Candat Ultraman adalah nama baru bagi candat mayat. Perkataan mayat ini lebih merujuk kepada bentuk seumpama bentuk mayat yang dikafankan. Ia lazimnya diperbuat daripada plastik atau getah yang mampu menyerap dan memantulkan cahaya. Badannya dibalut dengan fabrik nipis berkilau dengan pelbagai warna. Ia turut dilengkapi satu atau dua sisir mata kail. Tanpa kehadiran pemberat, ia perlu digunakan bersama pemberat. Candat twist lazimnya digunakan sebagai pengganti pemberat.

Kenali Squid Jig Popular Hingga Kini!!

 

Suatu ketika dulu ia lebih dikenali sebagai candat timah. Candat twist atau timah ini lazimnya berfungsi sebagai pemberat. Ia diperbuat daripada timah (ada juga yang mengubahsuai batu ladung), dan badannya dibalut dengan kain atau tali sulam yang berkilat terang atau mampu memantulkan cahaya. Ia turut dilengkapkan dengan mata kail candat yang berfungsi sebagai penyangkut sotong. Selain berfungsi sebagai pemberat, ia turut sama berupaya untuk memerangkap sotong dan tersangkut pada mata kailnya.

Kenali Squid Jig Popular Hingga Kini!!

IKLAN

 

Menurut cerita candat ini suatu ketika dahulu diperbuat oleh para nelayan dengan menggunakan besi payung. Ada juga yang menyatakan ia dinamakan candat payung kerana bentuknya umpama payung. Yang pasti candat payung atau candat umpan lebih merupakan alat yang diperbuat daripada besi atau dawai keras sebesar lidi kira-kira sejengkal dan bersisir dengan mata kail dibawahnya. Sepadan dengan nama candat umpan, ia perlu dicucuk dengan ikan sebagai umpan untuk menarik perhatian sotong. Dan penggunaan pemberat diperlukan jika arus laju bagi mempercepatkan proses ia tenggelam ke dasar laut.

Kenali Squid Jig Popular Hingga Kini!!

 

IKLAN

Candat udang sebenarnya adalah gewang tiruan berbentuk udang yang dilengkapi mata kail bersisir, yang lazimnya digunakan untuk mencandat sotong mengabang. Dalam masa yang sama ia turut berkesan untuk mencandat sotong torak atau sotong jarum. Namun ia tidak sesuai digunakan secara berangkai (teknik apollo dua atau tiga candat) seperti mana candat mayat berikutan kehadiran pemberat akan menyebabkan ia mudah berpintal dengan perambut.

Kenali Squid Jig Popular Hingga Kini!!

 

Candat ikan atau turut dikenali sebagai candat buntal lebih merupakan candat yang direka bentuk seperti ikan. Ia mempunyai ciri-ciri ringan dan tiada pemberat. Badannya pula agak gemuk dan gempal. Berikutan keberkesanannya bergantung kepada kualiti penghasilannya, ia kurang popular dan tidak banyak digunakan. Namun beberapa tahun kebelakang, penggunaan candat ikan ini seperti lebih efektif berbanding candat mayat atau candat udang.

IKLAN

Kenali Squid Jig Popular Hingga Kini!!

 

Candat ini dinamakan sebagai candat gewang kerana bentuknya hampir sama dengan gewang replika ikan yang digunakan untuk memancing ikan. Jika tidak kerana gelungan dawai pada bahagian belakang candat, pasti ramai menyangka ia adalah gewang untuk casting ikan. Walau bagaimana pun penggunaan candat jenis ini lebih tertumpu kepada casting sotong mengabang sahaja.

Kenali Squid Jig Popular Hingga Kini!!

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI