Udang galah atau jenggo merupakan hidupan air dari keluarga krustasea yang paling popular dipancing selepas ikan. Walaupun berkonsep pancingan santai namun untuk memancingnya banyak aspek yang perlu dititikberatkan.

 

Peralatan

 

Joran dan kekili untuk memancing udang biarlah jenis ringan. Joran halus sebaiknya dalam 4-5 kaki panjang dan kekili tidaklah perlu besar (siri 1000 dan ke bawah).

 

Tali Utama seeloknya antara 10-15lb manakala perambut pula antara 6-10lb.

 

Merungkai Konsep Mancing Jenggo Secara Menyeluruh

 

Saiz batu ladung kebiasaannya antara no: 5 – 6. Saiz batu ladung yang kecil boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan.

 

Beberapa jenama mata kail kecil boleh digunakan tetapi biasanya ialah antara no: 1-6 menjadi pilihan utama. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri.

 

Merungkai Konsep Mancing Jenggo Secara Menyeluruh

 

Umpan

 

Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan pada mata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya pada mata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.

 

Merungkai Konsep Mancing Jenggo Secara Menyeluruh

 

Cara Memancing (bersampan)

 

Untuk memancing di atas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 – 17 kaki.

 

IKLAN

Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2-3 batang dulu. Tidak hairan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.

 

Susunan joran di atas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.

 

Merungkai Konsep Mancing Jenggo Secara Menyeluruh

 

Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu di kekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran di tepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.

 

Jika sudah pasti udang telah menelan umpan (dengan melihat henjutan di hujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Di sinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang sama ada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.

 

Merungkai Konsep Mancing Jenggo Secara Menyeluruh

 

Makluman tambahan

 

Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan. Kadangkala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan. Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan. Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.

 

Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. Jawapan akan diketahui di separuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.

 

IKLAN

Merungkai Konsep Mancing Jenggo Secara Menyeluruh

 

Mencari Lubuk

 

Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.

 

Kawasan berteluk berarus sederhana laju.

 

Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok di dalam air.

 

Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain di tengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.

 

Merungkai Konsep Mancing Jenggo Secara Menyeluruh

 

Panduan

 

Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa di mata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.

IKLAN

 

Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.

 

Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.

 

Merungkai Konsep Mancing Jenggo Secara Menyeluruh

 

Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 -5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.

 

Gangguan seperti nak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.

 

Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing di tengah sungai.

 

Jika sungai kecil (hulu) tali boleh di rentang di dalam usaha mencari lubuk udang.

 

Merungkai Konsep Mancing Jenggo Secara Menyeluruh

 

Peringatan

 

Pertuturan harus dijaga.

 

Elakkan membuang makanan seperti daging di kawasan pancing udang.

 

Mata dan telinga sentiasa berwaspada kerana kebiasaannya lubuk udang dikongsi bersama oleh sang bedal (buaya).

 

Sering memberi kerjasama sesama rakan-rakan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI