Sememangnya cuaca serta suhu amat memainkan peranan besar pada ikan untuk bergerak aktif, makan dan mengawan.

Jadi kita perlulah mengetahui serba sedikit tentang kelakuan ikan pada keadaan sekitar.

 

Sekiranya cuaca panas dan suhu air suam, ikan akan aktif mencari makan, sekiranya cuaca mendung dan suhu air masih suam ikan masih aktif.

Tetapi sekiranya air bertukar menjadi sejuk sungguh pun cuaca panas, ikan lebih pasif dan tidak galak mencari makan.

IKLAN

 

Bagi cuaca pula ikan akan lebih aktif sebelum dan selepas hujan. Apa yang penting adalah suhu pada air sekiranya air sejuk maka susah sikit ikan nak makan umpan.

Harus diingat, perubahan 1 darjah air sahaja pun sudah cukup besar pada kehidupan marin seperti ikan.

IKLAN

 

Pada hari yang panas ikan akan banyak berada di kawasan redup atau berlindung seperti di bawah pohon kayu atau bayang pokok, batu atau bukit di kawasan air tawar dan akan berada di permukaan air atau pertengahan air di laut.

 

IKLAN

Pada hari hujan ikan akan berada di dasar sungai dan akan selalunya bergerak ke kawasan adanya air yang masuk ke sungai untuk mencari serangga yang hanyut ke dalam sungai.

Bagi laut pula banyak ikan akan bergerak ke pertengahan air untuk mencari “Thermal Line” (kawasan arus air yang suam di dalam laut).

 

Bagi saya sekiranya saya pergi memancing cuaca tidak banyak memainkan peranan yang besar tapi apa yang saya perhatikan adalah suhu pada air.

Kalau air itu sejuk saya tidak pergi kerana ikan tidak aktif. Jadi sebelum pergi memancing celup tangan dalam air, sekiranya sejuk tak payahlah pergi memancing pada hari itu.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI