Togok dibina seumpama sangkar ikan, bezanya tiada sangkar dipasang melainkan hanya ruangan untuk memancing. Oleh yang demikian, ia tidak menjadi lokasi ikan untuk berkumpul kerana tiada lebihan makanan yang sedia menanti sebagaimana situasi di sangkar ikan.

 

Walau bagaimana pun togok tidak didirikan sebarangan. Lazimnya ia didirikan berdekatan dengan lubuk yang berpotensi atau di tengah laluan ikan. Oleh kerana itu beberapa perkara perlu diambil tahu bagi membolehkan anda memancing dan pulang dengan hasil yang baik.

 

Panduan Memancing Di Togok

 

Umpan

 

Udang hidup dan ruat adalah umpan terbaik untuk menjerat penghuni di togok. Udang hidup dan ruat ini boleh diperoleh dari gerai atau kedai pancing dalam perjalanan ke jeti. Udang hidup dan ruat ini wajib ada jika turun ke togok.

IKLAN

 

Selain itu sediakan juga udang segar dan ikan tamban sebagai variasi. Kadang kala hasil di togok ini memang tidak terduga.

 

Panduan Memancing Di Togok

 

Udang segar tidak perlu dibeli, memadai beli udang hidup lebih sikit. Udang yang mati tu boleh dibuat umpan. Tamban pula boleh dipancing di kawasan togok tapi ada masanya susah juga nak jumpa tamban.

IKLAN

 

Peralatan dan kelengkapan

 

Gunakan lebih dari sebatang joran, sekurang-kurangnya gunalah 3 batang seorang. Jumlah joran tidak dikenakan caj. Pelbagaikan juga penggunaan umpan dan saiz mata kail kerana kita tidak tahu diet ikan hari itu.

 

Panduan Memancing Di Togok

IKLAN

 

Sediakan bekalan makanan dan minuman secukupnya kerana tiada peniaga makanan di atas togok. Memancing atas togok ni cepat lapar jadi tak seronok memancing kalau perut lapar.

 

Sediakan baju tambahan untuk pancingan bermalam kerana langit tidak selalunya cerah sepanjang masa. Elok juga bawa baju hujan sebagai persediaan. Atau setidak-tidaknya windbreaker untuk memanaskan badan.

 

Panduan Memancing Di Togok

 

Lebih elok dibawa bersama perangkap ketam atau bento. Ada masanya ketam menjadi juga di togok. Memang seronok kalau kena musim ketam di togok. Yang paling penting pilih tarikh berarus sederhana yang beza pasang surutnya tidak terlalu besar. Biasanya pada waktu ini pancingan lebih seronok dan hasilnya juga agak lumayan.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI