Pertandingan memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) yang diadakan di Taman Tasik Ampang Hilir, Ahad lalu (24 September) berjaya menarik penyertaan seramai lebih 800 orang kaki pancing anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi siri ke-7.

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan, DBKL, Zaharudin Basiron berkata, slogan `Wilayah Ceria, Rakyat Sejahtera’ khusus kepada warga kota menjadikan aktiviti riadah bersama keluarga dapat diterapkan melalui pertandingan memancing yang disediakan oleh DBKL.

Patin 5.860 kg juarai JPKL Ampang Hilir
 Meriah kehadiran para peserta seluruh negara.

Beliau berharap penganjuran JPKL dapat diteruskan lagi memandangkan program yang dilaksanakan amat baik untuk warga kota dan bagi tahun ini sebanyak tiga lagi siri JPKL menunggu kaki pancing termasuk siri akhir yang dijadualkan pada Disember.

Ads

Pada pertandingan kali ini, Shamsuddin bin Kasri, 56 telah dinobatkan sebagai juara dan sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000.

Ads
Patin 5.860 kg juarai JPKL Ampang Hilir
Para hakim dan pemancing menunggu giliran untuk menimbang ikan.

Beliau yang memiliki pengalaman memancing selama tujuh tahun berjaya mendaratkan ikan patin seberat 5.860kg pada jam 9.23 pagi.

Ads

Tempat kedua dan ketiga disandang Mohamed Afandi Mohd Jabik, 41 dan Samer Saidin, 28 yang masing-masing menaikkan ikan patin seberat 4,385kg dan 4.345kg. Kedua-duanya menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 dan RM1,000.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI