Bagi kaki pancing yang menyewa bot daripada tekong, rupa luaran bot dan juga enjin adalah perkara yang selalu diperhatikan. Rupa paras bot yang kusam dan lusuh juga akan mempengaruhi nilai pasaran enjin sangkut sekiranya ingin dijual sebagai barang secondhand, sekali gus menyebabkan harganya jatuh teruk.
Ads
Kosmetik luaran sebegini rupa juga menggambarkan keadaan dalam enjin yang turut sama lusuh dan berkarat. Bagi sesetengah pemilik enjin sangkut penjagaan luaran sangat dititik beratkan.
Ads
Kita biasa melihat, ada enjin yang dipakaikan baju terpakai bagi membalut cover luar enjin. Ia sebenarnya salah satu cara simple menjaga cover luar enjin miliknya. Tetapi ada juga pemilik enjin dan bot membeli penutup baru daripada pengeluar enjin.
Ads
Antara cara lain juga dengan menggunakan stiker sebagai lapis kedua bagi menjaga cat pada kotak enjin selain menutup badan yang tercalar. Apa pun yang penting tepuk dada tanya selera tentang penjagaan bahagian luaran kotak enjin.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Reverse clinch knot atau ikatan reverse clinch merupakan satu simpulan atau ikatan jerut yang agak popular digunakan secara meluas dalam aktiviti memancing. Ia merupakan satu ikatan yang mana tunjang kekuatannya bergantung kepada simpulan yang dihasilkan.
Ikatannya tidak terlalu sukar untuk dipraktikan dan sangat sesuai untuk menghubungkan tali pancing dengan swivel, snap atau mata kail yang bertangkai.
Tutorial 1
Masukkan hujung tali pancing (perambut atau tali utama) ke dalam cincin mata kail atau swivel lebih kurang sejengkal atau lebih pun boleh.
Tutorial 2
Bawa bahagian hujung tali ke bahagian bawah tali utama.
Tutorial 3
Mulakan lilitan dengan menindan bahagian hujung tali ke atas tali utama.
Tutorial 4
Kemudian teruskan lilitan ke atas kedua-dua tali iaitu tali utama dan tali utama yang keluar dari gelung cincin.
Tutorial 5
Teruskan lagi lilitan menghala ke arah mata kail atau swivel.
Tutorial 6
Lakukan lilitan sekurang-kurangnya 5 hingga 7 kali. Lagi banyak lilitan sebenarnya lagi bagus kerana ia menguatkan lagi simpulan.
Tutorial 7
Kemudian masukkan hujung tali ke dalam ruang gelung yang terhasil antara tali utama dan tali yang keluar dari gelung cincin.
Tutorial 8
Kemudian masukkan pula bahagian hujung tali ke dalam gelung pertama yang dihasilkan dari lilitan tadi.
Tutorial 9
Tarik bahagian hujung tali sambil melurut lilitan agar tidak bertindan antara satu sama lain. Kemudian tarik pula bahagian tali utama dengan kuat. Apabila ikatan sudah cukup ketat, potonglah lebihan hujung tali yang tidak diperlukan. Siap!
Untuk mengetahui mata kail yang sesuai atau terbaik untuk sesuatu spesies ikan, kita perlulah tahu bagaimana cara ikan tersebut makan atau cara ia mengambil makanan.
Ada ikan yang meragut, menyambar, menyedut dan juga mengutis.
Ikan-ikan bottom yang anda sasarkan ini (merah, jenahak dan kerapu) lebih kepada cara meragut umpan.
Sama ada umpan bergerak atau statik, ia akan menyedut umpan tersebut dan membawa lari sebelum menelannya.
Oleh yang demikian, mata kail dari jenis circle hook (mata lingkar) sebenarnya adalah mata kail yang terbaik untuk ikan spesies meragut umpan.
Namun, kebanyakan pemancing tidak tahu kelebihan mata kail lingkar ini kekurangan pengetahuan.
Berbanding octopus hook yang biasa digunakan, mata kail lingkar ini sebenarnya lebih tinggi peratusan tercangkuk pada mulut ikan dan ia tidak akan mudah rabut (tertanggal) ketika dalam pertarungan berbanding mata kail lain.
Kesilapan yang biasa dilakukan oleh memancing dan mendakwa mata kail lingkar ini tidak bagus adalah kerana kesilapan melakukan stroke (sentapan).
Bila menggunakan mata kail lingkar anda tidak perlu melakukan strike yang kuat kerana tindakan ini akan menyebabkan mata kail lingkar keluar dari mulut ikan tanpa tercangkuk.
Apa yang perlu dilakukan oleh pemancing ialah membiarkan sahaja ikan membawa lari umpan dan mata kail lingkar menjalankan kerjanya dengan sendiri.
Apabila sudah tercangkuk barulah anda menyentap dengan perlahan bagi memastikan mata kail itu terbenam sepenuhnya.
Banyak jenis ikan pari air tawar yang tersebar di seluruh dunia, tetapi hanya beberapa jenis saja yang boleh dijadikan ikan hiasan. Berikutan pertumbuhannya yang perlahan maka ia amat cocok dibela dalam akuarium. Berikut merupakan jenis-jenis ikan pari air tawar yang diminati ramai serta memiliki harga yang tinggi.
Pure Black Diamond Stingray
Jenis ini adalah ikan pari hiasan termahal di dunia. Berasal dari Sungai Xingu, Brazil. Ciri khas memiliki warna dasar hitam pekat dan lingkaran putih bersih yang menyelimuti kulit bahagian atas tubuhnya, ini alasannya ikan pari tersebut juga sering dinamakan polkadot stingray. Ia mendiami dasar sungai dan sesekali muncul ke permukaan air untuk mencari makan. Makanannya terdiri dari ikan-ikan kecil, udang, ketam dan kerang. Harga mahal kerana sangat rare dan susah untuk diternak.
Leo X Motorola Stingray
Jenis ikan pari air tawar ini memiliki corak warna yang hampir sama dengan polkadot stingray. Pari Leo X Motorola Stingray sama-sama berasal dari Brazil, tetapi terdapat perbezaan pada warna dasarnya. Leo X Motorola Stingray memiliki warna dasar coklat muda dengan bintik lingkaran berwarna kuning yang terlihat lebih besar di bahagian tengah badan, sementara bahagian tepi memiliki pola lingkaran kuning kecil dan rapat.
Flower Stingray
Pari ini berasal dari negara Amerika Selatan seperti Peru, Colombia, dan Brazil. Seperti namanya, Flower Stingray memiliki corak warna kulit menyerupai bunga kembang. Keunikan lainnya terdapat pada ukuran ekor ikan pari yang biasanya panjang tetapi jenis ikan pari air tawar ini hanya memiliki ekor setengah dari panjang tubuhnya.
Tiger Stingray
Ikan pari ini dinamakan tiger stingray kerana memilki corak warna menyerupai kulit harimau bintang. Panjang maksimum ikan ini 1 meter dan hanya ditemui di negara Venezuela, Amerika Selatan. Selain memiliki corak warna yang cantik, ikan pari harimau air tawar ini lebih lincah dan agresif dalam pergerakan dibandingkan jenis pari lain pada umumnya.
Parnaiba River Stingray
Memang negeri Amerika Selatan merupakan gudang dari sebahagian besar jenis ikan pari hiasan air tawar di dunia. Ikan ini dinamakan Parnaiba River Stingray kerana hanya boleh ditemui di Sungai Parnaiba, Brazil. Keunikannya terdapat pada warna dasar coklat dengan pola lingkaran berukuruan kecil yang memenuhi tubuhnya. Selain itu ekor ikan pari ini sangat panjang melebihi ukuran tubuhnya.
Smooth Back River Stingray
Ia dinamakan seperti itu kerana memiliki kulit atas belakang yang mulus dan hampir menyerupai jenis flower stingray. Bezanya terdapat pada pola corak warnanya. Pola warna ikan pari ini lebih mirip belakang seekor kura-kura kerana memiliki pola yang kurang beraturan sehingga membuatnya lebih unik dan memiliki kesan tersendiri di mata para penggemar ikan pari air tawar hiasan.
Bigtooth River Stingray
Sebenarnya pari air tawar ini memiliki pola yang hampir sama dengan polkadot stingray. Bezanya terdapat pada warna dasar dan bintik lingkaran berwarna kuning keputihan. Namanya berasal dari corak warna kulit yang menyerupai bentuk gigi putih kekuningan besar. Ikan ini juga berasal dari Amerika Selatan, Brazil. Makanan bigtooth river stingray adalah ikan, udang, dan ketam.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...