Menurut pemancing yang menghasilkan umpan ini, sudah beratus ekor ikan leekoh, rohu serta tongsan sisik halus telah beliau naikkan dengan menggunakan umpan ini. Memandangkan beliau tidak lagi aktif memancing, barulah bersedia untuk berkongsi rahsia ramuan umpan yang telah disimpan sekian lama.

 

Perkongsian Umpan Leekoh Power Yang Amat

 

Bahan-Bahan:

 

Dedak ayam

Dedak merah (dedak udang)

Pelet Takara (pelet makanan ikan hiasan yang dikisar)

Minyak belangkas / udang / sotong

Roti sandwich potong dadu

Mata boom

 

Perkongsian Umpan Leekoh Power Yang Amat

IKLAN

 

Cara penyediaan umpan power:

 

Potong dadu sekeping roti sandwich (tak nak guna roti dadu pun boleh)

 

Pelet Takara perlu dikisar halus terlebih dahulu (pelet ini biasanya banyak terjual di kedai akuarium)

 

Untuk bancuhan 1 kg dedak ayam atau dedak 929, hanya campurkan 200 gm dedak merah dan 100 gm dedak takara.

 

Perkongsian Umpan Leekoh Power Yang Amat

IKLAN

 

Campur dan gaul kesemua dedak ini sehingga sebati.

 

Masukkan sedikit minyak udang dan gaul lagi dedak hingga sebati.

 

Masukkan air mentah tanpa klorin sedikit demi sedikit dan gaul hingga peroleh adunan yang sesuai. Tidak terlalu keras dan tidak terlalu berderai.

 

Perkongsian Umpan Leekoh Power Yang Amat

 

IKLAN

Campurkan sedikit lagi minyak belangkas dan gaul.

 

Cara Menggunakannya:

 

Cucukkan roti dadu pada semua mata kail (mata bom)

 

Kepalkan dedak pada spring mata kail dengan saiz sebesar penumbuk orang dewasa.

 

Perkongsian Umpan Leekoh Power Yang Amat

 

Cucukkan mata kail (arah mata kail keluar) ke dalam kepalan dedak.

 

Baling umpan hanya pada satu kawasan sahaja beberapa kali sebelum melabuhkannya untuk menanti ikan mengena.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI