Bagi pemancing yang baru menceburi pancingan laut dalam, mereka akan dianggap lulus jika berjaya menjinakkan spesies berparuh.

Ikan ini dikelaskan sebagai gamefish yang perlu dilepaskan menepati konsep pancingan sukan, tangkap dan lepas.

 

Ciri fizikal

Sesetengah saintis berpendapat ia adalah spesies tunggal dengan nama global Indo-Pasific Sailfish.

Namun ada juga saintis berpendapat, layaran terbahagi kepada dua iaitu Indo-Pasific dan Atlantic sailfish. Terdapat perbezaan antara keduanya.

Dalam pengkelasan taksonomi, nama saintik yang ditemui hanyalah Istiophorus platypterus. Tiada gambaran terperinci mengenai satu lagi spesies layaran.

 

Profil Ikan Layaran

baca juga taktikal buru layaran

 

Ikan layaran dikategorikan sebagai billfish iaitu ikan berparuh, bermuncung panjang dan paling menarik ialah layarnya iaitu sirip dorsal kembang menawan hitam kebiruan.

Lavi pada bawah bahagian tengkuk memanjang hampir memanjang setengah badannya. Sirip umpama layar, berparuh dan juraian lavi adalah ciri-ciri utama ikan layaran ini.

 

Layaran dipercayai mampu membesar sehingga tidak melebihi 3meter panjang dengan berat maksimum 110kg, namun rekod tangkapan menggunakan joran dan kekili dipegang oleh Carl Stewart pada 1947 di Ecuador dengan berat 221lb (100.25kg).

IKLAN

Ia boleh dikatakan membiak sepanjang tahun di kawasan air tropika dan sub-tropika. Tiada musim tertentu waktu pembiakannya.

 

Profil Ikan Layaran

 

Habitat Dan Sifat

Jenis ikan epi-pelagik ini biasanya ditemui di atas garisan suhu termocline (garisan aras laut pada kedalaman tidak menentu).

Sesuai dengan ikan tropika ia banyak ditemui di lokasi laut berhawa sederhana dan kebanyakan waktunya bermain di permukaan air.

 

Ia boleh berada di kawasan lautan dalam 1000meter dan juga persisiran pantai di mana paras air kurang dari 20meter.

Walaupun berada di lautan dalam, spesies ini tidak akan berada lebih dari 100meter.

IKLAN

 

Profil Ikan Layaran

 

Jika diperhatikan lokasi yang lumrah ikan ini ditemui di Semenanjung ialah sekitar kawasan unjam Pantai Timur, Pulau Jarak, Pulau Bidan sekitar Tuas dan Tukun Perak di pantai barat.

Amnya lokasi permainan layaran ialah kawasan yang diketahui banyak terdapat kumpulan ikan kecil sebagai sumber diet utamanya.

 

Lokasi di pantai barat ikan ini lebih tertumpu di sekitar pulau berbatu kecuali di Tuas manakala lokasi di pantai timur semenajung pula ia lebih gemar pada gugusan unjam darat mahupun laut.

Sabah juga tidak boleh dinafikan syurga bagi layaran terutama di lokasi terumbu dan jurang laut di pinggir pulau.

 

Profil Ikan Layaran

IKLAN

 

Apa yang menarik tentang layaran ialah tabiat semulajadinya gemar melakukan aksi akrobatik ke udara pada awal pagi dan menjelang petang.

Waktu itu anda hanya mampu melihat kerana ia tidak berminat dengan umpan. Jika kumpulannya banyak anda boleh lihat sehingga 5 ekor melonjak ke udara serentak dan di sudut lain kumpulan layaran melakukan senaman unik.

 

Makanan Buruan

Bagi ikan mendiami permukaan air, makanan utamanya pula pastilah dari jenis pelagik seperti kembung, pelaling, tongkol kecil, selar, selayang, tamban, lolong, selar kuning dan ikan bilis.

Anak tongkol, kembung dan pelaling boleh disifatkan sebagai kegemaran manakala tamban, selar dan sotong cumit sebagai alternatif.

Tempat kumpulan ikan pelagik berkumpul dan bermain juga merupakan kawasan yang sering di kunjungi layaran.

 

Profil Ikan Layaran

baca juga kenali ikan tenggiri batang

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI