Sebenarnya, apa yang ada pada gewang yang dianggap killer itu juga terdapat pada gewang biasa-biasa saja bossku. Bezanya yang paling ketara adalah dari segi renangan atau material yang digunakan. Apa yang penting anda mampu menggayakan gewang itu bersesuaian dengan lokasi dan jenis gewang itu sendiri.
Ads
Toman lazimnya tidak terlalu memilih jika anda menggunakan sebarang jenis gewang. Jadi, pendapat yang mengatakan gewang killer untuk toman adalah tidak tepat sama sekali.
Ads
Semua gewang yang dihasilkan dengan sempurna, digayakan dengan aksi sebenar dan pada waktu yang tepat akan dihentam ikan termasuklah toman.
Ads
Bagi menamatkan badi kumpau dan mendapat strike, anda haruslah bijak melihat keadaan padang pancing, faktor cuaca, air dan persekitaran bagi memilih gewang yang tepat untuk digunakan ketika itu.
Tapi kalau dah dia tak nak makan, hulur umpan hidup pun dia tak layan inikan pula gewang kayu atau plastik.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Kumpau bukan bermakna umpan langsung tidak disentuh ikan. Selagi ikan tidak berjaya didaratkan selagi itulah masih berstatus kumpau. Jadi untuk elak kumpau, pastikan korang lakukan perkara ini.
Setup Reel Drag
Drag memainkan peranan penting sewaktu pertarungan dengan ikan. Sentiasalah memeriksa drag anda agar tidak terlalu longgar, mahupun terlalu ketat kerana ini boleh memberi peluang kepada ikan meloloskan diri.
Sentiasa Memeriksa Sambungan Tali Dan Leader
Penting untuk memastikan ikatan sambungan tali utama dan leader kuat atau dalam keadaan sempurna. Lebih-lebih lagi melakukan ikatan ini dalam keadaan tergesa-gesa.
Periksa Kondisi Mainline
Tidak kiralah sama ada anda mengguna braided atau mono. Pemeriksaan tali memang sangat penting terutamanya bahagian hujung tali berdekatan sambungan terminal. Banyak berlaku kes-kes rabut akibat daripada tali yang sudah lama atau reput. Seelok-eloknya tukar tali anda dengan agak kerap mengikut kesesuaian.
Jangan Kedekut Beli Umpan
Faktor umpan tak mencukupi memang selalu berlaku ketika keluar memancing. Bayangkan, tengah syok layan ikan, tiba-tiba umpan tak cukup, mesti potong stim kan? Jadi, sentiasalah bawa umpan yang mencukupi. Berlebihan sikit pun tak apa, asalkan anda takkan putus umpan.
Jangan Biarkan Rod Tanpa Pengawasan
Kes joran terbang ke laut atau sungai, tali habis dan macam-macam lagi memang selalu terjadi bila tiada pengawasan daripada anda. Jadi, kalau nak jadi pemancing berjaya, sentiasalah mengawasi rod anda, bagi mengelakkan rod anda lebur menjadi tukun di dasar laut, sungai ataupun tasik.
Peranan Tukang Tangguk
Ini juga penting kerana, kebiasaannya ikan akan gemar melakukan kejutan di saat-saat akhir. Bayangkan kalau tukang tangguk atau gancu anda terkial-kial hendak menaikkan ikan dan ikan memecut di saat akhir. Pastinya ia akan membawa kegagalan buat anda.
Kondisi Set Pancing Anda Dalam Keadaan Baik
Rod, reel, mata kail dan sebagainya harus sentiasa diambil berat kondisinya. Pastikan set pancing anda disimpan di tempat yang selamat lepas digunakan. Ini bagi mengelakkan ia rosak di kemudian hari.
Rancang Trip Memancing Mengikut Kesesuaian Waktu
Untuk menjadi pemancing berjaya adalah penting untuk anda sentiasa merancang trip memancing anda mengikut kesesuaian musim. Ambil tahu keadaan tempat memancing, jenis ikan dan teknik terbaik sebelum anda keluar memancing.
Lubuk yang terbaik memang sering menjadi perhatian kaki pancing yang lain. Jadi untuk mengelakkan bersesak-sesak memancing di satu lubuk, adalah baik untuk kita mempunyai ‘back-up plan’ lubuk memancing kita sendiri bila situasi seperti ini terjadi.
Pelbagaikan Teknik Untuk Hasil Yang Terbaik
Kita tidak akan pernah tahu teknik apa yang akan menjadi pilihan ikan pada hari kita memancing. Jadi, adalah wajib bagi setiap kaki pancing cuba mempelbagaikan teknik yang anda tahu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Pantau Keadaan Cuaca
Ini adalah penting untuk keselamatan anda. Jika keadaan benar-benar tidak mengizinkan adalah lebih baik untuk anda membatalkan hasrat keluar memancing. Jangan sekali-sekali cuba untuk menggadai nyawa anda keluar memancing sewaktu cuaca tidak mengizinkan.
Pertama sekali admin nak ucapkan selamat datang ke dunia pemancing. Sebagaimana ikan yang terdapat pelbagai famili dan spesies, begitu jugalah dengan pemancing yang terdiri daripada pelbagai jenis perangai dan ragam.
Setakat mempertikai berat hasil tangkapan atau tempoh pertarungan pemancing lain itu sudah menjadi satu perkara yang lumrah. Apatah lagi jika kita tidak dapat menyertakan buktinya. Malah, kalau disertakan bukti sekalipun belum tentu tiada lagi suara-suara sumbang akan kedengaran.
Tentu saja apa yang dipertikaikan itu menerbitkan rasa sakit hati. Namun semua itu tidak perlulah difikirkan sangat. Anggap saja semua itu sebagai satu cabaran yang harus dihadapi. Perasaan iri dan dengki antara sesama pemancing sememangnya tidak mudah untuk dikikis.
Jika anda tidak bersedia untuk dipertikai, dikecam atau sebagainya, ikut saja cara admin buat. Setiap kali admin post hasil tangkapan, admin tidak menyatakan berat sebenar dan tempoh pertarungan. Oleh yang demikian para netizen tiada point untuk menafikan atau mempertikai apa-apa pun.
Ini kerana terdapat juga pemancing yang up diri sendiri dengan melebihkan berat hasil tangkapan dan tempoh pertarungan sebenar.
Sekiranya anda kreatif dan perlu tetapi gian jugak nak memancing, anda boleh try buat sendiri gewang sesudu berikut. Ikan kalau nak makan tak tunggu gewang mahal-mahal der.
Bahan dan alatan diperlukan:
Tin aluminium
Gunting atau plier
Mata kail
Swivel
Split ring
Paku atau penebuk lubang
Marker pen
Cara menghasilkannya:
Tutorial 1
Guntingkan bahagian bawah tin aluminium. Pastikan gunting tajam dan kuat.
Tutorial 2
Gunting dan kemaskan bahagian tapak tin aluminium.
Tutorial 3
Lakarkan bentuk sesudu atau spoon anda.
Tutorial 4
Gunting tin aluminium mengikut lakaran yang dibuat.
Tutorial 5
Bentuk asas sesudu yang siap dipotong. Anda boleh membuat bentuk berbeza bergantung kepada kreativiti.
Tutorial 6
Tebuk lubang pada bahagian atas dan bawah. Untuk hasil lebih kemas, gunakan penebuk kertas.
Tutorial 7
Pasangkan mata kail dan swivel. Corakkan atau spray spoon anda mengikut kreativiti. Dan siap untuk digunakan!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...