SOALAN:

Assalamualaikum admin, saya ingin bertanya mengenai tali sulam untuk pancingan pantai. Sesuai atau tidak saya menggunakan tali berkuatan 60lb jenis tiga empat sulam dan dipadankan dengan joran 12 kaki panjang?

 

IKLAN

JAWAPAN:

 

IKLAN

Waalaikumussalam… Pancingan pantai atau surfcasting merupakan salah satu teknik pancingan di kawasan pantai. Secara amnya, teknik ini amat mementingkan jarak lontaran umpan jauh ke tengah. Terutamanya di kawasan pantai yang landai dan cetek. Justeru jarak lontaran umpan jauh ke tengah amat penting bagi membolehkan umpan sampai ke lubuk atau kawasan ikan.

 

IKLAN

Untuk membolehkan lontaran umpan sampai ke kawasan sasaran, faktor panjang joran amat memainkan peranan untuk tujahan balingan serta meminimumkan tolakan ombak ke arah daratan pada tali utama. Oleh yang demikian penggunaan joran panjang melebihi 12 kaki amat membantu. Bahkan semakin panjang joran maka semakin jauh jarak lontaran umpan dapat dilakukan.

 

Selain faktor panjang joran, diameter tali pancing juga turut memainkan peranan. Selalunya penggunaan tali sulam atau benang (braided) sering digunakan membolehkan lontaran umpan yang sempurna. Namun tali benang kekuatan 60lb jenis empat sulaman sebenarnya agak besar/kasar dari segi diameter. Kekuatan tali tiada masalah pada asasnya namun saya mengesyorkan anda menggunakan tali berdiameter lebih kecil untuk memaksimumkan jarak lontaran anda.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI