IKLAN

 

SOALAN:

Saya agak keliru tentang ball bearing dalam reel. Ada reel yang ada ball bearing sikit (2-5) dan ada yang banyak sehingga 10 dan lebih.

Reel mana yang lebih baik, yang tak banyak ball bearing atau yang banyak?

 

JAWAPAN:

Boleh dikatakan ramai pemancing yang tidak mengambil soal sangat jumlah ball bearing atau galas bebola yang digunakan dalam sistem kekili.

IKLAN

Kebanyakannya lebih memikirkan soal drag atau ratio sahaja. Tahniah kerana bertanya.

 

Admin sendiri, semenjak menggunakan kekili yang sekadar ada 1 bearing hinggalah berbelas-belas bearing sekarang ini sendiri tidak kisah sangat soal bearing ni.

Walau bagaimana pun tidaklah bermakna spesifikasi bearing itu tidak penting. Untuk menjadi pemancing yang berilmu, soal bearing ini eloklah kita faham juga.

IKLAN

 

Bearing yang dimaksudkan ialah jumlah alas bebola yang digunakan dalam sesebuah reel atau kekili.

Contohnya jika pada reel itu tertera 5 ball bearing ia membawa maksud terdapat 5 alas bebola yang digunakan dalam kekili.

 

Bearing tu untuk apa? Bearing atau alas bebola adalah bertujuan untuk melancarkan pergerakan objek yang berpusing dengan mengurangkan rintangan di antara dua objek.

Semakin banyak alas bebola yang digunakan maka semakin ringanlah rintangan tersebut sekaligus menyebabkan kayuhan terasa lebih lancar dan ringan.

 

Terdapat kekili yang dipasang dengan belasan alas bebola keluli tahan karat. Semakin banyak terdapat alas bebola semakin mahal kekili terbabit.

Namun terdapat masalah lain pula di sebalik terlalu banyak alas bebola, jika tidak dijaga akan menyebabkan pergerakan kekili tersangkut-sangkut dan mengeluarkan bunyi yang tidak disenangi.

Begitu pun, bearing atau alas bebola ini boleh diganti apabila sudah rosak atau pecah.