadi culas dan takkan berani menjamah umpan. Di kawasan kelong misalnya.
Ikan dikatakan banyak bermain di tiang-tiang kelong dan jika suasana terlalu bising dikhuatiri ia akan menakutkan ikan dan sekali gus membuatkan potensi untuk anda ‘membangau’ seharian akan menjadi lebih cerah.
Tapi, sekali lagi, perkara ini tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Ada kalanya, masih ada lagi pemancing yang mampu mendaratkan ikan biarpun memancing dalam suasana riuh rendah.
Iyelah, bila dah berkumpul dengan rakan-rakan sehobi pastinya mulut tu takkan duduk diam untuk membahan rakan-rakan yang lain. Ada je yang nak di’bahan’kan sambil dikelilingi gelak tawa.
Namun, memancing masih lagi mendapat hasil yang memuaskan. Jadi agak sukar juga untuk membuktikan teori bunyi bising menakutkan ikan dan sewaktu dengannya.
Walau bagaimanapun untuk memburu spesies sungai pergunungan seperti kelah memang penulis akui yang ia perlukan suasana yang sunyi dan terhindar daripada bunyi bising. Ini kerana spesies seperti ini amat sensitif dengan bunyi dan pergerakan. Tak hairanlah ada yang sampai kena menyorok di balik pokok kalau nak memancing si raja sungai ni.
Apa kata netizen:
“Ikan tiada telinga tetapi amat sensitive dengan getaran yang bukan normal. Sebab tu ada yang ikan makan walaupun bunyi bot lalu lalang sebab dah biasa atau lali dengar persekitaran yang hingar. Ada juga ikan yang tidak jamah umpan dan pergi jauh dari persekitaran yang bising. Kebanyakan ikan tersebut dari jenis ikan bermisai yang menggunakannya sebagai sonar.”
– BALUNGER STRESSMADDES
“Pengalaman aku, bukan saja buat bising, kalau kawan-kawan lain teruja sangat tengok ikan dan buat bunyi. “Fuyoo… fuyoo… apu…. apu…. “ gerenti 100% ikan tak akan makan lagi kat tempat tu. Dah melanggar pantang. Satu perkara lagi, kalau benda keras jatuh atas perahu/bot ikan sangat sensitif sebab bunyi dentuman tu terus turun ke dasar sungai. Itu pengalaman saya. Jaga mulut dan jaga tingkah laku / gerak geri atas perahu / bot.”
– SUNGAI PAOH ANGLER’S MAN
“Simple je, tali pancing tu, mcm kita main telefon tin masa kecik-kecik dulu. Getaran suara kita boleh sampai ke bawah melalui tali tu. Untuk ikan laut takpe sebab air laut dia beralun dan masin. Bila masin air dia pekat sikit so getaran suara tak sampai terlalu bawah. Tapi kalau ikan air tawar memang sensitif sebab air tawar ni kurang beralun getaran suara kita melalui tali tu boleh sampai bawah dekat dengan umpan. So, ikan susah nak makan.”
– HAZ LONCOI
“Bising aje lah. Fokus memancing hanya bergantung pada individu, senyap tapi berangan pun tiada gunanya. Teknik tanpa keyakinan jua sia-sia. Ikan dan manusia berada pada dua alam yang berbeza. Sang ikan hanya hidup utk makan dan membiak. Pada dasarnya memancing adalah aktiviti buat manusia yang ingin mencari ketenangan dan kegembiraan. Bukan untuk menambah tekanan. Tiada gunanya jika hasil yang melimpah ruah namun tiada kegembiraan dalam diri sendiri atau pun rakan yang lain. Bergembira dan riang ria lah ketika memancing kerana hati yang girang adalah pembukaan pintu rezeki. Amin.”
– INDRA IRWAN ISMAIL
“Buat masa ni teori ikan makan kalau pemancing senyap tak benar raso ehhh bagi den. Alhamdulillah, den selalu bergaduh bertekak ateh bot untuk merancakkan suasana memancing. Waktu tu la strike selalu berlaku. Jadi buat kengkawan yang pergi memancing dengan den mental jangan kuyak ye… kakakakakaka. Jigging sambil berdangdut baru la namo ehhh memancing… haha.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...