Kelengkapan Memancing Waktu Malam Wajib Ada!!

Share

 

Torchlight atau lampu suluh wajib ada! Tak kiralah apa jenis lampu suluh sekalipun ia adalah keperluan kedua terpenting selepas peralatan memancing. Lampu kepala adalah pilihan terbaik malah ia menjadi satu kemestian.

Seboleh-bolehnya kurangkan penggunaan lampu suluh. Paling penting jangan menyuluh secara terus ke arah air.

Cahaya dari lampu suluh boleh menyebabkan ikan menjauhi kawasan pancingan kita, sebaliknya boleh mengundang haiwan berbahaya. Tabiat menyuluh ke air ini sememangnya sukar untuk dibuang oleh para pemancing.

 

 

Insect repellent atau kit penghalau serangga juga perlu ada demi untuk keselesaan memancing. Tidak kiralah dalam sapuan atau semburan. Kecuali, korang sudah kebal dengan gigitan nyamuk dan agas serta serangga-serangga hutan.

 

Nak pakai pakaian macam pergi pejabat pun boleh asalkan jangan serba-serbi warna hitam. Pakaian serba hitam memang bagus bagi penyamaran kerana ikan tidak nampak kehadiran kita tetapi tidak bagi nyamuk. Perkara lain, ia turut menyulitkan rakan sendiri kerana boleh menimbulkan banyak kekeliruan.

 

Sebaik-baiknya memancinglah secara berkumpulan. Walaupun cuma memancing di sungai belakang rumah atau tepi lombong, setidak-tidaknya ia dapat membantu jika berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.

 

 

Amalkan sikap menyimpan peralatan memancing yang tajam seperti mata kail atau pisau di tempat asal selepas digunakan. Jangan malas bagi mengelakkan kecederaan yang tidak diduga.

 

Sebaiknya juga buatkan unggun api bagi menjauhkan binatang-binatang buas dan berbisa menghampiri kawasan pancingan kita (peringatan : jangan pula korang buat unggun api jika memancing di atas sampan!)

 

Jika perlu, tabur belerang dalam bentuk lingkaran bagi memagari kawasan korang memancing. Ia bertujuan untuk menghalang binatang atau serangga berbisa memasuki kawasan korang. Namun, jangan biarkan belerang itu terlepas masuk ke kawasan air.

 

 

IKLAN