Amberjack adalah spesies ikan pelagik dan demersal di mana ia mampu mengimbangi fizikal badan untuk berada di kedua-dua tahap kedalaman air. Ia bersifat predator atau pemburu. Sumber dietnya lebih tertumpu di dasar lautan seperti anak ikan demersal, udang dan makanan bercengkerang lembut.

 

Badannya gempal bulat memanjang berekor cabang menunjukkan ciri-ciri yang terserlah kekuatan yang diidam setiap kaki pancing.

 

Amberjack besar tidak bermasalah untuk menelan seekor ikan hidup sebesar kembung dan boleh menekan dengan erti kata lain melenturkan joran pemancing sehingga ketahap maksimum.

 

Panduan Jitu Menewaskan Spesies Amberjack

 

Pasti ketika ini drag sudah mengambil alih tugas mengurangkan bebanan yang dipikul oleh joran jika pemancing sudah set sistem tegangan pada tahap sesuai.

 

Bayangkan masa ini lengan yang menggenggam joran sudah mula timbul urat, tangan sudah kental, manik-manik kecil hasil biasan pantulan cahaya matahari menandakan ia mula berpeluh. Ada sesetengah kaki pancing berkata masa inilah dikatakan kemuncak kepuasan memancing.

 

Selaras dengan keupayaan ia menyelam setiap lapisan air maka jangan harap ia keluar pelampung apabila berjaya dipam naik dari dasar hingga permukaan. Bahkan di permukaan ia boleh memberi saingan lebih dari yang diterima oleh pemancing ketika ia masih di dasar.

 

Panduan Jitu Menewaskan Spesies Amberjack

 

Dari permukaan ia boleh menerjah masuk semula ke bawah permukaan air tanpa banyak halangan. Dengan kata lain jika kekuatan yang dimilikinya tidak dipadankan dengan peralatan seimbang, amberjack boleh buli kita dan datang dan pergi menarik tali keluar sesuka hati.

 

Umpan, Peralatan Dan Teknik

 

Sesuai dengan sifat amberjack yang mendiami pada pelbagai tahap kedalaman air, teknik persembahan yang terbaik di pertengahan air. Selain dengan teknik dasar, pertengahan dan hanyut, ia boleh dipujuk dengan gewang besi seperti metal jig melalui teknik jigging pantas atau perlahan.

 

Amberjack banyak bermain di pertengahan air dan ke dasar untuk memburu makanan. Melihat saiz amberjack yang berada di laut kita, hirisan umpan ikan mati sudah memadai. Banyak rekod tangkapan di Semenanjung adalah bawah 1 kg jelas menunjukkan persembahan umpan ikan hidup dianggap kurang sesuai kecuali untuk spesies amberjack jalur kuning di kepala memiliki saiz pembesaran berkali ganda berbanding amberjack di negara ini.

 

Panduan Jitu Menewaskan Spesies Amberjack

 

Untuk amberjack kecil bawah 3 kg kombinasi peralatan sekitar 20lb sudah memadai, namun untuk spesimen yang lebih power adalah lebih baik padankan set kekili dan joran yang sesuai.

 

Set pancing aksi berat sememangnya diperlukan untuk bertarung dengan ikan bersaiz gergasi. amberjack tidak dinafikan salah satu spesies gamefish yang sukar ditumbangkan dalam masa singkat. Perhatikan kaki jigging beradu tenaga dengan bapak amberjack.

 

Panduan Jitu Menewaskan Spesies Amberjack

 

Kini, amberjack menjadi spesies sasaran kaki-kaki jigging perlahan yang bertandang ke perairan Borneo. Sama ada di perairan Sabah atau Sarawak, kepuasan mendaratkan amberjack bersaiz monster jauh lebih bernilai berbanding menaikkan ruby snapper.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI