IKLAN

 

Dari segi sejarahnya, nama Maldives dikatakan berasal dari perkataan ‘Malai teevu (Gunung Pulau atau Seribu Pulau) dalam bahasa Tamil, ‘Maladvipa’ (Susunan pulau-pulau) dalam bahasa Sanskrit.

 

Secara terperincinya pula, terdapat 26 terumbu karang besar atau atoll telah diwartakan sebagai wilayah yang mengandungi gugusan 1192 buah pulau.
Tetapi hanya 200 buah pulau sahaja yang didiami penduduk iaitu kira-kira 300,000 orang.

 

Pulau selebihnya terdiri daripada pulau percutian eksklusif yang dimiliki hotel-hotel antarabangsa, taman negara dan juga untuk pertanian.


.

Sektor pelancongan kini adalah penyumbang terbesar pertukaran mata wang asing dengan kunjungan pelancong mencecah 600,000 orang setahun.

Menyedari alam semulajadinya dan hidupan marinnya mampu menjana ekonomi negara, kerajaan Maldives telah mengambil pendekatan drastik dengan menghadkan penggunaan jaring secara komersial oleh para nelayan.

 

Bahkan, pihak berkuasa di sana menentapkan tiga bulan (April-Julai) dalam setahun sebagai tempoh berehat dari sebarang aktiviti penangkapan ikan berstatus game fishing.

Ia bagi memastikan stok-stok ikan besar sentiasa terpelihara. Tetapi tiada halangan untuk pemancing untuk tidak datang ke bulan ini, kerana pemancing biasanya tetap berpeluang merasai menaikkan ikan bersaiz besar walaupun hanya dari persisir pantai.

 

Dambaan kaki pancing

IKLAN

Bagi kaki pancing di seluruh dunia, Maldives adalah lokasi dambaan yang sentiasa diidam-idamkan untuk dikunjungi. Malah, kaki pancing adalah pecahan pelancong kedua terbesar berkunjung ke sini, selain untuk bercuti atau berbulan madu.

Di perairan Maldives, apa sahaja ikan jenis sub tropika dari dari bersaiz kecil sehinggalah ikan bersaiz monster boleh ditemui.

 

Bayangkan, untuk mendapatkannya, tidak perlu pergi jauh-jauh sepertimana kita perlu memancing hingga di kawasan pelantar minyak untuk mendapatkan GT bersaiz bagak atau

tuna sirip kuning 20 kg hanya cukup beberapa batu nautika dari pantai, atau mengelilingi atol dan juga terumbu karang boleh bertemu saiz begini.

 

 

IKLAN

Di sini, pelbagai pakej memancing boleh ditempah, sama ada memancing dan menginap terus dari kapal persiaran ataupun memancing sambil bermalam di chalet-chalet.

Bagi kaki fly, inilah lokasinya untuk beradu tenaga menguji kekuatan diri dan juga peralatan dengan spesies-spesies yang jarang didapati di negara seperti bonefish, GT, tarpon dari pantai.

 

Ikan lain seperti dorado, bluefin, dogtooth, redbass, aya budak, siakap, kerapu, tenggiri, wahoo, segala jenis marlin dan banyak lagi ikan yang mungkin belum pernah ditemui di Malaysia, boleh didapati di sini.

 

Mereka yang gemarkan kaedah pancingan jigging dan popping, pastinya GT monster, aji-aji, ruby snapper dan lain-lain lagi ikan menjadi sasaran utama mereka.

Peralatan seperti rod, kekili yang cukup baik dan lasak menjadi taruhan sama ada berjaya atau tidak menaikkan spesies ini.

 

Bagaimana dengan kos?

Memang tidak dinafikan kos memancing di luar negara memang tinggi, terutama dari segi perbelanjaan tiket kapal terbang, sewa bot, upah tekong, makan.

 

Pendek kata, kos trip boleh cover trip dua atau tiga kali ke pelantar minyak. Tetapi ada baiknya survey dengan rapi dahulu sebelum mengadakan trip dan jalan terbaik adalah pergi secara berkumpulan kerana harga biasanya disertakan dengan pelbagai pakej.

 

 

Walaupun dianggap mahal sehingga mencecah lebih RM10,000, bagi kaki pancing yang inginkan pertarungan big game, usaha mencukupkan kewangan memang akan dilakukan

bersungguh-sungguh asalkan dapat menjejakkan kaki ke salah satu lokasi memancing terbaik di dunia.

 

Ketika ini, sudah ramai kaki-kaki pancing dari Malaysia yang telah berjaya sampai ke sana. Apa yang penting, jika telah bersedia tahap kewangan, perlu sentiasa dapatkan info dari pihak tekong bilakah waktu dan lokasi yang paling sesuai untuk memancing di sana.