Penggunaan tali tangsi atau mono adalah satu KEMESTIAN. Dilarang sama sekali menggunakan tali sulam atau braided. Tali tangsi pula sebaiknya tidak lebih dari 25lb.
Warna tangsi sebaiknya warna jernih atau hijau atau warna yang sepadan dengan warna air di lubuk. Tali tangsi yang berdiameter kecil tetapi tahan lasak adalah pilihan terbaik.
Perambut sebaiknya dari jenis monofilament atau fluorocarbon yang bersifat halimunan. Tali perambut pula mestilah lebih kecil daripada tali utama.
Sekiranya menggunakan tali utama 20lb maka tali perambut 15lb digunakan. Panjang perambut memandai satu kaki hingga dua kaki sahaja.
Elakkan dari menggunakan mata kail yang berkilat (stainless steel) seperti mata kail yang digunakan untuk jigging. Gunakan saja mata kail black nikel warna kelabu atau yang berwarna seperti warna merah.
Ads
Saiz mata kail pula bergantung pada umpan dan perlu disembunyikan dalam umpan sepenuhnya.
Gunakan batu ladung seringan yang mungkin sepadan dengan arus dan umpan. Lontaran umpan pula sebaiknya umpama gerakan buah-buah hutan yang gugur ke air. Batu ladung yang besar sama sekali akan melenyapkan aksi umpan.
Ads
Jangan berada rapat dengan gigi air terutamanya kawasan tebing yang tak berpokok. Sebaiknya berlindung agar tidak dapat dilihat secara terus dari kawasan lubuk. Sebab itulah ada yang mengatakan ia umpama perbuatan mengendap.
Jangan pakai baju yang terlalu terang terutamanya jika memancing pada waktu siang. Sebaiknya pakai pakaian yang tidak kontras dengan warna persekitaran. Tak semestinya pakai pakaian camouflage, memadai yang tidak terlalu menonjol warnanya.
Jangan terlalu bebas bergerak. Jika boleh duduk bersembunyi tanpa banyak melakukan pergerakan. Ia sesuatu yang amat merugikan tatkala kelah sedang menjenguk umpan, tatkala itulah kita melakukan pergerakan yang boleh menakutkan kelah yang sememangnya bersifat penakut.
Ads
Jangan mandi atau merendam kaki apatah lagi berkubang macam kerbau ke dalam sungai yang mana airnya itu kemudiannya mengalir ke lubuk atau port kita mancing. Kelah sensitif dengan kehadiran manusia.
Amalkan satu spot satu orang. Bila berbuat demikian ia akan dapat mengelak daripada berbuat bising seperti bercakap atau melakukan sesuatu yang boleh mengganggu bunyi persekitaran yang sebenarnya sekaligus boleh menakutkan ikan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Jika di Semenanjung, ikan-ikan air tawar dari Sungai Pahang sememangnya terkenal dengan kelazatan dan harganya yang tinggi. Cerita yang hampir sama turut berlaku di Borneo terutamanya Sarawak. Berikut disenaraikan ikan air tawar yang menduduki 4 carta ikan termahal.
Ikan Empurau
Ikan empurau merupakan ikan air tawar termahal! Sekilogram boleh mencecah sehingga RM500-RM600. Malah dikatakan ini adalah harga termurah yang boleh anda dapat! Namun tiada yang mustahil kerana inilah yg dilakukan oleh pecinta ikan tawar yang dikenali dengan nama empurau.
Empurau adalah sejenis ikan daripada spesies Tor tambroides atau dikenali juga sebagai kelah merah. Ikan ini hanya boleh ditemui di Sarawak dan harganya mahal kerana rasanya yang sangat manis, serta isi dan teksturnya yang lembut.
Apa yg membuatkan isinya begitu lembut dan harganya mahal sehingga boleh mencecah RM2000 sekilogram, adalah kerana ia hanya memakan buah-buahan jenis `engkabang’.
Ikan Jelawat
Satu lagi jenis ikan bertulang banyak yang mempunyai rasa yang manis dan isi yang lembut sama seperti ikan empurau tetapi harganya tidaklah terlampau mahal sebagaimana empurau.
Ikan jelawat atau dengan nama spesies Leptobarbus hoevenii, juga berasal daripada keluarga carp. Isi ikan jelawat yang tergolong dalam jenis omnivor ini sangat lembut dan rasanya agak manis serta mempunyai lemak ikan di bawah kulitnya yang mungkin disebabkan ikan ini hanya memakan buah-buahan hutan yang gugur di sepanjang pinggir sungai. Harganya sekitar RM320 sekilogram.
Ikan Semah
Ikan semah berasal daripada keluarga Tor atau mahseer dan hanya boleh didapati di perairan sungai Borneo, kerana ia tidak boleh ditemui di kawasan lain selain daripada habitat asalnya.
Ikan semah adalah haiwan omnivor tetapi lebih cenderung memakan tumbuh-tumbuhan. Habitat asal ikan ini telah dicemari dengan aktiviti pertanian, pertanian, pembalakan dan penangkapan ikan secara berleluasa.
Oleh kerana teksturnya yang berbeza dengan ikan air tawar yg lain dan juga kerana ia sgt ekslusif, harga sekilogram ikan semah boleh mencecah sehingga RM300.
Ikan Tengadak
Menurut penduduk di Tasik Empangan Bakun, ikan tengadak adalah gelaran bagi ikan lampam ekor merah melebihi 1kg yang hidup secara liar di habitat semulajadi.
Bagi anda yg menginginkan sesuatu hidangan yg lazat, apa kata anda cuba ikan tengadak, sejenis ikan yang boleh didapati di perairan Borneo. Harga sekilogram ikan ini adalah RM250.
Ikan ini mempunyai bentuk tulang halus berbentuk Y tetapi rasanya sangat manis dan sedap serta isinya yang amat lembut menjadikannya terkenal di kalangan mereka yang menggemari ikan segar berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.
Ikan bertubuh sederhana, licin tak bersisik; panjang hingga 45cm. Kepala memipih datar ke arah muncung, dengan tiga pasang sesungut; sepasang yang paling panjang di antaranya berada di rahang atas, hujungnya mencapai pertengahan sirip pektoral atau lebih.
Sisi atas kepala dengan kepingan tulang serupa perisai yang berpola kasar permukaannya, dengan lekuk fontanel yang memanjang di tengah dahi di antara dua mata. Belakang kepala belakang membundar, dan plat pangkal di muka duri sirip dorsal seperti sayap kupu-kupu.
Gigi bentuk kerucut dan tersusun dalam barisan melintang pada empat plat yang berderet di langit-langit mulut (palatum); plat gigi yang sebelah depan (plat maksilar) melengkung sempit dari sisi ke sisi.
Sirip dorsal dan kedua sirip pektoral masing-masing dengan duri yang bergerigi dan berbisa; sirip lembut dorsal kedua berukuran sederhana. Keseluruhan duri sirip dorsal I-7 (satu duri keras dan 7 duri lembut) sirip pektoral I-11; sirip pelvik 6; dan sirip anal 18-19.
Bahagian atas dan sisi tubuh berwarna kelabu-gelap kecoklatan atau kebiruan, sisi bawah putih susu; biasanya dengan (10 atau lebih) garis-garis melintang putih keperakan, kebiruan, atau kehijauan. Semua siripnya berwarna kusam kehitaman, hanya bahagian filamen dari sirip dorsal yang berwarna terang.
Menurut saintis Bleeker, dari pengamatannya belukang bersama dengan long whiskers catfish (Mystus gulio) dan engraved sea catfish (Nemapteryx caelata), merupakan jenis-jenis ikan berkumis yang paling umum didapati di pantai-pantai berlumpur serta di muara-muara sungai di Asia tenggara.
Belukang dijual dan dikonsumsi dalam keadaan segar atau dikeringkan (ikan masin). Namun tangkapan belukang secara komersial tidak dilakukan secara besar-besaran berikutan harganya yang rendah. Dengan sifatnya memakan kotoran menyebabkan ia kurang digemari sebagai hidangan di meja makan.
Dalam dunia pancingan pula, ikan belukang tidak tersenarai dalam spesies buruan utama dan ia lebih banyak dipancing secara tidak sengaja walaupun terdapat segelintir pemancing yang menjadikannya sebagai hiburan pancingan santai.
Ikan belitong/belitung atau dorado merupakan satu spesies yang kuat, laju, akrobatik dan mempunyai warna yang sangat menarik. Padanan ciri-ciri ini cukup menjadikan ia spesies yang menjadi buruan dan hiburan kaki pancing. Lompatan akrobatik saat pancaran tegak cahaya matahari pada warna badannya cukup mempesonakan.
Spesies ikan belitong merupakan spesies ikan yang sering berlegar di permukaan air hampir di kebanyakan perairan di seluruh dunia. Juga sering dikenali dengan nama mahi-mahi atau dorado, ikan ini boleh ditemui di luar kawasan pantai beriklim tropika, subtropika dan sederhana.
Dalam pengelasan saintifik, belitong merupakan salah satu daripada dua spesies yang datang daripada keluarga coryphaenidae dan dikenali sebagai common dolphinfish. Satu spesies lagi ialah pompano dolphinfish iaitu bawal emas.
Terminologi
Dari segi bahasa, terma mahi-mahi datang daripada bahasa hawaii dan membawa maksud ‘sangat kuat’. Dalam bahasa inggeris, ikan ini sering dikenali sebagai dolphinfish. Terma ini sering disalah anggap dan kadang-kadang mendatangkan kekeliruan dengan spesies ikan lumba-lumba. Perlu diingat ikan lumba-lumba merupakan mamalia yang bernafas melalui udara sedangkan kebanyakan ikan lain merupakan ikan yang bernafas melalui air menggunakan insang.
Selain itu, jika di sekitar pasifik sehingga ke afrika selatan, kebanyakan komuniti di sana memanggil ikan ini dengan nama dorado. Terma dorado merupakan terma yang datang daripada bahasa sepanyol yang membawa maksud keemasan. Bagi kebanyakan pemancing malaysia pula, terma yang popular ialah ikan belitong. Pun begitu, nama mahi-mahi dan dorado juga antara terma yang mudah difahami untuk merujuk kepada spesies ini.
Genus ikan belitong pula ialah coryphaena. Linnaeus menamakan genus ikan ini berdasarkan perkataan greek iaitu koryphe, yang memberi maksud teratas atau puncak (top, apex).
perbezaan jantina… atas betina, bawah jantan.
Taburan spesies
Belitong boleh dijumpai di kebanyakan perairan seluruh dunia beriklim tropika dan subtropika. Taburan spesies ini merangkumi sekitar amerika utara, jurang california, costa rica dan lautan atlantik sekitar new jersey sehingga ke florida. Ikan ini juga sering berlegar di Lautan Hindi.
Selain itu, perairan asia turut menjadi antara lokasi kemunculan ikan ini. Antaranya termasuklah rantau asia tenggara di kawasan laut china selatan. Ikan belitong merupakan spesies yang bermigrasi dan tidak hairanlah spesies ini boleh ditemui dihampir kebanyakan perairan seluruh dunia.
Spesies penghambat gewang
Biologi
Pada asasnya, ikan belitong merupakan ikan yang sering ditemui di lautan lepas di luar pesisir pantai. Ikan ini merupakan antara spesies yang bermigrasi merentasi lautan dan sering kali bergerak dalam kawanan atau berkumpulan. Ikan ini boleh ditemui dalam kawasan laut sedalam 85 meter, namun lebih gemar berenang dalam kedalaman 37 meter.
Ikan belitong gemar memburu ikan kecil sebagai diet makanannya. Selain ikan kecil, sotong, zooplankton dan krustasia juga menjadi pilihan kepada spesies perenang pantas ini. Dalam kebanyakan situasi, belitong dilihat gemar memburu dan berenang mengejar ikan terbang (flying fish).
Dalam kelangsungan hidup pula, belitong membiak sepanjang tahun terutama di kawasan laut yang agak panas. Kebanyakan juvenil ikan belitong boleh ditemui di sebalik rumpai laut di mana kawasan sebegini mudah bagi ikan ini mencari makanan.
Secara relatifnya, ikan ini mempunyai jangka masa hidup yang agak pendek dalam anggaran 4-5 tahun sahaja. Pun begitu, belitong merupakan antara spesies yang paling cepat membiak. Populasi ikan ini mampu mencapai dua kali ganda dalam masa 15 bulan. Tangkapan belitong pula sering merekodkan berat sekitar 4 – 13 kilogram.
Morfologi
Dari segi morfologi luaran spesies ini, belitong mempunyai bentuk badan yang nipis. Belitong mempunyai sirip dorsal yang panjang sehingga ke kaudal pedunkelnya. Sirip kaudal ikan ini pula mempunyai bentuk yang cengkung dan agak tirus di hujungnya.
Tarikan utama belitong pastinya tertumpu pada warna pada badannya. Ia mempunyai warna badan yang sangat terang dan mempesonakan. Gabungan warna terang seperti emas, biru dan hijau terang cukup mempesonakan bagi tatapan lensa kamera.
Bagi ikan belitong jantan biasanya mempunyai kepala yang lebih menonjol keluar menjadikannya kelihatan mempunyai kepala yang lebih besar. Bagi belitong betina pula, kepalanya lebih membulat dan kurang tertonjol selain mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding belitong jantan.
Pengkelasan Saintifik
Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Actinopterygii
Order : Perciformes
Family : Coryphaenidae
Genus : Coryphaena
Spesies : C. hippurus (Linnaeus, 1758)
Nama Lain : Belitong, Mahi-mahi, Dorado, Dolphinfish
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...