Sebaiknya gunakan baju berlengan panjang dan dan seluar panjang untuk menghindari daripada gigitan nyamuk dan agas. Apatah lagi jika anda memiliki kulit jenis sensitif. Sesetengah serangga seperti agas, gigitannya boleh menyebabkan kudis. Tetapi paling bahaya adalah nyamuk aedes yang boleh menyebabkan demam denggi.
Ads
Gunakan penyembur nyamuk untuk menghindari gigitan nyamuk atau sebarang produk kesihatan lain. Selain untuk selesa dan paling penting mengelakkan anda dari terkena demam denggi atau malaria.
Ads
Gunakan lampu suluh kecil untuk kegunaan kecemasan seperti membuka mata kail pada mulut ikan. ini kerana tidak semua port memancing seperti kolam pancing menyediakan pondok yang ada lampu. Jika memancing di port liar, lampu suluh adalah kelengkapan wajib!
Ads
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Percaturan dibuat lebih kepada persediaan mencandat sambil beralih angin seketika. Tapi bila dah jemu menunggu sotong yang kadang-kadang muncul, kadang-kadang menyepi barulah desakan tukar tajuk sotong ke tajuk ikan pula. Namun bila dah tengah waktu dah nak gelincir pagi memang susah sedikit untuk ajak tekong berpindah.
Justeru kaki pancing sedaya upaya bertahan sambil berusaha mendapat sedikit sotong sebagai umpan memancing ikan. Manakala untuk umpan tekak memang tak lepas. 3 ekor seorang untuk dibawa pulang amat memeritkan. Begitu pun tekong kami cukup faham apabila terpancar kekecewaan di wajah pemancing separuh abad. Malah tekong sendiri turut berkerut dahi apabila melihat hasil sotong di luar jangkaan.
Lantas bagi menjernihkan sedikit wajah-wajah kecewa, lokasi batu karang tempat biasa beliau memancing ikan dituju sementara otai-otai mengambil peluang beradu di kabin bot yang bising dengan deruman enjin lori Nissan dari perut bot.
Bab memancing ikan tidak perlu diajar lagi buat otai laut, masing-masing tahu untuk melakukannya sendiri. Cuma perbezaan paling ketara yang saya perhatikan ramai pengail era 50an lebih cenderung menggunakan tali mono sebagai tali utama dan dipadankan dengan joran gentian kaca.
Kekili paling top di kalangan otai Port Klang ialah Banax SX5000 dimuatkan dengan tali mono 60lb. Jadi kapasiti muatan hanya sekitar 100 meter lebih. Banyak kekili tersadai apabila digunakan di kawasan yang berkedalam lebih 200 kaki. Panjang tali boleh cecah ke dasar tetapi tali boleh tidak mampu membelah air dengan baik dan sering tersasar jauh untuk memastikan batu ladung mencecah dasar.
Begitu juga dengan sensitiviti peralatan tidak begitu sensitif mengesan getuan kecil pada hujung joran. Memang peralatan pancing ini cukup popular pada waktu dahulu. Bila sudah menjadi kebiasaan menggunakan set pancing begini, mereka tidak berminat menggunakan tali sulam mahupun joran masa kini yang berteraskan grafit.
Masih setia dengan `lb’ berbanding `PE’. Begitu pun hal ini tidak begitu menjadi masalah utama jika bijak menangani sesuatu situasi dengan baik. Malah hal ini tidak diambil pedulu oleh kaki pancing otai Port Klang asalkan boleh layan dengan apa jua set peralatan yang digunakan. Kecanggihan bukan soal pokok kerana kepuasan terletak macam mana individu itu menghayati aktiviti memancing.
Banyak kelebihan menggunakan sotong candat sebagai umpan berbanding sotong pasar. Walaupun terpaksa berkorban sotong yang dihajati untuk umpan tekak, ikan yang berjaya ditawan menjadi pengubat pula. Kalau dipasangkan sebelah menyebelah dengan peralatan yang serupa keduanya, antara umpan sotong candat dengan sotong pasar, kita akan tahu jawapannya.
Kalau setakat beberapa ekor dicandat memang tak ada baki lagi. Kalau yang bijak mereka akan sorok beberapa ekor sotong yang gadang untuk ditunjukkan kepada isteri bila balik nanti. Takut nanti bini tak percaya suaminya pergi memancing kalau tiada bukti yang dibawa pulang atau bimbang akan ditertawakan kalau pergi mencandat tapi tak bawa balik hasil. Besar atau kecil sotong dibalun untuk dijadikan umpan.
Tak perlu sayang-sayang kalau nak memancing dan mendapat hasil yang baik. Kalau kecil pasang sekor-sekor, kalau besar bahagian kepala dahulu yang hilang ditibai kerana kepala sotong amat cepat menerima ragutan berbanding menggunakan badan. Mata sotong yang bersinar serta sesungut yang mengambai-ngambai seolah-olah membuatkan ikan tidak dapat menahan nafsu makannya.
Kata orang tua-tua, ikan kalau terserempak sahaja umpan kepala sotong bersinar di tengah kegelapan malam memang tak bagi change lagi. Siaplah jaga joran tu jangan sampai habis tali dilarikan atau lebih naya kalau joran terjun laut bila tak beringat!
Sebab itu bila guna umpan mujarab, duduk dan tunggu joran tu kerana waktu ikan menyembat joran tanpa waktu yang kita sangka. Tiada tanda dan banyak terjadi sekelip mata. Malah di depan mata ketika pemancing belum sempat buat apa-apa.
Seperkara yang lain pula kita tentu tidak menyediakan peti ikan besar kerana untuk sotong memadai bawa 48qt Coleman. Alih-alih bila sotong tak menjadi, ikan pula saiz tidak muat peti. Tarik ikan berskala besar memang seronok, puas melayan namun ia memeningkan apabila tiba di jeti.
Kena pula ikan yang tidak begitu bernilai di kaca mata tekong, maka terpaksa pemancing menguruskan ikan untuk dibawa pulang. Tidak berbaloi untuk dijual. Jadi terpaksa jadi pakar bedah, tukang kerat hasil mengikut jumlah ahli trip. Sekor dua mudah cerita, tapi kalau dah banyak tambah lagi sakit tulang belakang.
Di mana saja rata-rata pemancing tentunya ingin mengena ikan yang berskala `sakit tulang belakang’ tidak kira tua atau muda kerana ia adalah lumrah di kalangan pemancing. Dalam trip ini penulis terjumpa dengan pemancing yang enggan ikan besar meragut umpannya. Bimbang susah nak dikendalikan serta buat sakit badan katanya lagi.
Jika dibuat perbandingan antara buah sawit segar dengan buah sawit yang telah diperam, kelah lebih memilih untuk mengambil buah sawit peram. Oleh yang demikian, sebaiknya gunalah umpan sawit peram. Tapi bagaimana nak menghasilkan sawit peram? Ini dia petua dan teknik yang kami kumpulkan sebagai perkongsian untuk anda.
Kaedah Memeram Sawit
Dapatkan buah kelapa sawit yang dah masak sebanyak mungkin. Buah sawit yang betul-betul sudah masak adalah buah yang gugur di pangkal pokok. Atau cari saja buah-buah lerai berdekatan dengan kawasan pokok.
Bungkus semua buah sawit dengan kertas surat khabar. Pastikan semua buah dapat dibungkus dengan sempurna. Selepas itulah ikat bungkusan dengan apa-apa tali bagi mengelakkan bungkusan tersebut terburai.
Seterusnya masukkan sawit yang dibungkus surat khabar itu ke dalam beg atau karung plastik yang besar dan tahan koyak. Pek plastik beras 5kg atau 10kg amat sesuai digunakan. Atau pek plastik pampers bayi pun bagus sebab tahan lasak. Bungkus dan ikat dengan ketat supaya udara tak boleh masuk.
Selepas 7 hari atau seminggu, buka ikatan dan tengok hasilnya. Lazimnya surat khabar yang membungkus sawit akan jadi basah atau lembab kerana proses pengewapan. Jadi, gantikan kertas surat khabar ini dengan kertas yang baru. Kemudian ulangi semula proses sama dan peram lagi selama seminggu.
Selepas minggu kedua, biasanya sawit sudah lembut dan sesuai untuk jadikan umpan. Tapi jika inginkan aroma sawit yang lebih dan buahnya lebih lebih lembut, boleh ulangi proses menukar kertas surat khabar dan bungkus atau peram untuk tempoh seminggu lagi.
Lain tempat lain caranya… ikuti pengalaman saya melihat sendiri bagaimana nelayan Pulau Aman di Pulau Pinang mencari sotong kurita untuk dijadikan umpan. Sotong kurita sememangnya menjadi antara umpan kegilaan kaki pancing terutama yang mahu menaikkan spesies seperti jenahak.
Percaya atau tidak harga sotong kurita sebagai umpan boleh mencecah sehingga RM15 seekor ketika ini. Memang lumayan. Tapi tahukah anda bagaimana nelayan pantai mendapatkan sotong kurita untuk dijual? Menongkah merupakan cara bagi komuniti di Pulau Aman mencari sotong kurita.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...