Sememangnya tiada siapa yang dapat menafikan bahawa dari sudut pancingan, ikan kerapu bintik/karang atau boron ini merupakan spesies ikan demersal yang amat digemari kaki pancing.

Nilai utama kerapu boron ini terletak pada kesulitan untuk mendaratkannya serta kesedapan rasanya yang setanding ikan estuari lain khususnya jenahak.

 

Ikan kerapu boron boleh dipancing di estuari, pesisir pantai hingga perairan sedalam 150 meter. Walau bagaimana pun keseronokan sebenar memancing kerapu boron ialah memburu spesimen bersaiz besar yang mendapat jolokan ‘tong gas’.

 

Selain daripada saiz, faktor habitat yang menjadi kediaman kerapu berstatus monster ini turut menjadi penyumbang kepada keseronokan memancingnya.

Kerapu boron tidak memberikan pertarungan yang panjang sebagaimana ikan-ikan pelagik seperti gerepoh atau tenggiri namun pertarungan yang agresif dalam tempoh yang singkat

sebelum darjah kesulitan dan cabaran pertarungan bertukar daripada naluri pemangsa yang agresif kepada pertarungan kelicikan.

 

Apabila menyedari pertaruhan tenaganya pada awal pertarungan gagal, kerapu boron akan menukar strategi kepada bertahan di sebalik karang atau sebarang struktur yang ada berhampiran dengannya.

IKLAN

 

Ketika ini, objektif utamanya tidak lagi untuk menghauskan stamina pemancing, sebaliknya tertumpu pada statima dan keupayaan tali pancing yang digunakan. Begitu juga dengan joran dan kekili yang digunakan pemancing.

 

Sejauh manakah peralatan pemancing mampu mengekang kedua-dua darjah pertarungan ini, maka nikmat kepuasan pastinya hadir setelah berjaya mengeluarkan monster ini padang permainannya.

 

Di Malaysia, terdapat dua aplikaasi teknik pancingan kerapu boron yang terkenal dan terbukti berkesan untuk memburu spesies bernilai tinggi ini.

Aplikasi teknik pancingan pertama ialah teknik pancingan dasar sama ada menggunakan kekili manual atau pun eletrik, dengan menggunakan umpan hidup atau umpan mati.

IKLAN

 

Teknik pancingan dasar ini boleh dikatakan teknik tradisi atau konvensional yang telah diaplikasikan sejak sekian lama.

Aplikasi pancingan dasar terbukti berkesan kerana sifat ikan kerapu boron yang gemar berlindung di struktur habitatnya dan akan membuat serangan hendap jika ada mangsa yang melintasi tempat persembunyiannya.

 

 

Walaupun masa bagi spesies kerapu boron memburu mangsanya hampir sepanjang hari, namun teknik dasar pancingan kerapu ini lebih sinonim pada waktu malam.

Malah sering kali kerapu boron bersaiz besar atau tong gas dinaikkan pada lewat malam atau dinihari.

IKLAN

 

Begitu pun, sesekali dan sesetengah kawasan terdapat juga kerapu boron yang berjaya dipancing pada siang hari. Di sinilah aplikasi teknik pancingan kedua menjadi alternatif kepada pemancing yang ingin memburu kerapu boron.

 

Aplikasi teknik kedua pula menggunakan umpan artifisial atau umpan tiruan iaitu mengunjun besi atau jigging.

Teknik slow pitch jigging atau slow jigging ternyata begitu praktikal memikat kerapu boron pada siang hari.

Malah ada ketikanya teknik ini lebih berkesan berbanding teknik pancingan dasar pada malam hari.

 

Atas faktor itulah teknik slow pitch jigging menjadi kegilaan masa kini kepada pemancing kerapu boron tempatan.

Dengan berat jig khusus untuk slow pitch jigging bergantung kepada arus lapangan pancing, unjunan perlahan di kawasan berstruktur atau lopak tidak dinafikan mampu menaikkan kerapu boron bersaiz tong gas.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI