.
Diriwayatkan Bukhari dan Ahmad, daripada Anas katanya: “Nabi Muhammad SAW makan beberapa biji tamar sebelum keluar pada pagi Aidilfitri dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil.”
Makan itu adalah tanda tidak berpuasa dan bersyukur dengan nikmat dianugerahkan Allah SWT.
⇒ Mandi sunat Aidil Firti pada pagi harinya.
⇒ Memakai pakaian bersih dan terbaik yang dimiliki.
Ads
⇒ Lelaki disunatkan memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
⇒ Memohon keampunan dan bermaaf-maafan ibu bapa, suami isteri dan keluarga.
⇒ Sunat menjamah sedikit makanan seperti tamar sebelum keluar menuju ke masjid.
Ads
⇒ Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang masjid supaya dapat bertemu ramai orang dan mengucapkan salam serta tahniah.
⇒ Bertakbir, tahmid dan tahlil sehingga terbenam matahari raya pertama.
⇒ Menziarahi pusara sanak-saudara bagi bersedekah bacaan al-Quran.
Ads
⇒ Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
Dalam trip ke sekian kalinya, cuaca begitu menyebelahi kami kerana beberapa trip sebelumnya terpaksa menempuh alun menggila di pintu keluar kawasan merah yang dikenali Pintu Air Pulau Pintu Gedung. Laut yang sedikit beralun membolehkan proses mencari umpan hidup. Umpan hidup dari hasil apollo lebih mudah diperoleh namun ia sekadar umpan pilihan kedua.
Penjimatan masa ke lubuk amat ketara ketika bergerak dalam kelajuan hampir penuh di kala laut mendatar. 15 hingga 30 minit diperlukan setiap kali berpindah lubuk. Ikan tidak mendiami lubuk yang sama dan jumlahnya agak menurun.
Penulis berempat bergerak ke lokasi dengan penuh semangat kerana kedua-dua jenis umpan iaitu sotong kurita dan ikan selar hidup serta tamban yang nyawa-nyawa ikan sudah tersedia untuk digunakan.
Lubuk pertama menjadi persinggahan kira-kira 11 batu nautika dari Pintu Gedung atau lebih dikenali Lubuk 190 darjah berpandukan bacaan kompas dari kuala Pintu Gedung. Kalau 230 darjah akan melepasi Rumah Api Permatang Sedepa.
Kedudukan lubuk hampir melepasi Paloh 3 di mana kawasan laluan kapal melintasi Pelabuhan Klang menuju ke arah Selatan. Memandangkan umpan selar dan tamban masih lagi segar hidup, kami mengunjungi lubuk biasa yang banyak menerima strike oleh talang.
Umpan selar amat mudah menjerat talang manakala tamban pula menjadi taruhan untuk ikan dasar. Dalam keadaan laut agak selesa, muka baru yang pertama kali turun nampaknya masih tetap tidak tahan. Mabuk membawa sehingga seharian di dalam sampan dengan baring sambil melihat rakan-rakan memancing. Lama-lama nanti pasti akan biasa dengan alun dan akhirnya boleh mengikuti trip di kemudian hari.
Zon penantian bermula beberapa minit selepas semua peralatan pancing ditugaskan melabuhkan umpan selesai. Pertaruhan umpan selar hidup, sotong kurita dan tamban yang nyawa-nyawa ikan pasti dinilai keberkesanannya merujuk kepada umpan mana yang disambar terlebih dahulu.
Tuah baju kuning, pada hari itu apabila si pemakainya menjadi orang pertama menerima sambaran. Umpan tamban segar menjadi korban pertama untuk sang jenahak remaja. Strike kedua di kawasan yang sama turut mengorbankan umpan tamban apabila seekor lagi jenahak tewas dengan joran buatan tangan dengan pasangannya kekili elektrik Shimano Beastmaster 9000.
Umpan selar hanyut di permukaan akhir membuahkan hasil apabila disambar seekor talang. Seronok melayan aksi talang lebih-lebih lagi dengan set aksi ringan. Dari 4 sambaran talang, pagi itu hanya dua sahaja mengena manakala selebihnya rabut di pertengahan jalan. 50% kadar ‘hook-up’ masih boleh diterima. Desingan kekili Stella 4000HG pula mencuit tumpuan yang dipacak di hadapan sampan.
Umpan kurita pula tidak mahu mengalah sebagai umpan terbaik apabila empunya joran terpaksa berhempas pulas menangani larian ikan sebelum muncul di permukaan. Larian ikan bermasalah – sang cobia, itulah gelaran yang diberi kepada aruan tasik. Apabila ia kena sahaja, pasti ia akan mengelilingi sampan apabila muncul di permukaan.
Suasana menyepi selepas kehilangan aruan tasik. Beberapa kali lubuk pertama diulangi namun tiada sentuhan kasar. Hanya tengkerong dan ikan mengkerong pasir yang mencuri umpan yang semakin mahal harganya.
Waktu puncak pertama sudah lepas terpaksa menunggu waktu puncak berikutnya dalam masa 5 jam lagi. Sesi berhanyut sambil merehatkan badan seketika. Memasuki waktu puncak kedua kami berpindah ke lokasi lain yang terletak kira-kira 6 batu nautika.
Cuma tinggal beberapa ekor selar dan kurita sahaja. Umpan tamban semuanya mati kerana spesies ini perlukan kitaran air yang baik untuk kekal hidup. Apabila arus semakin melemah, sambutan ikan dasar semakin kerap jika berada di kawasan lubuknya. Petang itu agak menceriakan kami apabila ikan lebih galak.
Lewat petang itu kami pulang dalam keceriaan sambil menyusun perancangan untuk kembali lagi. Jadi pemancing mana pernah puas tidak kira menggasak atau digasak. Kumpau itu sesuatu yang indah dikenang walaupun pahit untuk ditelan.
“Kes aku bersama kawan-kawan berlaku di Tasik Manong, Batu 3 Jalan Yong Peng. Kejadian di kaki Bukit Jintan. Masa tu tahun 90-an. Kita orang bergasak ikan kaloi berpuluh-puluh kilogram.
Umpan udang kampung (udang bangkrok nama dia), kaloi dia besar-besar talam saiz dia. Setakat saiz-saiz pinggan tu kasi lepas je. Ikan sumbat dalam guni baja 50 kg penuh. Kita orang pergi berenam.
Ada sorang member ni siap bawak balik tunggul kayu. Tunggul tu sebijik rupa ikan kaloi. Ikat kat belakang motor. Kita orang memang tak tau dia ambik tunggul tu untuk bawak balik!
Akibatnya… ambik kau! Hampir empat kali pusing-pusing kita orang tetap jumpe jalan yang sama. Aduhhh… kompom sesat ni tak pun kene tutup jalan. So kita orang meeting la… tiba-tiba aku terpandang tunggul tu!
Aku cakap nak buang tunggul tu dia cakap baik buang ikan daripada buang tunggul tu. Tapi aku berkeras jugak… setelah aku ambik dan buang jauh-jauh, Alhamdulillah. Sekali round je… rupa-rupanya jalan nak keluar tu sebelah aje rupenya… wakakakaka. Selamat!
“Saya baru semalam kena, lokasi Puchong Jaya. Selangor. Nasib baik la member aku jerit-jerit nama aku, port lombong sebelah timur ada hutan kecik. Aku try je masuk pasal nampak dari belah barat, port nampak cantek.
Dah sampai belah timur nak patah balik belah barat, parking motor belah barat lombong. Aku masuk hutan tu. Nak balik pasal nak ikut tepi lombong tak boleh semak rimbun, aku masuk je dalam hutan tu.
Aku pusing-pusing dekat 30 minit. Hutan tu bukan rimbun sangat adalah dalam 200 meter persegi. Rasa dah macam kena culik bunian. Nasiblah kawan jerit-jerit ajak balik baru sedar saya dah ada sebelah utara lombong tu. Bahagia je rasa bila dah nampak muka member yg nampak marah tu pasal dari tadi jerit-jerit ajak balik.”
“Ado cerito… tapi kelakarlah jugak. Poie ngonjon haruan dengan 3 orang kawan ni. Port ea dalam hutan belkang rumah sorang brader ni. Mintak la dio tunjukkan jalan ko port tu. Bilo dah sampai kita orang pun mulolah mancing dan brader ni cakap nak balik. Tak lamo leps tu… dio pusing balik mintak den hantar kan sobab sosek tak jumpo jalan walhal topek tu betul-betul belakang rumah dio jo. Polik ko tak polik tu… hahaha.”
“Ada min… time tajur-tajur ikan haruan. Tersesat tajur sampai ke kolam ikan orang… tiba-tiba kena kejar tuan punya kolam. Jilake member ajak lubuk sesat… hahaha.”
“Pernah min… saya sesat carik lubuk haruan. Rupa-rupanya salah masuk lorong min… sedih time tu jumpa lorong yang benar dah Maghrib.”
Cara buat ikan pekasam mempunyai teknologi yang mudah dan ringkas sahaja. Semua orang yang berminat tentu mudah faham akan teknologi pengawetan ikan pekasam di rumah masing-masing.
Peralatan sedia ada dirumah boleh digunakan dan cuma beli ikan, garam, beras hancur dan asam keping atau asam jawa.
Bahan-bahan asas
Ikan
Langkah pertama ialah ikan mesti dibersihkan dengan sempurna. Pastikan segala isi dalam perut ikan dicuci bersih. Sebaiknya kepala ikan dibuang bagi mengelakkan dari ikan busuk dan dihurung lalat.
Garam
Gunakan garam yang bersih sederhana halus. Sukatan garam disyorkan pada kadar satu kilogram ikan diberikan sebanyak seratus gram garam (Kadar 1,000:100).
Beras
Beras perlu disangai atau digoreng tanpa minyak dalam kuali sehingga berwarna kekuningan dan rangup. Kemudian beras ini ditumbuk atau dikisar sampai sederhana lumat.
Asam keping
Asam dicampurkan dalam pembuatan ikan pekasam untuk mengekalkan rasa dan ikan tidak busuk.
Langkah pemprosesan
Ikan dibersihkan dan kemudian masukkan garam dengan kadar anggaran 1kg ikan 100gm garam. Masuk dalam bekas yang sesuai dan kemudian tutup bekas tersebut dan simpan ditempat selamat seperti almari atau peti ais.
Setelah cukup masa atau pada esok paginya siapkan tumbuk beras yang disangai tadi dan gaul dengan ikan tadi tu.
Pastikan campuran beras tadi lembab dicampur dengan air bersih. Sebenarnya serbuk beras tadi nanti apabila ikan di goreng maka beras ni la jadi serbuk pekasam yang menambahkan keenakan ikan pekasam.
Cari bekas yang bertutup sangat rapat. Susun ikan tadi ke dalam bekas di mana setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping. Pastikan susunan ikan dalam keadaan teratur dan taburan agak rata.
Masukkan air garam yang disimpan dengan ikan malam tadi. Sebelum tu masak dahulu air garam tersebut di atas api sederhana. Dah sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tu sehingga kesemua ikan tadi terendam.
Kalau ada lagi saki baki beras goreng bertumbuk tadi perlu tuang dalam bekas. Akhir sekali tutup bekas dengan rapat. Letak plastik kat bawah penutup tu supaya betul betul ketat. Seminggu lepas tu try la masak ikan pekasam tadi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...