Kita mungkin sudah biasa dengar istilah mencandat sotong. Sotong yang biasanya dicandat seperti sotong mengabang, sotong torak atau sotong jarum. Tapi pernah tak korang korang mencandat sotong kurita?
Sotong kurita biasanya tinggal di dalam bekas-bekas botol atau kulit siput yang bersaiz besar dekat kawasan yang berselut, berlumpur dan kawasan yang berbatu di tepi pantai. Inilah sebabnya ramai yang tidak dapat mencandat sotong kurita kerana ia hanya akan serang hendak mangsa di dasar.
Ads
Untuk mencandat sotong kurita,senang sahaja. Anda cuma perlu menambahkan sinker/ladung yang bersaiz kecil pada swivel dah ok. Cara ini adalah bagi memberatkan candat anda dan candat anda senang untuk sampai ke dasar dengan cepat. Tak perlu beli candat berjenenama yang mahal-mahal. Candat yang paling murah pun boleh digunakan.
Titiskan perasa Matsumoto pada badan candat anda dan ratakan perasa tersebut. Selepas itu, biarkan candat anda selama 5 minit supaya rasa minyak Matsumoto dapat meresap dan menyerap di permukaan candat dengan lebih sempurna. Selepas 5 minit atau lebih dari itu, enjoy trip mencandat sotong kurita anda!
Ads
Mencandat sotong kurita tidak perlukan candat yang mahal-mahal, beli yang murah-murah dah ok. Sebab si kurita ini sembunyi dekat kawasan dasar, candat anda senang nak lekat dan putus, candat murah kalau putus pun hati kita tidak sakit kan?
Ads
Cast candat anda ke tempat yang anda rasakan yakin, biarkan candat anda tenggelam ke dasar. Retrieve atau karau reel anda selambat-lambat yang boleh untuk merasakan tarikan sotong kurita yang sedang menunggu mangsa di kawasan dasar.
Pastikan tempat yang anda main itu kawasan tempat munculnya sotong kurita la… kalau tidak, kumpau itu memang indahlah jawabnya. Selamat mencuba!
(Oleh: Charles Tham)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Antara lokasi terbaik memancing ebek di kebanyakan perairan Terengganu, Pulau Tenggol, Kemaman, Pekan selain pesisir pantai dan benteng berbatu. Waktu sesuai untuk memburu ebek dikatakan sekitar bulan April hingga Ogos setiap tahun.
Lubuk terbaik untuk memburu ebek ialah di kawasan yang mempunyai struktur seperti batu atau karang kerana ebek gemar berlegar di kawasan seperti ini.
Walaupun tidak mempunyai nilai yang tinggi sebagai hidangan makanan, kemampuan dan kekuatan dalam pertarungan cukup memberikan kepuasan kepada kaki pancing lebih-lebih lagi ebek bersaiz besar.
Ebek sebenarnya cukup agresif dan boleh mendatangkan kehampaan kepada kaki pancing andai memandang enteng kemampuan ikan yang mempunyai badan berkilat ini. Sejurus memakan umpan atau menyedari kail berada di mulutnya, ebek akan bertukar menjadi sangat agresif dengan tiba-tiba.
Spesies ini akan mengguna kekuatannya pada awal pertarungan dengan melakukan rontaan kiri kanan dalam usaha melepaskan kail sambil memecut laju. Jika pemancing dapat bertenang dan berjaya menahan asakan awal spesies ini, peratus untuk menaikkan ikan ini semakin tinggi kerana daya juang ebek semakin berkurang apabila semakin lama pertarungan berlangsung. Mungkin kerana sifatnya yang gemar melakukan serangan pada awal pertarungan.
Umpan Alami
Secara tradisional, kebanyakan pemancing menggunakan teknik pancingan dasar ketika memancing spesies ini.
Pancingan dasar spesies ini tidak tertumpu di lautan sahaja, malah sering dipraktikkan oleh pemancing pantai, pancingan di benteng pemecah ombak, di kelong dan pancingan muara dari tebing.
Bagi penggunaan umpan untuk kaedah ini, penggunaan udang merupakan antara yang paling popular di kalangan pemancing. Penggunaan udang kopek sering mampu menaikkan ebek juvenil di kawasan yang lebih hampir dengan daratan.
Penggunaan udang hidup juga sangat efektif untuk pancingan dasar dan pemancing boleh cuba menggunakan teknik ikatan yang memberikan udang tersebut ruang di pertengahan air, bukan berada betul-betul di dasar perairan.
Selain daripada penggunaan umpan udang hidup, pilihan kedua ialah anda menggunakan umpan sotong.
Anda boleh mencuba menggunakan umpan sotong cumit atau sotong mati yang dikelar agar kelihatan melambai ketika di dalam air. Umpan sotong juga efektif kerana ebek memang menjadikan sotong antara diet utama makanannya.
Selain kedua-dua umpan yang disebutkan di atas, pilihan lain untuk anda ialah umpan ikan seperti tamban.
Umpan ikan tamban juga boleh dijamah oleh ebek terutama yang bersaiz besar biarpun kekerapan henjutan mungkin sedikit kurang berbanding sotong dan udang. Namun bak kata orang, tak ada rotan, akar pun jadilah.
Bagi penggunaan umpan tiruan pula, menjerat spesies ebek popular dengan menggunakan teknik light jigging. Ramai pemancing konvensional di kalangan kaki jigging gemar memburu ikan ini menggunakan unjunan besi yang dikatakan cukup untuk memberikan kepuasan.
Oleh kerana ikan ebek mempunyai mulut yang agak kecil, unjunan jig ringan atau light jigging antara kaedah terbaik untuk mendaratkan ikan ini. Jig pada skala keberatan 15g-60g cukup sesuai untuk unjunan mencari ebek.
Untuk kaedah jigging, apabila strike berlaku, pemancing perlu lebih cermat mengawal keadaan dengan tidak terlalu kasar kerana bimbang rabut oleh kerana rahang ebek dikatakan agak lembut.
Selain unjunan besi, penggunaan soft plastic juga berkesan untuk menggoda spesies ebek. Soft plastic yang sedikit panjang dikatakan lebih efektif kerana alunan ekor melambai saat digayakan lebih menggoda untuk ebek membahamnya.
Penggunaan soft plastic dan mini jig juga boleh dipraktikkan di lokasi seperti rumah rakit atau kelong dengan sedikit variasi penggayaan berlainan. Apa pun, kilatan badan ebek yang berkilat dan bentuk bersegi seperti berlian tetap mampu mendatangkan kepuasan kepada kaki pancing.
Ketika anda menurunkan candat, pastikan anda menurunkan candat twist terlebih dahulu. Turunkan secara perlahan-lahan.
Tindakan tergesa-gesa akan menyebabkan tali anda akan berpintal. Proses meleraikannya memang menyeksa batin kerana orang lain sedang sibuk menaikan sotong sambil memprovokasi emosi anda.
Jika sotong memegang candat anda, layan seperti biasa dengan drag kekili dilaras mengikut berat sotong. Jika anda menggunakan serek (koyan), rapatkan tali pada tepi bot dan lepas tali secara terkawal jika henjutannya semakin keras dan kuat.
Bila tiada tarikan… anda perlu tarik tali perlahan-lahan. Jangan tarik sotong seperti menarik ikan… jika bernasib baik anda akan dapat double atau triple.
Selepas sotong pertama dinaikkan. Jangan membuang masa… turunkan candat dengan segera. Sotong torak makan mengikut pergerakan arus. Jika kumpulannya berada di bawah bot anda, semua pemancing akan merasa tarikan sotong.
Untuk menaikkan semangat anda, bayangkan sotong berkenaan akan menjadi sotong bakar yang enak apabila anda tiba di daratan nanti.
Jangan terkejut jika sotong jenis lain juga dinaikkan. Sotong yang biasa bermain bersama sotong torak termasuklah sotong ketupat dan sotong jarum. Sotong mengabang sangat jarang dan hampir tiada kerana sotong ini suka bermain di kawasan berstruktur. Begitu pun kadang kala ada pemancing yang dapat juga.
Kekili manual terdiri dari OkumaTitus 50TLD, Accurate, Penn International 2 speed dan kekili spinning bersiri 4000 ke atas.
Kekili elektrik pula terdiri dari Command X4, MT750, X6 dan Tanacom Bull 750.
Tali utama
Majoriti menggunakan tali 80 lb untuk pancingan bottom. Untuk teknik jigging dan popping, tali sulam Jig Master 30lb digunakan.
Perambut
Perambut nylon 80lb ke 100 lb digunakan jika berhasrat mendaratkan ikan merah bersaiz 8kg ke atas agar ikan tidak terlucut dengan mudah.
Jenis perambut apollo digunakan di waktu siang dan perambut panjang 3 depa yang disambung melalui tanduk digunakan pada waktu malam.
Gewang tiruan
Kami banyak menggunakan popper bersaiz besar. Anggaran berat 80gm hingga 120gm.
Jig pula bersaiz 15 cm ke atas. Jig jenis panjang lebih sesuai digunakan di sini.
Tips tambahan
Jika memancing di laut, pastikan anda memakai pakaian sesuai iaitu baju lengan panjang, seluar panjang dan topi.
Sapukan krim sunblock atau gunakan sarung tangan untuk mengelakkan kulit kering dan menggelupas.
Jangan lupa bawa bekalan air minuman dan makanan secukupnya
Air 100 Plus dan air oren terbaik untuk melegakan mabuk laut.
Ubat-ubatan ringan seperti pil penahan mabuk, minyak angin dan paracetamol, plaster luka juga perlu.
Spesies sasaran utama
Nama Ikan: Ikan merah
Nama saintifik: Lutjanus Erythropterus
Habitat: Mendiami dasar yang berkarang, tukun, kapal karam dan bergerak secara berkumpulan. Turut digelar merah pucat.
Menjadi ikan target kaki pancing, kerana keenakkan rasanya, yang maha, ia boleh dibuat hampir semua jenis masakan. Malah harganya juga cukup mahal. Purata saiznya 2-4 kg, manakala saiz besar biasanya mendiami kawasan perairan yang dalam.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...