Ramai Yang Tak Tahu Umpan Ini Sangat Mujarab

Share

 

Sekiranya anda seorang penggemar makanan eksotik seperti telur belangkas, sudah pasti ia akan dijadikan juadah. Sebaliknya jika anda tidak berani untuk menikmatinya sebagai juadah, sebenarnya telur belangkas juga merupakan umpan yang mujarab untuk memancing spesies bermisai seperti sembilang, duri atau belukang.

 

Di sini, kami memperlihatkan tatacara mengambil telur belangkas dari cengkerang dan cara-cara memasangnya pada mata kail.

 

Tutorial 1

Proses mengambil telur belangkas perlu dilakukan secara cermat dan berhati-hati. Lendir atau urat dari telur ini perlu diambil sekali. Jangan ambik telur saja. Nanti susah nak cangkuk kat mata kail kerana ia memegang telur dengan sempurna.

 

 

Tutorial 2

Inilah rupa telur belangkas berserta urat dan lendir yang telah berjaya dikeluarkan dari cengkerangnya. Ia menjadi rebutan ikan-ikan pemangsa dan pelbagai spesies lain apabila belangkas melepaskan telurnya.

 

 

Tutorial 3

Ambil urat dan lendir yang disaluti telur tu dan cangkuk pada mata kail seperti biasa. Cara cangkuk lebih kurang macam kita guna umpan hirisan ikan atau sotong.

 

 

Tutorial 4

Cangkuk sampai umpan menutupi mata kail tetapi pastikan point mata kail itu tercucuk keluar dari umpan supaya mudah tercangkuk pada mulut ikan.

 

 

Tutorial 5

Inilah rupa yang dah siap. Tapi kalau nak elak umpan ni tercabut semasa proses melontar, korang disarankan ikat umpan ni dengan benang elastik atau tali benang biasa. Jadi, kalau terbaling kuat tu taklah bersepai umpan korang.

 

 

Tutorial 6

Hasil penggunaan umpan telur belangkas biasanya pak belangkas yang bedal dulu… kalau nasib baik dapatlah pak sembilang yang menjadi sasaran utama.

 

IKLAN