Kelas Asas Memancing – Ikatan Unique Outside!!

Share

Unique outside knot ini merupakan ikatan yang berasaskan simpulan. Semakin banyak simpulan maka semakin kukuhlah ikatannya. Namun ia lebih sesuai digunakan pada mata kail bercincin atau swivel dan menggunakan kevlar atau perambut sulam.

 

Step 1

 

Masukkan  tali perambut melalui lubang cincin mata kail dari arah belakang.

 

Step 2

 

Buatkan satu lingkaran dengan hujung perambut berada di atas tali perambut.

 

Step 3

 

Selitkan hujung  tali ke bawah tali utama dan masukkan ke dalam lingkaran tadi

 

Step 4

 

Ulangi langkah itu sekurang-kurangnya tiga kali

 

Step 5

 

Perlahan-lahan tarik hujung tali sehingga ikatan terbentuk.

 

Step 6

 

Kemaskan  ikatan yang terhasil agak tidak bertindan atau berketul.

 

Step 7

 

Tarik tali utama hingga ikatan rapat pada hujung cincin mata kail. Potong lebihan tali dan ikatan sudah menjadi sempurna.

IKLAN