Lady Angler – Yana Fish On Tak Pernah Tak On

Share

 

Nama penuh: Masriyana bt Mansor

Nama FB: Yana Fish On

Umur: 36

Port: Yan, Kedah

 

UMPAN: Ceritakan sejak bila anda mula memancing?

YANA: Yana baru je mula memancing dalam 4 tahun lepas. Itu pun sebab ikut suami. Pada mulanya tu ikut suka-suka je… tapi dah lepas cuba strike ikan terus jatuh cinta dengan aktiviti memancig ni.

 

 

UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini berbanding hobi lain?

YANA: Bagi Yana… hobi memancing ni sangat untuk kesihatan fizikal dan mental. Ia bagus sebab dapat mengajar kita banyak bersabar… malah dapat mengeratkan silaturrahhim dan menambah ramai kenalan.

 

 

UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi sepanjang memancing dan apa harapan anda untuk meneruskan hobi ini?

YANA: Selama memancing ni macam-macam rintangan yang dihadapi. Elok-elok dah sampai jeti tak buleh turun laut sebab cuaca tak mengizinkan.

Kadang-kadang tu dah ada kat tengah laut kena ribut pulak. Pernah sekali bot rosak… kecut perut la waktu tu nasib baik ada bot lain datang bantu.

Harapan Yana… kalau boleh lagi ramai wanita tampil dan cebur diri dalam aktiviti memancing ni.

 

 

UMPAN: Ceritakan pengalaman manis & pahit ketika memancing?

YANA: Pengalaman manis kali pertama dapat rasa tarikan ikan dan berjaya mendaratkan ikan atas bot.

Rasa seronok sangat macam dapat cabutan bertuah pulak. Hihihi… Yang pahitnya, elok-elok ikan dah sampai tepi bot, nak gancu boleh terlepas pulak… nangis!

 

 

 

UMPAN: Pencapaian membanggakan dan apa sasaran anda seterusnya?

YANA: Dalam banyak ikan yang paling Yana suka pancing sekali ialah tenggiri, dengan menggunakan teknik casting atau menggunakan bulu.

Yana pernah menaikkan tenggiri seberat 10kg. Pernah sekali turun dalam 5ekor makan di tangan memang syok abis.

Selain casting, jigging dan bottom pun Yana cuba jugak. Kalau boleh Yana nak cuba semua teknik yang ada.

 

IKLAN