Open Clinch Knot Ikatan Simpulan Padu

Share

 

Ikatan yang mudah tetapi kuat untuk perambut menggunakan umpan hidup atau ikatan terus pada gewang tanpa menggunakan swivel.

 

Tutorial 1

Buatkan satu simpulan biasa pada perambut yang ingin digunakan.

 

Tutorial 2

Tarik hujung perambut kira-kira sejengkal dari simpulan yang dihasilkan.

 

Tutorial 3

Masukkan mata kail bercincin yang ingin digunakan melalui hujung perambut.

 

Tutorial 4

Pegang cincin mata kail dan tarik perambut ke arah perambut utama.

 

Tutorial 5

Tarik hujung perambut ke bahagian bawah perambut utama.

 

Tutorial 6

Mulakan lilitan hujung perambut pada perambut utama.

 

Tutorial 7

Lilitkan sekurang-kurangnya 3 lilitan.

 

Tutorial 8

Tarik hujung perambut dan masukkan melalui simpulan pertama dan lingkaran kedua.

 

Tutorial 9

Tarik hujung perambut dan perambut utama sehingga satu ikatan dan simpulan kemas terbentuk.

 

Tutorial 10

Potong hujung lebihan perambut berdekatan simpulan dan open clinch knot telah siap.

IKLAN