Mengenal Identiti Lampam Dari Seberang

Share

 

Taksonomi

 

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Family: Cyprinidae

Genus: Barbonymus

Species: B. gonionotus

Binomial name: Barbonymus gonionotus (Bleeker, 1850)

 

 

Menurut Fishbase, taburan ikan lampam jawa (silver barb) meliputi lembangan Mekong dan Chao Phraya, Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Jawa. Namun, dipercayai ikan lampam Jawa atau silver barb ini bukanlah ikan asal negara kita.

 

Ikan ini telah dibawa masuk ke negara kita daripada Indonesia sebagai ikan makanan sama seperti ikan yang diimport dari China iaitu kap rumput, kap perak dan sebagainya.

 

 

Lampam jawa biasanya ditemui di dalam kolam ternakan dan perairan yang pernah terdapat aktiviti akuakultur. Sesetengah ikan mungkin terlepas ke dalam sungai semasa banjir ataupun sengaja dilepaskan.

 

Spesies dari keluarga ikan kap, B. gonionotus memiliki badan yang sangat mampat. Profil belakang badannya melengkung. Berkepala kecil dengan muncung mendongak ke atas. Memiliki sesungut yang sangat asas atau hampir tiada. Warnanya apabila dalam keadaan segar berwarna putih keperakan, kadang-kadang hampir berwarna emas.

 

 

Sirip dorsal dan sirip kaudal kelabu dan hampir kelabu kekuningan, sirip anal dan sirip pelvik oren cerah, sirip pektoral seperti kuning pucat.

 

Lampam jawa mampu membesar sehingga 40.5cm sementara berat maksimumnya secara rasmi tidak pernah dicatatkan.

 

Silver barb atau Java barb boleh ditemui di kawasan air dalam, sungai berjeram, sungai, dataran banjir, dan kadang-kadang di dalam takungan.

 

 

Nampaknya lebih suka habitat air statik dan bukannya air yang mengalir. Mereka menjadikan bahan tumbuhan dan invertebrate sebagai makanannya.

 

Ia juga merupakan spesies migrasi tetapi tidak dianggap sebagai penghijrah jarak jauh. Ia lebih merupakan penghijrah domestik yang bergerak dari Delta Mekong ke sungai kecil dan terusan dan ke daerah banjir semasa musim hujan dan kembali lagi ketika air surut.

 

 

Sesetengah laporan menunjukkan bahawa penghijrahan huluan ikan ini dicetuskan oleh hujan pertama dan paras air yang semakin meningkat. Apabila ia menemui anak sungai, terusan atau aliran ia bergerak ke hulu dan akhirnya ke kawasan banjir. Apabila air merosot, ia kembali ke kanal dan sungai dan ke Mekong lagi.

 

Ia sering digunakan sebagai ‘pituitary donor’ untuk penyebaran buatan dalam akuakultur. Berguna dalam mengurangkan tumbuhan yang berlebihan di dalam takungan.

 

Satu spesimen yang berukuran 45cm (2,100 g) dilaporkan ditangkap dari Dan Tchang Reservoir, Thailand pada 8 Julai 2003.

 

 

Sinonim:

Barbodes gonionotus (Bleeker, 1850)

Barbodes jolamarki (Smith, 1934)

Barbus gonionotus Bleeker, 1850

Barbus javanicus Bleeker, 1855

Barbus koilometopon Bleeker, 1857

Puntius gonionotus (Bleeker, 1850)

Puntius javanicus (Bleeker, 1855)

Puntius jolamarki Smith, 1934

Puntius viehoeveri Fowler, 1943

IKLAN