Kili ini diperbuat daripada pemutaran seutas wayar ringan dengan pembentukan satu gelung bulat dan satu lagi cangkuk berkunci. Cangkuk ini muat-muat masuk ke dalam lubang sarungnya untuk mengunci sistem. Saya masih belum dapat keyakinan untuk menggunakan kili ini tetapi dari makluman penggunanya, ia pernah mengalami kegagalan beberapa kali yang tidak dapat dijelaskan. Ia cenderung untuk terbuka tanpa sebab dan ia tidaklah kuat. Ia juga tidak mampu menahan daya sentakan mengejut dari pemangsa yang benar-benar buas. Bagaimana pun ia cukup memuaskan untuk gewang kecil kerana ia sungguh ringan.
Diperbuat daripada seutas wayar berkuatan tinggi yang dibentuk seperti alat pemegang kunci. Memang tidak boleh dinafikan bahawa kili inilah yang paling kuat. Kili ini memang yang terbaik apabila kekuatan dipentingkan untuk apa sahaja, walaupun ia ada beberapa kelemahan. Kili ini tidak didatangi dengan saiz sekecil kili lain dan tak akan muat untuk titik penyambungan yang kecil seperti jighead kerana ketebalan wayarnya berganda pada titik sambungan. Seperti norman speed clip, jika titik penyambung membabitkan wayar berdiameter lebih halus, ia cenderung untuk terselit di antara lengkok penyambung kili ini dan gewang mungkin tercabut keluar. Pemasangan split ring pada gewang boleh mengatasi masalah. Namun ia lebih sesuai untuk pancingan tugas berat.
Ads
Snap mini ini seakan cangkuk yang sangat kecil dengan lengkungan yang membulat. Ia didatangi dengan tiga saiz, namun yang terbesar tetap juga kecil saiznya. Ketebalan wayar setiap kili adalah sama. Cuma saiz fizikalnya berbeza. Anda boleh sambungkannya kepada apa saja, dari soft plastic kecil sehinggalah umpan bulu yang besar. Iacukup kuat tetapi sangat ringan, malah cukup selamat. Ia seakan tidak wujud biarpun bila disangkut pada gewang paling kecil. Namun saya tak akan gunakannya kalau pancingan itu memerlukan daya tenaga yang kuat. Beberapa kali kili ini pernah patah akibat tersangkut reba, di mana kili itu sendiri yang diandaikan tersangkut. Lantaran terlalu kecil, agak sukar untuk menanggalkan gewang daripadanya.
Ads
Kili ini berdasarkan prinsip yang sama seperti Mustad easy snap. Namun ia diperbuat daripada wayar yang lebuh tebal dan lebih panjang. Justeru saya rasa ia lebih kuat. Ia digunakan apabila merasakan mustad easy snap tidak sesuai untuk digunakan untuk kegunaan yang lebih lasak. Kekuatannya cukup menakjubkan jika dibandingkan dengan saiz dan beratnya. Anda boleh sambungkan kili ini untuk hampir semua jenis gewang. Bagaimana pun oleh kerana ia agak kecil, agak sukar untuk menyarungkannya kepada sesuatu yang menyebabkan ia perlu dikangkang lebih luas. Tambahan pula disebabkan utas wayarnya cukup kuat, maka gewang juga agak sukar dicabut keluar. Bantuan playar amat diperlukan.
Tidak dinafikan apabila hendak memancing spesies pemangsa bergigi tajam seperti tenggiri, penggunaan perambut dawai adalah kemestian bagi menjamin tenggiri tersebut berjaya ditewaskan. Bagi mengikat mata kail pada perambut dawai anda boleh rujuk di Portal UMPAN dalam segmen DIY.
Sementara untuk menentukan berapa jumlah mata kail yang perlu diikat pada perambut dawai pula bergantung kepada saiz umpan yang ingin digunakan. Sekiranya umpan kecil, satu mata kail sahaja sudah memadai. Namun saiz kebanyakan ikan umpan pelaling, sebaiknya guna 2 hingga 3 mata kail.
Sekiranya anda ingin melakukan teknik casting umpan ikan kembung maka sebaiknya gunalah perambut dawai tiga mata kail. Apa yang penting ialah pastikan jarak ketiga-tiga mata kail tidak boleh lebih panjang daripada umpan.
Panjang perambut dawai untuk casting tenggiri sebaiknya tidak terlalu panjang dan tidak pula terlalu pendek. Perambut yang terlalu panjang akan menyulitkan untuk melakukan casting dan akan merencatkan aksi renangan umpan. Sementara perambut yang terlalu pendek pula terdedah kepada risiko sambaran terkena pada tali utama dan putus.
Jadi, saya menyarankan maksimum perambut dawai tidak lebih dari sekaki panjang diikat bersama tiga bentuk mata kail saiz 3/0.
Ikatan arbor knot atau Canadian jam knot merupakan ikatan yang paling asas. Ia lazimnya digunakan sebagai ikatan penyambung dengan spool atau gelendung kekili. Tapi, sekiranya korang menggunakan perambut kasar sehingga 150lb untuk mengikat mata kail, ikatan ini merupakan ikatan yang terbaik untuk dilakukan.
Langkah 1
Masukkan tali ke atas spool atau ke dalam lubang cincin mata kail yang ingin digunakan.
Langkah 2
Tindakan tali ke bahagian bawah tali utama tadi.
Langkah 3
Lingkarkan hujung tali ke bahagian atas dan hasilkan satu lingkaran kecil.
langkah 4
Masukkan bahagian hujung tali ke dalam lingkaran yang terhasil.
Langkah 5
Ketatkan simpulan yang terhasil.
Langkah 6
Buatkan satu simpulan biasa (overhand knot) atau simpul mati pada bahagian hujung tali. Sebaiknya cuba rapatkan dengan simpulan pertama tadi.
Langkah 7
Akhir sekali jerutkan simpulan dengan menarik tarik utama atau perambut agar ikatan kemas pada mata kail atau spool kekili.
Umpan strawberi durian ini terhasil daripada gabungan perisa dengan sukatan tertentu yang berupaya untuk digunakan sebagai umpan berbisa.
(Kredit lokasi: Kolam Harmony Puchong)
Bahan keperluan:
2 Botol (saiz sederhana) perisa strawberi Original
1 Botol (saiz sederhana) perisa durian Original
1 Botol kosong untuk campuran umpan.
Cara penyediaan umpan:
Sediakan sebuah bekas atau botol minuman kosong saiz 500 ml. Tuangkan 2 botol perisa strawberi ke dalam botol kosong ini. Kemudian tuangkan pula 1 botol perisa durian ke dalam botol tersebut.
Goncang botol campuran perisa strawberi dan durian sehingga campurannya sebati. Sebaiknya biarkan 10 hingga 15 minit umpan ini sebati sebelum digunakan.
Cara penggunaan umpan:
Umpan strawberi durian ini boleh digunakan bersama apa saja roti sandwic, roti kentang, serbuk roti, dedak dan juga palet. Untuk ujian ini palet 920 menjadi pilihan dan digunakan dengan teknik perambut dua mata kail.
Rendam dan tos dengan segera 1 kg palet di dalam bekas bancuhan umpan. Biarkan seketika sehingga palet menjadi lembut.
3. Tuangkan umpan strawberi durian (anggaran 10-15 penutup botol) ke atas palet dan goncang hingga sekata. Biarkan seketika sehingga umpan meresap pada palet.
4. Cucuk jajan atau keropok jagung pada mata kail. Kemudian kepal palet kira-kira segenggam pada kedua-dua mata kail dan pastikan mata kail tergantung kemas di tengah-tengah kepalan palet.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...