Profil ketambak

 

Nama Inggeris: Spangled Emperor

Nama lain: Keketambak, mempinang, landuk sisik putih

Ciri fizikal: Mempunyai warna merah pada bahagian pipi dan warna oren di lelangit mulutnya. Sisiknya keras dan bercorak seperti warna karang.

 

Ketahui Perbezaan Ikan Landok Dan Ketambak

Diet: Ikan kecil, moluska & krustasea

Habitat: Dasar berkarang, kawasan tukun batu karang

Saiz: Maksimum 80cm namun spesimen biasa ditemui 20-25cm.

Taburan: Selatan Jepun hingga Autralia, Lautan Hindi dan kepulauan Solomon. Sabah, pantai timur dan utara Semenanjung.

 

Ketahui Perbezaan Ikan Landok Dan Ketambak

 

Ketambak adalah yang paling mudah dikenali di kalangan keluarga ikan yang bergelar maharaja atau emperor fish ini berpandukan pada warna merah yang terdapat pada pipi. Bibirnya tebal dibarisi permukaan kasar di hadapan bahagian mulut.

 

Warna kulitnya bercampur-campur, di mana warna kemerahan pada bahagian atas badan dan sirip dorsal pertama. Pangkal ekor agak tegap dan padu untuk memberi daya seimbang kepada ekor bercabang besar. Lelangit di dalam mulut berwarna merah/oren dan bahagian mulutnya agak keras.

 

IKLAN

Ketahui Perbezaan Ikan Landok Dan Ketambak

 

Landok (longface emperor), seroncheng (starry pigface emperor), assoh (thumbprint Emperor atau Lethrinus harak) adalah ikan yang sekeluarga dengan ketambak.

 

Taksonomi

 

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Perciformes

Family: Lethrinidae

Genus: Lethrinus

IKLAN

Species: L. nebulosus

Binomial name: Lethrinus nebulosus (Forsskål, 1775)

 

Ketahui Perbezaan Ikan Landok Dan Ketambak

 

Profil Ikan Landok

 

Nama saintifik: Lethrinus olivaceus

Famili: Lethrinidae

Nama lain: Pelanduk, luping (Sabah)

Ciri fizikal: Mulut runcing memanjang seperti muncung. Badan bertompok coklat dan putih, sisik keras dan putih-keputihan di bawah perut.

Habitat: Dasar berkarang, kawasan tukun dan batu karang.

IKLAN

Taburan: Selatan Jepun hingga Australia, Lautan Hindi dan kepulauan Solomon.

Tempatan: Pantai Timur, Utara Semenanjung, Sabah

 

Ketahui Perbezaan Ikan Landok Dan Ketambak

 

Kalau tidak disebabkan muncung yang tirus memanjang, ramai yang tidak mengenali ikan landok terutama ketika dinaikkan. Sesetengah orang sukar untuk membezakan di antara landok (longface emperor), seronceng (starry pigface emperor – microdon) assoh (thumbprint emperor – Lethrinus harak dan tambak.

 

Ketahui Perbezaan Ikan Landok Dan Ketambak

 

Taksonomi:

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Perciformes

Family: Lethrinidae

Genus: Lethrinus

Species: L. olivaceus

Binomial name: Lethrinus olivaceus

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI