Korang Layak Bergelar Pemancing Profesional Bila…!!

Share

 

Negara kita sememangnya kurang pemancing profesional walaupun sudah berstatus otai atau sifu. Namun anda tidak perlu sebarang anugerah untuk bersikap sebagai pemancing profesional sekiranya memiliki kriteria seperti berikut…

 

KRITERIA 1

Kita tidak lagi atau berhenti terus dari menilai dan menghukum pemancing lain. Sebaliknya mengambil sikap untuk fokus bagi merubah diri sendiri.

 

KRITERIA 2

Kita boleh menerima minat pemancing lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub kepada sesuatu teknik atau segmen memancing yang sealiran dengan minat sendiri.

 

KRITERIA 3

Kita berani melepaskan kenangan lama yang pahit (kena kencing atau sebagainya). Tidak berdendam dan simpan dalam hati buat selama-lamanya.

 

KRITERIA 4

Kita berhenti mengharap dan meminta dari pemancing lain, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.

 

KRITERIA 5

Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan netizen. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina netizen.

 

KRITERIA 6

Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan pemancing.

 

KRITERIA 7

Kita berhenti membandingkan hasil kita dengan hasil orang lain. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat hasil pemancing lain.

 

KRITERIA 8

Kita boleh bezakan antara dan keperluan memancing, lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .

 

KRITERIA 9

Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati “strike” dari menikmati “mahalnya set pancing”.

IKLAN