
Gelaran threadfin yang diberikan adalah berdasarkan keunikan kurau yang mempunyai sirip seakan benang (kita panggil janggut) yang berjurai keluar di bawah pipinya. Populasi kurau Australia paling tinggi di sebelah utara Australia.
Seperti mana kurau Malaysia, habitat kurau Australia di kawasan muara dan persisiran pantai yang berlumpur. Janggutnya berjurai amat penting bagi kurau sebagai deria rasa (feelers) di perairan yang keruh untuk mengesan makanan.
Kurau Australia mempunyai ekor yang sangat bercabang dan dua sirip dorsal besar yang sama saiznya. Bentuk dan kelebaran sirip analnya lebih kurang sama dengan sirip dorsal kedua. Ia mampu menjangkau berat melebihi 30kg.
Hanya ada satu cara untuk membezakan kurau Australia dan kurau Malaysia iaitu dengan memeriksa ruji pada sirip pektoralnya. Ruji-ruji yang menjadi tulang kepala sirip pectoral kurau Australia adalah tidak bercabang.
Kurau Malaysia yang dikenali dengan nama global Indian threadfin mempunyai ruji yang bercabang di hujungnya.
Jika kurau Malaysia kelihatan gelap dan lebam tetapi kurau Australia tampak lebih bersih. Warna badannya keperakan dan sedikit keemasan dengan bahagian belakang yang gelap. Ikan ini dikatakan mendapat nama jolokan salmon disebabkan warna sedemikian.
Masa terbaik memancing kurau Australia ialah ketika air sedang pasang atau surut sehingga warna airnya keruh berkeladak di mulut muara atau teluk. Pada tempoh ini, kurau Australia gemar memburu makanannya seperti ketam dan udang yang berlindung di bawah lapisan sedimen.
Penggunaan umpan hidup pada malam hari dikatakan boleh memerangkap spesimen yang lebih besar, begitu juga jika gewang replica ikan dan popper digunakan ketika senja.
Kurau Australia adalah perenang malas seperti bonefish ketika mencari makanan, tetapi berubah menjadi pelari pecut yang luar biasa bila tercangkok pada mata kail. Ia akan bertempur habis-habisan dan memecut ke serata arah.
Ia juga mampu melompat ke udara atau memotong permukaan air sepanjang lariannya itu. Kurau Australia sering ditemui di kawasan yang sama dihuni barramundi. Malah kualiti rasanya sering dibandingkan dengan barramundi.
Wacana: Ikan belukang… ikan tahap longkang??

Sebelum kita berbicara lebih lanjut berkenaan ikan yang turut dianggap ikan pengacau umpan, admin nak paparkan dulu apa komen netizen perihal belukang aka pedukang ini.
MAFFUS DIS SITTUS
“Ikan belukang ada guna… aku pancing guna umpan siput babi. Kejap je dia sambar. Lepas tu ikan belukang ni potong daging dia ketul-ketul letak dalam bubu ketam.
Ketam suka makan daging ikan belukang. Sekali ketam masuk bubu memang banyak la, besar-besar pulak tu.”
AMIRUL RASYID ABD AZIZ
“Ayah saya pernah cerita masa dia bujang dulu. Pergi memancing dapat ikan ni besar-besar betis punya saiz. Punya la seronok dengan kawan-kawan.
Balik rumah nak buat asam pedas, sekali bila belah perut siap ada cili jagung bagai (najis orang).
Masing-masing lari nak muntah. Sejak tu sampai sekarang dia dah tak makan spesies-spesies berjanggut ni.”
CHE ROMZI CHE SOH
“Pertama kali memancing dekat-dekat muara time air pasang. Naik ler dia… dapat 3 ekor, bawak balik.
Akak masak singgang… sedap jugak rasa dia. Haha… aku tak nampak pun apa masalah dengan ikan belukang ni.”
MZBR VAZO
“Zaman kecik-kecik dulu kalau dapat ikan bedukang ni terus cari selipar buruk. Selipar buruk tu kemudian buat cucuk kat duri atas belakang dia… lepas tu lepas la semula.
Haha… nampak selipar tu bergerak atas air sebab ikan tak boleh nak tenggelamkannya. Tapi jangan la kecam…. biasa la zaman kecik-kecik siapa yang tak nakal.”
HIZAM AD ALI
“Jarang dapat ikan ni kat market. Suatu hari nanti akan timbul juga sebab kekurangan ikan. Sekarang pun ikan yang dulu orang jarang makan pun dah ada kat market.
Yang aku ingat pasal ikan ni satu je… ikan ni kalau kena mata kail duk bunyi macam orang sendawa. Hahaha.”
RIDZUAN ZAHIDI
“Belukang la ikan pertama yang sambar gewang aku. Sampai la ni aku punya gewang tak penah ikan lain sambar. Aku tak pandai main gewang atau aku tak sabar baling gewang. Hahaha.”
FIRDAUS BAHAROM
“Pernah dapat besar betis orang dewasa… sampai patah-patah pancing aku dikerjakannya. Rezeki tu… sedap dibuat sup!!!
Kalau nak cakap pasal kotor, ayam kampung pun makan kotor juga tapi tetap sedap bila dibuat lauk.”
FIKRI AZIZ
“Aku suka time strike… semacam dia tarik ikan ni. Kalau saiz 2kilo atas… rod cium air dia punya lengkung.”
MOHD HAFIFI MUHAMAD
“Kalau di Sabah ni kompom catch & release. Tapi kalau pertandingan open stage muara pantai, jadi hadiah ni biarpun dihina.”
Info Spesies Haruan Secara Menyeluruh!!

Ikan haruan adalah jenis pemangsa yang memakan haiwan lain seperti anak-anak ikan, katak, serangga dan sebagainya. Ia selalunya mampu bersembunyi di kawasan lubuknya tanpa diketahui oleh mangsanya dan bergerak pantas menangkap mangsa untuk makan.
Apabila ikan haruan nampak mangsanya, ia akan menyambar umpan dan mata kail dengan mulut yang besar ke dalam mulutnya dan apa yang paling menarik, adalah ikan haruan hanya memakan umpan hidup dan jarang menyambar umpan mati yang tidak bergerak.
Selalunya ia telan semua umpan sehingga masuk ke dalam perut dan jarang sekali akan terlepas semula. Kalau terlepas disebabkan tali kail putus akibat hebat rentapan yang kuat atau pun disebabkan oleh ikatan mata kail terlucut.
Habitat dan taburan ikan haruan ada dan sesuai pada air tawar yang agak tenang dengan keseimbangan pH7 iaitu tahap air paling sesuai baginya. Ini bermakna, ada berapa laporan mengatakan ia lebih selesa berada pada tahap air sedikit masam bercampur kelat. Ikan Haruan memang didapati tidak suka berada di kawasan yang terdedah matahari.
Justeru, ia lebih gemar untuk bersembunyi di tempat teduh dan terlindung. Tidak hairan jika ia lebih selesa berada di kawasan bersuhu sejuk dengan suhu air sekitar 26 darjah Celsius seperti di dalam lubuk sawah padi yang tenang airnya agar ia dapat mengesan gegaran atau pergerakan dilakukan oleh mangsanya.
Ikan ini dikatakan mampu membesar sehingga 25 centimeter panjang dengan kadar berat mencecah lebih 1 kilogram seekor. Di negara Asia pula taburannya adalah agak menyeluruh. Ia boleh didapati dengan mudah di negara seperti di India, Pakistan, Bangladesh, Lembangan Sungai Mekong, Chao Phraya, Sumatera serta Kepulauan Jawa selain di Malaysia.
Rujukan dari beberapa sumber di Malaysia yang dilaporkan oleh pemancing ikan haruan bahawa ikan haruan banyak berada di kawasan seperti di Pahang yang banyak mempunyai lubuk.
Ikan ini banyak menghuni kawasan anak sungai di kawasan pendalaman, terutama di Jerantut, Lipis, Rompin, dan Kuantan. Kawasan lain yang mempunyai lubuk seperti ini pastinya memang ada ikan haruan tinggal.
Ikan haruan sering menjadi buruan ramai berikutan ia mempunyai nilai komersial dan khasiat perubatan. Bagi menjamin sumber terus berkekalan, kaedah pemburuan secara berhemah perlu diterapkan.
Kaedah menangkap yang boleh mengurangkan populasi haruan adalah dengan menggunakan renjatan elektrik, racun, tuba atau bahan letupan memang dilarang. Kaedah buruk ini terus menyumbang kepupusan baka ikan itu bahkan memusnahkan ekosistem sama sekali.
Selain daripada dibuat sup, ikan haruan yang didakwa membantu mempercepatkan luka dalaman, ia juga boleh dimasak pelbagai cara. Bagi orang Melayu, haruan masak lemak cili api bercampur daun kesum begitu digemari. Bagi masyarakat Cina, sup ikan haruan bercampur rempah perubatan dan haruan kukus amat popular.
Di Filipina sup ikan haruan amat popular dimana saya dapati hidangan ini telah menjadi menu utama di hotel-hotel dan juga kedai makanan sekitar Manila dan juga pekan Los Banos berhampiran tasik Laguna. Di Thailand, kek ikan haruan berjaya dikomersialkan. Adunan kek bercampur dengan isi haruan itu memang mendapat permintaan tinggi penduduk di sana.
Sesetengah pengamal perubatan tradisional juga percaya menelan anak ikan haruan hidup yang masih merah mampu menyembuhkan penyakit selain membantu menguatkan pengaliran darah. Begitulah hebatnya potensi ikan haruan dalam masyarakat Asia Tenggara.
Haruan telah dikenalpasti amat sesuai digunakan khususnya dalam bidang perubatan. Populariti meningkat naik berikutan hasil penyelidikan saintis yang mendapati dagingnya mengandungi sejenis asid dikenali sebagai acid arachidonic yang dikatakan mampu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat.
Khasiatnya juga berkait di mana ia amat kaya dengan kandungan protein serta asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan badan.
10 Spesies Ikan Yu Yang Menakjubkan!!

Di seluruh lautan dunia, tercatat ada sekitar 440 spesies jerung atau yu. Ukurannya ada yang kecil seperti lantershark kurcaci (Etmopterus perryi), jerung laut dalam sepanjang 17 cm, hingga sebesar yu paus (Rhincodon typus).
Ikan berukuran mega yang panjangnya mencapai 12 meter. Namun, disenaraikan 10 sahaja jenis ikan yu atau jerung yang unik dan pelik, yang mungkin anda belum tahu perihalnya.
Megamouth Shark (Jerung mulut besar)©
Sesuai namanya, ikan ini memang memiliki mulut yang besar. Megachasma pelagios atau yang biasa disebut Megamouth Shark adalah jenis yu yang hidup di perairan dalam dan sangat jarang dijumpai di pesisir pantai.
Spesies ini dipercayai dapat bertahan hidup secara alami hingga 100 tahun dan mencapai panjang maksima 6 meter.
Menurut kajian, reproduksi jerung ini bersifat ovovivipar, yang berarti janinnya berkembang di dalam telur yang menetap dalam tubuh induk betina hingga menetas.
Hammerhead shark (Yu tukul)
Yu tukul atau dalam bahasa Inggerisnya disebut hammerhead shark ini memiliki bentuk kepala menyerupai penukul dengan mata dan lubang hidung di ujung kepala.
Bentuk kepalanya yang unik itu membuatnya mampu survival di air dengan akurasi tinggi.
Dengan kepala yang unik, mereka mampu mencium dengan jangkauan lebih luas sehingga meningkatkan potensi menemukan partikel di air 10 kali ganda berbanding spesies lain.
Yu tukul menjadikan ikan-ikan, pari, sotong, dan udang sebagai makanan utama. Yu spesies ini tidak memburu manusia, sebaliknya manusialah yang memburu mereka.
Greenland Shark (Yu Greenland)
Greenland shark (Somniosus microcephalus) merupakan perenang lambat. Kecepatan renangan yu yang hidup di perairan sejuk sekitar Greenland dan Iceland ini hanya 2.7 km per jam.
Menurut para pengkaji, kondisi ini berpunca dari rendahnya suhu air di Laut Arktik.
Yu jenis ini mampu membesar sepanjang 21 kaki dan mampu hidup selama 200 tahun. Hiu jenis ini terkenal dengan binatang bertulang belakang yang pernah hidup paling lama.
Mereka cenderung hidup di kedalaman 1800 meter di bawah permukaan laut, akan tetapi yu Greenland ini pernah tertangkap kamera di laut cetek.
Saw Shark (Yu Gergaji)
Yu gergaji atau saw shark memiliki muncung panjang mirip mata pisau yang dilengkapi serangkaian gigi seumpama gergaji bermata dua.
Ikan ini mirip pari gergaji, tapi berbeda pada letak celah insang. Celah insang hiu gergaji terletak pada sisi kepala sedangkan pari gergaji berada di bawah kepala.
Jumlah celah insang yu ini ada enam.
Tubuhnya pun cukup ramping dengan dua sirip dada. Hidupnya di dasar perairan berlumpur pada kedalaman 40 meter dan perairan payau.
Yu jenis ini merupakan pemakan pelbagai jenis ikan, penjelajah lautan, dan tidak berbahaya kepada manusia.
Cookiecutter Shark (Yu Pemotong)
Yu ini memang mempunyai nama yang pelik dan saiz badan yang tidak menakutkan, iaitu hanya sekitar 50 cm. Namun, Cookiecutter shark ini memiliki gigitan yang sangat tajam.
Tidak hanya itu, mangsa ikan ini adalah ikan-ikan yang seukuran dengannya atau yang lebih besar darinya, termasuk paus, yu lain, dan lumba-lumba.
Yu ini juga berupaya merebut makanan dari yu lainnya, termasuk dari jerung putih yang besarnya berkali lipat dari tubuhnya.
Yu ini juga dikenal pasti sering menggigit kabel bawah laut dan bahan lain yang digunakan kapal selam hingga berlubang.
Thresher Shark
Thresher shark terdiri dari empat spesies yang keempat-empatnya ditandai dengan ekor pada sirip atas yang panjangnya mencapai 50 peratus daripada total panjang keseluruhan.
Jerung ini memiliki muncung pendek dan mata yang besar di depan kepala. Sirip punggung kedua jauh lebih pendek dari yang pertama.
Jerung spesies ini merupakan perenang yang kuat dan dapat melompat di atas permukaan air.
Panjang maksima untuk spesies ini adalah 6.1 meter namun umumnya berkisar antara 2-5 meter.
Yu ini dapat ditemukan di kawasan pesisir di kedalaman 500 meter di bawah permukaan laut. Terutama di Samudera Pasifik mahupun Atlantik bahagian utara.
Frilled shark
Frilled shark atau nama saintifiknya Chlamydoselachus anguineus dan ditemukan buat pertama kali di perairan Jepun pada 21 Januari 2007.
Yu ini adalah satu dari dua Chlamydoselachus yang masih hidup. Penyebarannya merata di laut dalam perairan Atlantik dan Samudra Pasifik.
Para pengkaji mengandaikan, yu ini mampu menelan mangsa tanpa mengunyah.
Yakni dengan membengkoknya tubuhnya agar tubuh mangsa tersebut mudah masuk ke perutnya.
Wobbegong Shark (Yu karpet)
Yu yang pendiam. Wobbegong shark atau nama saintifiknya Orectolobus maculatus yang juga disebut yu karpet ini bergerak lamban. Bahkan, ia tidak berburu mangsa.
Ikan unik ini hanya menyamar di dasar laut sehingga mangsa datang kepadanya. Jolokan yu karpet diperoleh karena motif kulitnya yang menyerupai karpet.
Warna tubuhnya coklat keabuan dan memiliki corak simetri yang ketara. Ia berfungsi untuk berbaur di sekitar karang dan pasir laut.
Panjangnya mampu mencapai 1.5 meter. Wobbegong hidup di sekitar karang dan lubang di dasar lautan Pasifik, Lautan Hindi, Australia, Jepun dan Indonesia.
Zebra Shark (Yu Zebra)
Zebra shark atau dikenali dengan nama saintifik, Stegostoma fasciatum, adalah yu yang ada di perairan Indo-Pasifik yang memiliki sirip yang sangat panjang.
Hampir sepanjang tubuhnya. Yu spesies ini diberi nama yu zebra karena garis pada tubuhnya yang mirip garis kuda belang.
Ketika dewasa, garis tersebut berubah menjadi titik seperti cheetah. Oleh sebab itu, yu ini terkadang disebut sebagai leopard shark.
Yu zebra boleh ditemui di perairan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi dengan kedalaman sekitar 5 hingga 30 meter.
Goblin Shark
Goblin shark atau yu Goblin adalah spesies yu yang bergerak lambat dan hidup di kedalaman 1.200 meter di pelbagai perairan di Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik.
Ia hidup dengan mengkonsumsi atau memakan ikan, termasuk spesies yu. Goblin mampu membesar panjang sehingga 3,8 m.
Sebagaimana halnya dengan frilled shark, yu goblin juga diandaikan wujud sejak zaman prasejarah dengan struktur tubuh yang tidak berubah selama jutaan tahun.
Sejauh ini, informasi ilmiah mengenai yu goblin masih sangat terbatas. Namun haiwan ini masih wujud, masih ada di perairan Jepun dan beberapa kali berhasil terakam di kamera.