Sotong `giant squid’ mempunyai mata sebesar bola jaring. Ia adalah satu fakta, bukannya auta di mana ada pemancing mendakwa pernah bertemu toman yang memiliki saiz mata sebesar roti canai.
Sesetengah sotong mempunyai organ bioluminescent menyebabkan ia bercahaya dalam gelap. Disebabkan itulah sotong menjadi umpan memancing laut dalam paling berkesan jika digunakan pada waktu malam walaupun sudah mati.
Sesetengah sotong kehilangan tantakelnya pada peringkat larva. Perkara ini mungkin pernah dialami oleh pemancing yang pernah menaikkan sotong yang kurang sifat ketika mencandat sotong.
Sotong merupakan haiwan karnivor: makan ikan, krutasia dan sotong kecil. Dalam erti kata lainnya, sotong juga boleh digunakan untuk memancing sotong (candat).
Sotong mempunyai 8 lengan dan hanya tentakel mempunyai penyedut (bukan semua jari atau janggutnya akan melekap pada tangan jika dipegang).
Sotong mempunyai 3 jantung. Mungkin disebabkan inilah sotong memancutkan dakwat hitamnya dengan kuat.
Sotong berenang paling pantas di antara haiwan-haiwan invertebrata. Paling ketara ia sangat pantas berbanding udang.
Kebiasaannya sotong hidup selama 1 hingga 2 tahun. Pasti ramai di antara korang yang baru menyedari perkara ini. Jadi tidak perlulah lepaskan kembali sotong yang dicandat dengan harapan untuk menyandat lagi pada tahun berikutnya.
Sotong terbesar yang dilaporkan sepanjang 60 kaki dan berat 1980lb. Sebagai perbandingan, jika korang biasa menaiki bot memancing sepanjang 30 kaki bermakna sotong berkenaan dua kali panjang bot berkenaan.
Nama “calamari” bermaksud memasak sotong dari bahasa Greek. Untuk pengetahuan korang, di beberapa tempat di dunia memanggil sotong sebagai calamari.
Sotong paling kecil bersaiz 0.7 inci dengan berat 0.02oz. Mungkin sotong getah yang dijadikan penarik umpan tambahan pada mata kail beradaptasi dari saiz sotong ini.
Kebanyakan sotong memancutkan dakwat bagi melepaskan diri daripada musuh. Bukannya untuk memerangkap mangsanya untuk dijadikan makanan.
Sotong boleh menyamar mengikut persekitarannya. Ia bertujuan untuk menyelamatkan diri dari pemangsa dan juga untuk menyerang mangsa.