Kelas Asas Memancing : Simpulan J Loop

Share

 

Simpulan J atau J Loop merupakan satu simpulan atau ikatan untuk menyambung dua tali yang sama atau berlainan jenis.

Ia boleh digunakan untuk menyambungkan perambut pendek pada tali utama dengan cepat. Namun ia bukanlah satu ikatan sambungan yang kemas dan sesuai untuk sambungan tali yang biasa-biasa saja.

 

LANGKAH 1

 

Temu dan tindan kedua-dua bahagian hujung tali yang ingin disambungkan.

 

LANGKAH 2

 

Dalam anggaran sejengkal dari bahagian hujung tali, buatkan satu simpulan biasa tanpa menjerutnya terlebih dahulu.

 

LANGKAH 3

 

Hujung tali itu kemudiannya dimasukkan kembali ke dalam simpulan (hujung tali berada di atas simpulan) dan kemudian dikeluarkan kembali dari simpulan (hujung tali berada di bawah bahagian tali simpulan).

 

LANGKAH 4

 

 

Setelah bahagian hujung tali keluar dari simpulan, tarik bahagian kedua-dua hujung tali dan tali utama sehingga terbentuk satu ikatan penyambungan.

 

LANGKAH 5

 

Bahagian lebihan tali kemudiannya dipotong dan terhasillah ikatan simpulan J Loop dalam masa yang sangat singkat.

IKLAN