Ikan dengan belakang badan berbentuk pisau ini dinamakan sebagai knifefish dalam panggilan global dan ikan belida sungai bagi panggilan tempatan tergolong dalam genus Notopterus. Ia merupakan kelompok ikan primitif atau purba.
Ikan belida sungai dapat tinggal dan tetap bertahan di kondisi perairan rawa kerana memiliki alat bantu pernapasan yang dinamakan labirin. Ikan ini termasuk dalam kelompok ikan predator yang aktif pada malam hari. Mereka memangsa ikan kecil dan krustasea. Ikan belida dewasa mempunyai berat purata 1.5-7 kg.
Ads
Secara morfologi ikan belida memiliki ciri-ciri badan pipih dan memanjang dengan bahagian belakang punggung yang tampak membongkok atau cembung. Ukuran sisik kecil, berbentuk sikloid, pada sisi badan. Kepalanya bersisik, lubang hidung berada di depan berbentuk tabung, tidak tertutup insang bawah.
Ads
Ikan belida memiliki bukaan mulut lebar, dibatasi rahang atas depan dan rahang atas. Rahang atas memanjang sampai bawah atau belakang mata. Gigi terdapat pada rahang atas depan, rahang atas, rahang bawah, tulang mata (vomer), tulang langit-langit (palatine) dan lidah.
Ads
Sirip belakang kecil, terletak kira-kira direntang pertengahan sirip anal yang bersatu dengan sirip kaudal. Sirip pelvik yang bersatu pada dasarnya kecil (rudiment). Tampilannya yang unik juga membuatnya diminati penghobi untuk dipelihara di akuarium sebagai ikan hias.
Namun demikian, aktiviti penangkapan ikan berlebihan (over fishing), penggunaan alat tangkap yang tidak ramah lingkungan, dan perubahan kondisi lingkungan perairan menyebabkan kelestarian jenis ikan ini menjadi terancam (Pollnac & Malvestuto, 1991). Bahkan dalam kajian Suwejo et al. (1986), ikan belida sudah termasuk ikan air tawar yang dilindungi.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Saya percaya, hampir semua kaki pancing laut dalam bermula dengan pancingan muara atau menebing, kemudian barulah melangkah yang peringkat berikutnya. Di sini saya ingin berkongsikan apa yang saya alami dan mungkin juga anda juga turut mengalaminya.
Menebing (landbase)
Dahulu sewaktu mula-mula berjinak dengan pancingan muara, hampir serata jambatan sama ada yang dibenarkan ataupun larangan, jeti tinggal, kuala sungai dan pinggir hutan bakau diterjah pada setiap hujung minggu. Asalkan ada getuan dan aksi tarikan tanpa mengira apa jenis ikan sudah memadai.
Dari memancing secara berseorangan memancing, lama kelamaan dapat berkenalan dengan kaki pancing yang lain maka bertambah geng yang sealiran. Lubuk dan kawasan pancing dapat diperluaskan. Sebut sahaja pesisir pantai sepanjang Selangor hampir semuanya dijelajahi.
Ketika itu perumpun sarang menjadi umpan paling mujarab, beli hari ini boleh bertahan 4 hari jika simpan tempat yang sesuai. Kadangkala cuba juga menggunakan udang hidup yang dibeli di tepi jalan namun banyak kes ia ‘kojol’ dan kemerahan sebelum sampai di kawasan memancing.
Dengan akal yang ada maka umpan yang berada di kawasan berhampiran seperti sesiput, kupang dan anak ikan yang dipancing turut boleh dijadikan umpan sekiranya kehabisan perumpun.
Atas pengalaman itu hanya perumpun sahaja yang terbaik untuk bergerak ke serata di kawasan muara sungai menggunakan kenderaan darat. Masa itu agas atau nyamuk bukan halangan asalkan dapat menghilangkan stress tekanan kerja pada hujung minggu.
Lama kelamaan apabila asyik gelama, gegerut, bebolos, duri dan sesirat, tetuka dan anak tetanda yang berjaya didaratkan, hati mula berteriak mencari spesimen yang lebih besar, lebih nilai, lebih gred sesuai dengan pengalaman memancing sudah mengembang.
Namun bila setiap kali terpandang sampan pemancing mundar mandir di kawasan kita memancing, hati tertanya-tanya bila pula masanya untuk merasai memancing bersampan. Dah sampai waktunya, takkan selamanya asyik nak menebing?
Bersampan dan bertekong
Dari situ mula beranikan diri menyewa sampan kecil berserta tekong untuk memancing di sekitar Pelabuhan Klang. Barulah puas dapat melabuhkan umpan di tempat yang selama ini kena lontar sekuat tenaga. Dari atas sampan cuma hulur sahaja ke bawah.
Menggunakan khidmat tekong kadang kala masa memancing terasa terlalu singkat, tekong kenalah banyak kerja lain yang dilakukannya. Almaklum beliau bukan tekong sepenuh masa. Mana cukup nak menyara keluarga kalau hanya bawa orang memancing dengan kadar sewa RM200.
Sampan berukuran 19 kaki menggunakan enjin sangkut 30Hp dengan kapasiti muatan 3 orang pemancing dan seorang tekong. 4 orang berada dalam sampan kecil tidak banyak pergerakan yang boleh dilakukan.
Duduk setempat seharian hingga kematu punggung. Belum masuk ke anak sungai bila tekong terpaksa menjala mencari bekalan umpan udang hidup. Keluar dari anak sungai muka merah-merah dipenuhi dengan tompokan lumpur sungai dan kesan lebam dek sang agas. Bila bersampan sesekali dapat merasa tarikan sembilang, ikan pari, tebal pipi dan senangin.
Spesies ikan yang gemar udang hidup atas sebab itu kami tiada pilihan lain kecuali mengikut tekong menjala di anak sungai bila air dah surut. Banyak juga kes terpaksa menunggu tekong yang tidak muncul-muncul. Masa memancing terbuang begitu sahaja. Panas hati membara apabila sering kena tipu dan kansel trip pada saat akhir.
Misi solo
Hati pemancing jarang sekali merasa puas. Bila tak tahan penangan agas, suruh tekong pergi menjala dahulu dengan kos tambahan umpan dan minyak dipersetujui. Dapat lama lagi memancing tanpa membuang masa mencari umpan. Apabila kita ada waktu terluang, tekong pula ada hal lain. Kemudian hati mula memberontak lagi, sewa sampan bawak sendiri lagi senang.
Lebih mudah, ada waktu terluang, beli umpan, isi minyak, bayar duit sewa sampan, start enjin terus ke lubuk. Bebas ke sana ke mari berpindah apabila hasil tidak menepati sasaran. Setiap kali air bah, setiap kali pantai berubah, pepatah yang hakiki kenyataannya.
Mana tidaknya, kalau memancing di tebing senang nak cam kawasan, ada jalan, ada pokok dan kesan lama kita memancing, tapi kalau di tengah sungai nak cam pokok tiba-tiba dah hilang ditebang dan ada yang tumbang ke air.
Kemudian apabila membuat penilaian dan rumusan trip keputusan hasil amat tidak berpadanan dengan kos yang dileburkan untuk memancing. Melihat orang lain membawa hasil yang lebih baik maka hati sekali lagi tersentak. Kawasan sama, argggh… Mungkin nasib mereka lebih baik. Atau mereka kena lubuk, tapi kita kena serbuk!
Apabila sukar nak cam lubuk kerana keadaan tebing yang berubah dek pembangunan, maka tiada jalan pintas lain kecuali menggunakan alatan yang sesuai. Selepas itu dunia pancing mula mengenal GPS dan carta pasang surut.
Mana boleh kalah sepanjang waktu. Memancing perlu ada pembaharuan, perlu ada revolusi seperti pesisir pantai dataran muara Klang, dari hanya Pelabuhan Selatan, kemudian Pelabuhan Utara dan seterusnya Pelabuhan Barat.
Ketika pembinaan Pelabuhan Barat, banyak lubuk dan lokasi kapal karam tempat tumpuan memancing dimusnahkan, laluan diperdalami untuk memudahkan kapal dagang masuk ke pelabuhan. Pesisir pantai dan hutan bakau digondol dan diganti dengan jeti dan dermaga siap sekali dengan papan tanda ‘KAWASAN LARANGAN MEMANCING’. Itu juga satu revolusi…!!!
Sama ada gewang permukaan, gewang minnow atau crank, gewang selaman cetek atau dalam, sesudu, katak kayu atau getah, atau pelbagai jenis spinnerbait.
Sebaliknya, apa yang menjadi topik yang ingin dibicarakan ialah… Apakah gewang mahal berstatus tahyul saja akan disambar oleh toman??
Bagi pemancing yang baru berjinak-jinak dengan sukan memancing toman, antara dilema yang sering dihadapi adalah bajet untuk membeli gewang.
Apatah lagi apabila harus berkomplot dengan masta-masta caster yang taksub pada gewang-gewang tahyul berharga tinggi untuk mengilat toman.
Gewang dengan nilai RM50 dan ke atas bolehlah dilabel sebagai gewang mahal. Tidak semua pemancing mampu untuk melabur dengan bajet sekasar itu demi menjerat seekor toman yang berkemungkinan akan menjahanamkan terus riwayat gewang tersebut.
Bagi membincang perkara ini, berikut merupakan pendapat dan buah fikiran pemancing yang sudah sekian lama berkecimpung dalam arena mengilat toman.
Pendapat Umpanian I
Apa yang ada pada gewang mahal juga terdapat pada gewang murah. Bezanya yang paling ketara adalah dari segi renangan serta bahan atau material yang digunakan.
Ditambah pula dengan corak dan warna yang sangat menarik telah mempengaruhi pertimbangan para pemancing. Terdapat banyak pilihan gewang harga murah di pasaran yang perlu anda cuba keberkesanannya.
Yang penting anda mampu menggayakan gewang itu sendiri bersesuaian dengan lokasi dan jenis gewang itu sendiri. Toman lazimnya tidak terlalu memilih jika anda menggunakan sebarang jenis gewang. Yang paling penting bagaimana anda persembahkan gewang.
Gewang juga tidak melakukan aksi gaya renangan secara automatik. Tanpa bantuan dari pemain yang berpengalaman, gewang mahal seperti tidak bernilai.
Jadi, pendapat yang mengatakan toman hanya boleh dipancing dengan gewang mahal adalah tidak tepat sama sekali.
Pendapat umpanian II
Kalau mampu pakai yang mahal, pakailah… kalau tak mampu, gewang pun jadi jugak. Tentang gewang mahal dan murah ni susah sikit nak cakap. Orang ni banyak macam.
Kalau yang suka pakai yang jenis mahal mungkin salah satunya adalah kerana kualitinya, lain pada yang lain, nak tarik tarik perhatian orang pun ya.
Mungkin juga minat dia mengumpul barang-barang berjenama… tapi yang murah pun tidak ada kurangnya jugak. Cuma kena la pilih-pilih sikit.
Murah tapi ada kualiti… mengikut atas kemampuan la. Kesimpulannya, terpulanglah pada pengguna nak pilih mana yang bersesuaian.
Tapi hakikatnya semua gewang ikan hentam. Asal ada aksi renangan yang bersesuaian dengan ikan yang diburu dan juga teknik individu.
Purata boleh dikatakan 70% skil individu yang mendapat strike termasuk bijak melihat keadaan tempat, cuaca, air dan persekitaran yang untuk menggunakan gewang apa ketika itu.
Pendapat Umpanian III
Ia adalah satu fakta bukan auta kerana ikan tak kenal gewang. Penjelasannya mudah saja… ikan toman adalah pemangsa yang rakus. Ia tidak memandang jenis gewang kerana sifatnya yang kejam.
Perbezaan yang ketara jika membandingkan aksi gewang mahal dan murah ialah pada persekitaran toman itu sendiri.
Jika tekanan casting tinggi aksi gewang memainkan peranan penting. Jika tidak, apa yang lalu pasti dihentam oleh toman.
“Kalau aku senang je. Dia buat banyak kali pun tak apa. Kemudian minta dia arrange satu trip. Tak perlu trip ribu riban harga dia, cukup cecah seribu sudahlah. Kemudian pada hari kejadian, pakat semua tarik diri. Baru dia ada akal!”
– Mie Nandrek
“Masuk aje nama terus kena bayar full. Tak ada booking nama pakai air liur je… no money no talk! Banyak lagi kaki pancing nak join.”
– Saipul Bahari
“Sekali buat perangai macam tu, tanpa alasan munasabah (contoh alasan, anak sakit masuk hospital) terus dibuang dari geng. Tidak akan diajak lagi sampai bila-bila. Sila pergi cari komplot lain.”
– Mohd Faizal Moin
“Team kami amal macam ni.. kalau last minute cancel, kena bayar tambang full jugak. Alhamdulillah team bagi kerjasama. Saya sendiri dah dua kali last minute kansel. Hasil pancing tetap dapat walaupun tak turun.”
– Jaih Zaraki
“Disarankan penganjur minta deposit sekurang-kurangnya 50% dan deposit hangus jika tarik diri saat akhir tanpa pengganti. Dalam soal ni penganjur kena tegas. Kalau penganjur sanggup payung takpe la.”
– Weslley Melina
“Senang saja. Tengok alasan dia dulu. Kalau munasabah okey, boleh terima. Kalau tak munasabah, jawabnya lain kali minta terus bayaran penuh dari dia, baru isi nama. Kalau dia nak tarik diri jugak, Alhamdulillah….”
– Nazri Rahim
“Ya… memang ada orang macam ni. Cara mendidik, kita atur satu trip lepas tu kita kansel last minute pulak. Tu je ubat dia, bagi ada akal sikit.”
– Mohd Afiz Mustapa
“Tengok dulu apa sebabnya dia kancel. Kalau takde sebab, next trip semua hasil tangkapan kita bahagi sama-sama kecuali bahagian dia je jangan kasi.. hehe.”
– Wi Zu Rai
“Sabar je la. Kadang-kadang ada hal yang tidak dapat dielakkan. Jadi teruskan aktiviti. Tapi kalau kerana dia semua trip kansel… sebat pakai joran, sorang sepuluh kali.”
– Azman Apot
“Tengok dulu alasan dia… logik ke tak logik. Kalau alasan dia bini tak bagi, suruh dia mintak cerai…! memang ramai yang kansel sebab takut bini. Puikkk!”
– Pak Tam
“Kali pertama kansel kita terima. kali kedua kansel terima lagi. kali ketiga kalau dia ikut… tolak dia kat tengah laut. Settle satu masalah kawan yang tak guna! Tak jadi kawan pun takpe la kalau ada orang camni.”
– Danish Bangkok
“Aku salah seorang daripada yang kansel last minute. Bapak masuk hospital dan anak lelaki patah kaki. Cukup tak alasan ni? Hehe… sori la kawan-kawan. Bukan disengajakan tu.”
– Jas Kiddin
“Paling haprak dah la tak join trip… lepas tu minta refund pulak. Memang dajei betul! Ishhh… geram pulok rasanya eh.”
– Fauzan Yaacob
“Memang pernah kena dan kami ada cara tersendiri untuk mendidiknya. Caranya kita orang asyik bercerita dalam grup pasal trip memancing yang dia tak pergi tu. Lama-lama dia malu sendiri dan keluar grup… hahaha. Korang boleh try guna kaedah ni.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...