Terdapat beberapa jenis ikan duri yang boleh ditemui di negara kita. Asasnya semua keluarga ikan duri memiliki sesunggut atau sesetengah pemancing menamakan janggut atau misai, 3 sengat separa bisa (hadapan sirip dorsal, dua di kiri kanan sirip pektoral).

 

Separa bisa yang dimaksudkan ialah kesan bisa tidak berpanjangan lama, kalau tercucuk duri sengatnya paling lama 3 jam denyutan sengal, tapi pengalaman saya kurang dari 1 jam bisanya sudah hilang berbanding sembilang, pari dan depu. Kalau yang dah biasa tercucuk duri ikan ini tentu dan lali dengan kesan kebas seketika.

 

Mengenal Identiti Spesies Ikan Seludu!!

 

Ikan seludu dikenali berdasarkan bentuk fizikal berbeza sedikit dengan lain-lain ikan duri yang berada di habitat yang sama. Terdapat tompok hitam pada hujung sirip dorsal kedua. Bentuknya lebih memanjang dan paling ketara di bahagian kepala sedikit leper menirus ke bawah.

 

Badannya kelihatan gempal terutama yang bertelur tetapi diimbangi dengan panjang. Menurut catatan para saintis dan pengkaji ikan marin, pepulut hanya membesar pada saiz maksimum 36cm. Rekod tangkapan saya sendiri sekitar purata 1kg dan ke bawah.

IKLAN

 

Yang leceh mengenai ikan duri ini ialah lendir di badan yang melekit dan sukar ditanggalkan apabila melekat pada tangan. Bau hanyir dan lumpur ikan ini juga kuat sekali.

 

Mengenal Identiti Spesies Ikan Seludu!!

 

Cara mudah gunakan playar muncung panjang untuk memegang atau melepaskan mata kail. Jika tidak mengkehendakinya, buang kembali ke habitat asal tanpa mencederakannya (jangan patahkan sengat).

IKLAN

 

Ikan seludu atau duri seludu adalah jenis ikan demersal di mana tumpuan pergerakan di dasar laut atau sungai sahaja.

 

Ada masa ia merayau hingga hampir kawasan gigi air mencari sumber makanan. Ikan seludu sering ditemui merayau di kawasan lapang seperti persisiran pantai berpasir mahupun berlumpur.

 

Sebab itu jika memancing di kawasan lapang seperti muara dan tepian pantai ikan duri turut menjadi mangsa pemancing. Ikan seludu bergerak dalam kumpulan kecil dan tidak tinggal di satu kawasan sahaja.

IKLAN

 

Mengenal Identiti Spesies Ikan Seludu!!

 

Delta muara Sungai Klang umpamanya hampir serata lubuk yang dikunjungi mata pancing tidak boleh lari dari terjerat duri ini. Namun ia banyak saya perolehi di kawasan benting pasir dengan dasar yang terdapat sedikit sebanyak reba sebagai halangan.

 

Mungkin objek di dasar adalah tempat untuk ia mencari sumber makanan berbanding tempat perlindungan. Sering bergerak meneroka dasar mengikut pergerakan arus.

 

Mengenal Identiti Spesies Ikan Seludu!!

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI