Madai jigging merupakan satu teknik memancing (jigging) yang mana jig yang digunakan adalah meniru aksi renangan sotong.
Teknik pancingan yang berasal dari negara Jepun ini mula popular di negara kita sekitar lebih 10 tahun yang lalu. Jig yang berupa kepala sotong dengan rambu-ramba ini turut dikenali sebagai jig tengkorak.
Madai jigging juga adalah satu cara yang bagus untuk menjerat ikan dasar. Cara menggunakan madai ialah dengan perlahan sekali tetapi tidak perlu menghenjutkan joran kita.
Selepas madai diturunkan dan sampai ke dasar, kita hanya perlu mengangkat joran kita naik ke atas dengan cara yang paling perlahan sekali dan turunkan joran untuk madai sampai ke dasar dan mengetuk dasar.
Cara ini perlu dimainkan dengan cara yang paling perlahan dan mengetuk dasar.
Selaku jig yang dimainkan di dasar, tentu saja ikan sasaran adalah dari spesies bersisik terutamanya jenahak dan kerapu.
Hari ini, madai jigging sudah kurang dipraktikkan setelah ditenggelami oleh populariti jigging perlahan yang mana ia ternyata jauh lebih berkesan memburu spesies demersal berbanding madai.
Terkini, teknik tai rubber yang diadaptasi dari madai jigging terbukti lebih berkesan berbanding madai jigging sekaligus seperti menutup ruang sepenuhnya ke atas madai jigging.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Umai adalah makanan yang dianggap penting dan popular bagi pelbagai etnik di Sarawak. Ia merupakan satu hidangan yang ringkas dengan variasi yang cukup mudah untuk disediakan.
Apakah itu umai? Ia adalah hirisan ikan mentah segar yang diperap dengan jus limau kasturi, bawang merah, bawang besar dan cili, garam dan sedikit penambah perisa.
Makanan ini disediakan dengan langkah tersusun. Ia bermula dengan pemilihan ikan yang segar dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dihiris secara halus dan digaul serta diperap
dengan jus limau kasturi terlebih dahulu untuk menghilangkan bau ikan, dan proses ini menyebabkan isi ikan tersebut kelihatan seolah-olah sudah masak.
Hirisan ikan mentah digaul atau diperap dengan jus limau kasturi terlebih dahulu untuk menghilangkan bau ikan, dan proses ini menyebabkan isi ikan tersebut kelihatan sudah masak.
Setelah itu barulah dicampurkan dengan bahan-bahan seperti yang disebutkan di atas tadi. terpulang kepada cita rasa individu sama ada mahu menambah cili untuk rasa lebih pedas atau tidak.
Tidak semua ikan boleh dibuat umai. Selain ikan terubuk, hanya beberapa jenis ikan lagi boleh dan sangat sedap dibuat umai iaitu tenggiri, bawal putih, ikan yu ataupun udang. Ingat hanya ikan segar yang baru ditangkap sahaja, baru sesuai dibuat umai.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Umpan perah (umpan yang berasaskan buah perah tanpa kira jenama) sudah boleh digunakan secara terus dengan roti atau palet untuk dijadikan umpan. Namun untuk lebih power, umpan perah perlu dicampur dengan perisa lain. Berikut merupakan perkongsian bagaimana untuk menjadikan umpan perah lebih power apabila digunakan dengan roti potato.
Bahan-bahan keperluan:
Umpan Perah AA
Paste Pacak (perisa strawberi)
Sos Raya (perisa pisang)
Roti Potato
Penyediaan Sos Umpan:
LANGKAH 1
Masukkan lebih kurang 100ml sos Umpan Perah AA ke dalam botol kosong.
LANGKAH 2
Masukkan Paste Pacak kira-kira 5 penutup.
LANGKAH 3
Masukkan kira-kira 2 penutup Sos Raya dan goncang hingga sebati.
Penyediaan Umpan & Roti
LANGKAH 1
Kopek kulit luar roti potato bahagian atas dan juga bawah.
LANGKAH 2
Belah dua roti potato dan potong dadu anggaran 9 ketul.
LANGKAH 3
Tuang sos umpan diolah ke dalam bekas bancuhan yang berisi roti potato dengan kadar jumlah yang berpadanan dan goncangkan.
LANGKAH 4
Cucuk kiub roti potato pada perambut dua mata kail.
LANGKAH 5
Bahagian inti yang siap dicucuk kira-kira 6 kiub roti potato.
LANGKAH 6
Kumpulkan hingga penuh tapak tangan roti potato dan lekapkan inti ke atasnya.
LANGKAH 7
Sediakan sebahagian lagi roti bagi menutup inti sepenuhnya dan kepal dengan lembut.
LANGKAH 8
Kumpulkan hingga penuh tapak tangan roti potato dan lekapkan inti ke atasnya.
LANGKAH 9
Umpan yang siap untuk dilontarkan ke lubuk.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Antara cabaran memancing tengalan khususnya di Sungai Perak ialah di mana lubuk dasarnya berbatu-batu besar dan terdapat sisa-sisa tinggalan pukat lama yang tersangkut padanya.
Pemancing perlu mengetahui kedudukan batu-batu dan lubuk terlebih dahulu sebelum melontarkan umpan.
Pemancing juga kena memikirkan juga cara bagaimana untuk menaikkan ikan dengan selamat sekiranya mengena ikan yang besar, biasanya mereka akan berjuang bermati-matian cuba menyelinap masuk ke kawasan batu-batu besar itu.
Peralatan memancing yang digunakan oleh pemancing dasar di sini adalah dari kelas sederhana berat dan berat.
Kekili bersaiz 3000 ke atas berisi tali tangsi berkekuatan sekurang-kurangnya 25 lb. Joran yang panjang dan keras diperlukan untuk melontar umpan dan batu ladung bersaiz 7 atau 8 ke sasaran sejauh lebih kurang 50 ke 60 meter ke tengah sungai.
Kebanyakan pemancing di sini menggunakan perambut mata berangkai dengan tiga hingga tujuh bentuk mata pancing. Mata pancing dan batu ladung hidup yang berharga ekonomi dari jenama tempatan akan digunakan bagi mengurangkan risiko kerugian.
Apabila mengena ikan, mereka akan terus menyentak dan mengaraunya secepat mungkin bagi mengelakkan ikan memasuki zon sangkut.
Cara perlawanan sebegini langsung tidak memberi ruang kepada ikan untuk melawan. Kalau ikan bersaiz kecil yang mengena memang tiada masalah untuk menariknya.
Cuma yang memberikan sedikit masalah apabila mengena ikan yang bersaiz kasar, selalu sangat berlaku kes rabut dan terlucut.
Dengan joran yang keras serta ditambah dengan khudrat larian padu ikan sering kali mengakibatkan mulut atau bibir ikan terkoyak.
Boleh juga menggunakan peralatan yang lebih ringan untuk menduga ikan tengalan. Ia juga dapat mengurangkan kes mulut atau bibir ikan dari terkoyak kerana kesan keanjalan yang terdapat pada joran lembut.
UMPAN TENGALAN
Umpan yang biasa digunakan untuk memikat ikan tengalan adalah umpan adunan. Ramuannya bermacam-macam ragam mengikut pengalaman dan kreativiti masing-masing.
Bahan asasnya ialah dedak ayam dan tepung gandum, manakala ramuan lain pula, ada yang menambahkan telur itik, tepung ubi, serbuk kelapa sawit hancur, tepung ikan, palet, rempah ratus, jagung hancur, ubi kayu sagat, bahan perasa dan pelbagai lagi.
Ramuan yang terbukti paling efektif dan wajib dicampurkan kepada adunan adalah buah kulim.
Buah kulim disaluti kulit yang keras, ia perlu dipecahkan terlebih dahulu untuk mendapatkan isinya yang lebih lembut. Ada pemancing yang memotong atau memarutnya halus-halus sebelum dicampurkan kepada adunan.
Ada pemancing yang lebih suka memeram isinya yang telah disagat halus bersama air dari Sungai Perak ke dalam botol selama beberapa hari, kemudian saya hanya menggunakan air rendaman itu untuk dicampurkan bersama adunan.
Isi buah kulim tadi boleh ditambahkan dengan air lain dan masih boleh digunakan berkali-kali sehingga berbulan-bulan lamanya.
Lebih lama diperam, baunya semakin menyengit bagi membangkitkan selera tengalan. Bukan sahaja tengalan, kebanyakan spesis lain dari keluarga Cyprinidae juga sangat menggemari aromanya.
Sesetengah pemancing pula hanya mencampurkan biskut lemak yang telah dikisar dengan air rendaman buah kulim.
Boleh juga mengadunkan palet dengan air kulim dan telur itik sahaja. Boleh dikatakan kesemua umpan yang dicampurkan dengan buah kulim dapat menambat selera ikan tengalan.
Sekiranya tiada buah kulim, bawang putih boleh juga digunakan sebagai penganti.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...