LADY ANGLER – Jangan Pandang Rohida Sebelah Mata

Share

 

Nama penuh: Rohida Abd rahman

Usia: 35 tahun

Port: Kuala Lumpur

 

UMPAN: Ceritakan bagaimana boleh terjebak memancing dan sejak bila?

ROHIDA: Saya mula mula minat dengan memancing ni sejak dari zaman sekolah menengah lagi.

Bila saya sertai Kelab Pemancing Wanita (WAC) ni melalui kawan, maka semakin terjebak la dengan pelbagai aktiviti memancing yang dianjurkan oleh WAC.

 

 

UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini?

ROHIDA: Ia satu hobi yang menyeronokan. Berbanding dengan hobi lain-lain, hobi memancing unik sebab hobi yang ada hasil (dapat ikan) yang membuatkan kita mahu pancing lagi dan lagi. Saya rasa saya tidak akan jemu dengan hobi.

 

 

UMPAN: Apa cabaran dan harapan anda dalam meneruskan hobi ini?

ROHIDA: Cabaran dari segi masa kerana saya berkerja dalam industri perhotelan. Waktu kerja yang tidak menentu juga banyak menghalang saya untuk memancing dengan lebih kerap dan lama.

Harapan saya pula dengan hobi ini agar wanita tidak lagi dipandang rendah oleh sesetengah pihak.

 

 

UMPAN: Pengalaman memancing yang manis / pahit?

ROHIDA: Manisnya adalah kerana saya dapat mengenali rakan-rakan seperjuangan yang memahami tentang hobi ini.

Pahitnya apabila diperkecilkan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya di kolam-kolam pancing yang didominasi oleh pemancing lelaki.

 

 

UMPAN: Pencapaian yang membanggakan yang anda peroleh?

ROHIDA: Saya memancing hanya untuk suka-suka dan seronok saja. Saya tidak pernah mengharapkan sesuatu yang hebat atau sesuatu anugerah dalam memancing ni.

Ketika pertandingan memancing Kolam Battle yang dianjurkan oleh WAC lalu saya menduduki tempat kedua. Kalau ia layak dipanggil pencapaian maka itulah pencapaian tertinggi yang saya peroleh.

 

 

IKLAN