
Toman bunga berkongsi persaudaraan dengan ikan haruan serta toman. Nama umum toman bunga ialah emperor snakehead dan dikelaskan dengan nama saintifik Channa marulloides. Manakala panggilan tempatan lain ialah kerandang, jelai, jaloi, kuang, jahai dan sebagainya lagi.
Berbeza dengan ikan toman (giant snakehead), ikan kerandang ini lebih tirus dan mempunyai badan yang panjang. Ikan toman bunga mendiami sungai, tasik dan kawasan berpaya berair gambut, mendiami kawasan-kawasan berpaya dan kawasan-kawasan yang kandungan Ph airnya rendah, sama seperti ikan haruan dan ikan bujuk.
Ikan ini juga gemar tinggal di kawasan sungai pegunungan. Ikan ini mempunyai nilai yang tinggi dalam industri akuarium kerana rupa bentuknya yang cantik. Ikan toman bunga merupakan spesies yang paling cantik dalam keluarga snakehead atau genus Channa.
Namun jangan terpedaya dengan kecantikannya kerana ia tetap merupakan spesies bergigi tajam dan agresif. Diet utamanya adalah anak-anak ikan dan juga udang, katak, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.
Berbanding saudaranya yang lain, populasi ikan toman bunga mengalami kemerosotan yang agak teruk. Hari ini ia semakin sukar untuk ditemui. Ikan ini juga boleh didapati di selatan Thailand, Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.
Taksonomi
Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Actinopterygii
Order : Perciformes
Family : Channidae
Genus : Channa
Scientific Name:Channa marulioides (Bleeker, 1851)
Common Name : Emperor Snakehead
Kenapa Ikan Sungai Pahang Mahal??

“Mahalnya! Kenapa mahal sangat. Ada ke orang nak beli?” Itu pertanyaan penulis kepada seorang nelayan.
Bahkan dalam hati penulis juga tertanya-tanya itu harga yang dijual nelayan kepada peraih, berapa pula peraih sebagai orang tengah jual ikan-ikan berkenaan kepada hotel, restoran-restoran mewah yang khabarnya di bandar-bandar besar serta dibawa naik ke Genting Highlands untuk dijadikan hidangan mewah dan eksotik.
“Jangan tanya soal harga, tanyalah soal ikan, senang ke nak dapat ikan-ikan tu sekarang ni. Soal harga tiada masalah. Memang permintaan untuk ikan-ikan sungai terutamanya yang semakin sukar dijumpai sekarang ni memang tinggi.
“Peraih memang ada dan mereka sebenarnya bersedia untuk membeli dengan harga tinggi. Masalahnya ikan-ikan tersebut memang sangat sukar dijumpai sekarang ini,” ulas nelayan yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Din.
Mendengar jawapannya, ada benarnya, kenapa harga ikan tersebut melambung tinggi, kerana pasaran dan permintaan ada, tetapi barang tiada dan susah diperolehi.
Selain dua spesies berkenaan yang berada di tangga teratas carta ikan sungai termahal di Malaysia, spesies-spesies lain seperti temoleh, tenggalan, kelah empurau (nama kelah di Sarawak), kenerak, tapah, begahak/gohok, baung gantang, baung akar, tengas, ketutu, kerai kunyit, kerai jelawat, patin buah, lampam sungai, sebarau juga mencatatkan harga yang tinggi. Jadi jangan terkejutlah berapa harga dia selepas dimasak.
Jom like & See First page portal memancing terbaru – www.facebook.com/umpanmania101
SEBAB APA IA BERHARGA MAHAL?
Faktor paling utama adalah ikan berkenaan sukar ditemui sekarang. Berbanding 10-20 tahun dahulu, ikan-ikan ini masih banyak dan boleh dikatakan mudah ditemui, terutama di pasar-pasar pagi seperti di Jerantut, Temerloh, Kuala Lipis.
Tetapi hari ini, ia tidak berlaku lagi. Harga-harga ikan sungai ini sudah menjadi berkali-kali ganda dari harga ayam daging atau daging kerbau!. Ikan juara/lawang misalnya, dahulu tiada harga, sekarang khabarnya mencecah RM15-RM20 sekilogram di Kuala Tahan.
Jadi jangan hairan dan pelik, apabila baru-baru ini, kecoh tertera di dada-dada akhbar kisah harga hidangan makan tengah hari di Temerloh, Pahang yang menjangkau harga RM1415 hanya kerana menu ikan kelah, patin buah, udang galah dan beberapa menu lain untuk 8 orang makan.
Pada penilaian penulis juga, harga tersebut sebenarnya sudah berpatutan dan murah berbanding di beberapa tempat lain harga ikan kelahnya lebih mahal.
Pelanggan perlu tahu, ikan kelah bukan mudah diperolehi dan tiada dijual di pasar basah. Peniaga kedai makan itu pula adalah merupakan orang kedua atau ketiga yang mengambilnya daripada nelayan sungai. Jadi, sebagai peniaga dia mestilah ada sedikit keuntungan.
Sebenarnya kes yang berlaku pada 2 Mac lalu sebenarnya adalah sebahagian dari kisah-kisah yang sama pernah berlaku di bandar yang terkenal dengan julukan nama Bandar Ikan Patin.
Walaupun ia adalah realiti, masih ramai yang sangsi dengan harga ikan sungai eksotik ini kerana bimbang ditipu ia hanyalah ikan peliharaan sangkar atau kolam terutamanya ikan patin.
Jom like & See First page portal memancing terbaru – www.facebook.com/umpanmania101
Ekoran daripada isu yang berpanjangan ini, mari kita tanya beberapa pendapat orang ramai mengenai topik ini.
Adakah mereka sanggup mengeluarkan duit untuk menikmati seketul ikan patin muncung atau patin buah masak gulai tempoyak dan adakah berbaloi untuk mengeluarkan belanja tinggi untuk menikmati ikan berkenaan?
DIY Umpan Fly: Transparent scud SBS

(Oleh: MK Fly Syndicate)
SCUD adalah salah satu fly pattern jenis tenggelam. Penggunaan di sungai yang berarus perlahan adalah paling sesuai untuk pattern jenis ini kerana ia akan dibiarkan terapung mengikut kelajuan arus dan tidak perlu banyak gerakan.
Banyak jenis dan cara untuk mengikat pattern jenis ini. Walaupun ia agak sukar kerana memerlukan sedikit kemahiran untuk membentuk bahagian badan menggunakan epoxy, sedikit kesabaran diperlukan untuk mengikat pattern jenis ini.
ALATAN DAN BAHAN-BAHAN.
1- Vice
2- bobbin holder dan benang hitam
3- gunting
4- whipe finishing
5- uv torchlight
6- uv clear finish (epoxy)
7- hackle (bulu ayam bahagian tengkuk)
8- flashbou
9- small copper wire
10- hook mustad saiz 12
baca juga may fly with wally wing
Langkah 1
Mulakan ikatan dari depan mata kail.
Langkah 2
Ambil copper wire dan ikatkannya sehingga ke bahagian belakang.
Langkah 3
Ambil sehelai hackle (bulu ayam) dah ikat daripada bahagian belakang.
Langkah 4
Kemudian ambil pula flasbou dan lilitkan penuh di bahagian badan.
Langkah 5
Setelah selesai melilit flashbou tadi, lilitkan pula hackle secara berjarak dan bawa ke bahagian hadapan.
Langkah 6
Potong lebihan hackle di bahagian atas badan dan letakkan epoxy sehingga membentuk badan.
Ulangi proses ini beberapa kali dan keringkan epoxy menggunakan UV torch light. Kemudian lilitkan copperwire secara berjarak.
Langkah 7
Setelah selesai melilitkan coperwire, ambil lagi epoxy dan lapiskan sehingga menutup keseluruhan copperwire dan keringkan semula menggunakan UV torch light.
baca juga diy popper fly
Langkah 8
Pastikan epoxy sudah betul-betul kering dan buat ikatan terakhir untuk mematikan ikatan dengan kemas.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Bagaimana Nak Wariskan Minat Mancing Pada Anak!!

Biarkan anak-anak lakukan kesilapan Kesilapan masa menaikkan ikan memang perkara biasa bagi mereka yang baru nak menjinakkan diri dalam aktiviti ini. Jangan sesekali marah anak-anak anda jika mereka lakukan kesilapan. Seeloknya, beritahu mereka apa kesilapan yang telah dilakukan dan tunjukkan cara sebenar dalam versi yang mudah difahami oleh kanak-kanak.
Jadikan aktiviti ini seronok untuk anak-anak yang baru mengenal aktiviti luar, penting untuk ibu bapa menjadikan aktiviti ini lebih santai dan menyeronokkan. Selitkan unsur-unsur permainan sewaktu memancing dan galakkan mereka untuk berimaginasi bagi menarik minat mereka.
Sokongan dan galakan sokongan dan galakan memang penting untuk menguatkan mental anak-anak kita, apatah lagi bila ikan belum menjamah umpan. Sentiasa memberikan kata-kata semangat dan terapkan nilai positif dalam diri mereka. Jika mereka mendapat strike, teruslah memberikan sokongan agar keyakinan mereka meningkat untuk menaikkan ikan.
Jangan syok sendiri jika anda membawa anak-anak keluar memancing, janganlah anda jadi syok sendiri dan memancing sendirian. Waktu ini seharusnya menjadi waktu untuk anda kurangkan fokus terhadap joran sendiri dan lebihkan fokus untuk mengajar anak anda teknik-teknik mudah sewaktu memancing.
Terapkan aspek-aspek keselamatan kepada anak-anak aspek keselamatan memang menjadi perkara utama yang harus dititikberatkan sewaktu melakukan aktiviti luar. Perkara ini sangat penting untuk mengelakkan kes-kes kecederaan. Maklumlah, keterujaan kanak-kanak ni lain macam sikit.
Abadikan kenangan mereka bersama ikan penting untuk ibu bapa membawa kamera bersama-sama sewaktu memancing. Apabila anak-anak anda mendapat ikan, ambillah gambar mereka bersama hasil tangkapan untuk menaikkan lagi semangat mereka.
Bawa mereka memancing sewaktu cuti sekolah Untuk memastikan minat ini berterusan, kerap membawa mereka keluar memancing sewaktu cuti sekolah. Dengan ini juga, pengalaman dan ilmu mereka akan lebih bertambah.