Sebagai salah seorang follower Umpan, saya terpanggil untuk berkongsi tips memancing sejenis ikan air masin yang tidaklah sepopular ikan jenahak atau siakap. Saya nak berkongsi tips untuk memancing ikan yang dikenali sebagai tebal pipi.

 

Ikan tebal pipi adalah ikan yang menjadi rebutan pemancing di perairan Kong Kong, Johor. Bagi pemancing dari luar Johor, mereka biasanya mencari siakap yang sememangnya popular di perairan Kong Kong. Tetapi bagi pemancing tempatan, pencarian ikan tebal pipi adalah lebih menyeronokkan.

 

Perkongsian Pancingan Tebal Pipi Oleh Tekong Kong Kong

 

Sedikit pengetahuan asas untuk memancing ikan tebal pipi ini kita haruslah kawasan kesukaannya bermain. Ikan ni amat gemar bermain di kawasan alur dan juga karang kecil. Jadi, untuk memancing ikan ini kita kenalah mencari alur dan kawasan berkarang kecil.

 

Pemancing yang tidak biasa dengan perairan Kong Kong tentu bermasalah untuk mencari kawasan ini. Dengan bantuan fishing guide, perkara ini dapat diatasi.

 

Perkongsian Pancingan Tebal Pipi Oleh Tekong Kong Kong

 

Dari segi umpan dan teknik memancing pula terpulang kepada diri sendiri. Lain pemancing lain umpan dan tekniknya. Bagi saya, umpan yang sesuai untuk tebal pipi ruat bakau, ruat pasir dan perumpun sarung. Udang hidup juga boleh digunakan tetapi saya lebih gemarkan umpan ruat.

 

Teknik yang biasa saya gunakan ialah teknik dasar yang disertakan dengan straw. Saiz mata kail pula saya biasanya guna mata kail saiz 1 serta perambut yang halus dalam lingkungan 10-15 lb. Panjang perambut mestilah berukuran sedepa.

 

Perkongsian Pancingan Tebal Pipi Oleh Tekong Kong Kong

 

Dan paling penting ialah pengetahuan waktu terbaik untuk memancing. Waktu yang sesuai dan waktu galak ikan tebal pipi makan adalah ketika air bergerak pasang dan bergerak surut lembut (fasa air kecik). Sekiranya kurang faham, anda boleh hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut.

 

Perkongsian Pancingan Tebal Pipi Oleh Tekong Kong Kong

 

Perkongsian oleh: TOLL

Status: Presiden G.S.J (Geng Sembat Johor)

FB: Nakalnya bersantun

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI