
Improved Albright Knot merupakan ikatan bagi menyambungkan tali utama (tali sulam atau braided) dengan perambut kejutan atau shock leader sama ada mono filamen atau fluorocarbon.
Ia satu ikatan yang agak mudah untuk dilakukan tetapi sangat kemas.
Langkah 1
Lingkarkan hujung perambut (floruocarbon) dan pegang keduanya bersama.
Langkah 2
Ambil tali utama (tali sulam) dan masukkan hujungnya melalui bawah lingkaran.
Langkah 3
Panjang tali utama untuk dibuat lilitan sekurang-kurangnya 6 inci dan mulakan lilitan pada lingkaran tersebut
Langkah 4
Buat lilitan 7-10 kali
Langkah 5
Teruskan lilitan dengan melawan arah pula
Langkah 6
Lakukan lilitan dengan jumlah yang sama seperti lilitan tadi
Langkah 7
Masukkan hujung tali utama ke dalam lingkaran dari bahagian atas pula
Langkah 8
Pegang kedua-dua tali dan tarik sehingga ketat. Boleh basahkan lilitan untuk ikatan yang lebih kemas
Langkah 9
Ikatan Improved Albright yang sudah boleh digunakan.
Langkah 10
Sulamkan tali utama dengan mulakan dari bahagian atas dan tarik hingga ketat
Langkah 11
Selangseli pula dengan sulaman dari bahagian bawah
Langkah 12
Setelah terhasil sulaman sekitar 10 kali, matikan simpulan tersebut
Langkah 13
Potong lebihan tali utama dan tali perambut
Langkah 14
Sebaiknya juga bakar hujung tali untuk kemasan yang lebih baik
Langkah 15
Ikatan yang telah siap.
Teknik Pancingan & Umpan Ikan Big Eye Trevally!!

Pemilihan umpan alami tidak memeningkan kepala bagi pemancing yang mengemari teknik jigging, casting dan popping, tetapi pilihan jenis gewang yang sesuai amat perlu.
Pengalaman saya cupak jarang menyambar gewang ketika menunda. Tetapi lebih berkesan jika jigging atau casting. Waktu siang aktiviti casting biasanya tertumpu di sekitar tepi pulau atau batu karang terutama ketika air besar.
Gewang selaman dalam untuk casting amat sesuai untuk spesies bermata besar ini. Gewang bersaiz 14 ke bawah dan berwarna garang menjadi pilihan bagi pengemar casting di kawasan batu ini.
Selain itu, sesudu, metal jig dan popper juga boleh digunakan di kawasan yang sama.
Waktu malam metal jig yang boleh menyimpan cahaya (luminous) banyak digunakan secara meluas selain jig yang berkilat dengan kilauan chrome.
Jig yang bercahaya pada malam hari mempunyai daya tarikan yang kuat kerana ia mudah dikesan oleh kumpulan cupak.
Pemancing mempunyai pilihan sendiri merujuk kepada kuasa membeli dan keberkesanan ia digunakan dalam satu-satu keadaan. Lebih tepat lagi tidak semua produk sesuai pada satu-satu masa.
Pelbagai jenama dan jenis diperlukan setiap kali pemancing pergi melakukan aktiviti casting dan jigging.
Bagi yang mengunakan umpan pula, ikan terbang adalah yang terbaik memburu cupak. Hanyutkan ia di belakang bot keluar sedikit dari kawasan cahaya lampu di mana kawanan cupak dikenal pasti bermain dan menangkap ikan liar.
Umpan ikan terbang hidup ini sukar diperolehi kecuali yang berjaya disauk apabila datang menghampiri bot pada waktu malam.
Selain itu sotong cumit (sama ada seekor hidup atau hirisan), udang (anda boleh cuba udang lipan) hidup) boleh digunakan sekiranya tiada pilihan umpan. Labuhkan sama ada hanyut, pertengahan air ataupun dasar kerana cupak meronda di semua kolum air.
Cupak adalah jenis ikan yang suka menyambar secara tiba-tiba. Peralatan yang digunakan perlu ada kemampuan memberi, menahan dan mengepam ikan terutama saiz yang melebihi 5kg.
Ini kerana tabiat cupak (kalau yang merembat di atas air) akan melarikan tali pancing, jadi anda perlu `beri tali’, kemudian ia menjunam di pertengahan air, ‘bertahan’ dan berlegar di bawah permukaan air, kemudian ia adalah masa untuk mengarau tali.
Untuk aktiviti popping dan casting, kekili jenis spinning lebih mudah dikendalikan, jigging dan teknik umpan alami lebih sesuai mengunakan kekili multiplier.
Ramai pengemar casting dan jigging mengunakan tali sulam atau braided kerana mudah dan cepat membalas.
Jika mengunakan mono sambungkan tali sulam 10 hingga 30 kaki di hadapan sebagai penanda ketika jigging kerana jika leka kemungkinan jig akan singgah ke muka anda!
Joran yang sesuai adalah jenis grafit dengan kekuatan 15Ib hingga 30Ib. Pakai joran halus dan ringan tetapi kuat memberi kelebihan dari segi lontaran serta tidak lenguh memegang dalam tempoh yang lama.
Tali utama berkekuatan 20Ib hingga 40Ib cukup memadai kerana ia memberi peluang ikan untuk fight dengan kita. Itu sebenarnya yang kita mahu!
baca juga Kenali Ikan Cupak
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Potensi Memancing Di Benteng Pemecah Ombak

Untungnya jadi kaki pancing yang tinggal berdekatan muara. Saban masa dihabiskan memancing di sana. Walau ada masa beberapa sekali pun. Masih sempat untuk melabuhkan joran. Kalau yang tinggal di Lembah Kelang, kolam komersial menjadi tumpuan, memanjangkan lagi sengih taukeh kolam.
Mahu tidaknya, pelanggan datang bertambahlah kutipan harian. Di muara yang ditambak batu, tidak ada taukeh yang menanti untuk mengutip duit tol. Semuanya percuma. Yang perlu dibawa hanyalah peralatan memancing dan umpan.
Muara sungai yang mempunyai benteng pemecah ombak selain mengawal hakisan menjadi struktur konkrit terbaik sebagai tempat perlindungan ikan. Teritip yang melekat pada batu menjadi sumber makanan selain daripada sumber yang dihanyutkan dari sungai ketika air sedang menyongsong surut.
Kita jangan anggap ikan tidak ada di celah-celah batu kerana sebarang makanan yang melintas di hadapan akan disambar.
Peluang ini mestilah digunakan sebijaknya untuk mendapatkan ikan di muara. Tidak perlu mengangankan ikan saiz besar dengan membuat balingan jauh ke tengah, yang akhirnya musnah apabila tersangkut pada batu.
Praktikkan di kawasan beberapa kaki saja dari tempat anda duduk memegang joran kerana potensi yang ada tidak ramai yang sedar.
Di sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia, benteng pemecah ombak diwujudkan kerana masalah hakisan berlaku dengan teruk. Setiap hujung tahun, angin monsoon yang kuat beserta ombak besar sering menjadi malapetaka yang amat ditakuti.
Setiap kali bencana alam semulajadi ini datang, bentuk daratan sedikit sebanyak menerima kesan. Selain daripada kelebihannya mengawal hakisan, ia juga bertindak sebagai rumah ikan yang baru dan lebih selamat walaupun bahayanya tetap ada dari daratan.
Proses perubahan ala mini sebenarnya membuatkan manusia berfikir untuk mewujudkan bentang dan tanpa disedari, juga telah mewujudkan sarang ikan yang akan menjadi salah satu tempat tumpuan kaki pancing saban hari.
Kebiasaannya, spesies yang dicari di muara tentunya yang bersisik seperti siakap, siakap merah dan kerapu. Di pasaran, spesies ini mempunyai harga yang tinggi dan menjadi buruan kaki pancing muara. Pelbagai teknik pancingan digunakan seperti penggunaan gewang hinggalah kepada umpan semulajadi yang masih menjadi pilihan.
Ada yang tidak sedar, bongkah-bongkah batu yang dipijak ketika melabuhkan pancing menjadi sarang persembunyian terbaik bagi ikan-ikan kecil. Yang bersaiz besar menanti di ruang yang lebih terbuka, mencari peluang terbaik membuat serang hendap.
Kaki pancing lebih banyak yang memilih untuk membaling umpan jauh ke tengah dasar, mencari habuan bersaiz besar walaupun kadang-kadang keluarga ikan bermisai yang melahap umpan. Lebih parah lagi, mata kail yang digunakan sering tersangkut pada batu dan kaki pancing terkial-kial menarik tali bertujuan melepaskannya.
Cara ini lebih banyak membuang masa kerana selepas itu terpaksa membuat perambut baru dan bagi yang sudah membawa perambut spare, masa boleh dijimatkan. Tetapi, dapatkan kita bersabar dengan kerenah yang sering saja berlaku itu? Sekali nak periksa umpan, terpaksa menarik batu dahulu dan keadaan ini sebenarnya merimaskan.
Satu cara terbaik bagi saya ialah memancing tanpa menggunakan batu ladung dan membuat balingan yang jauh. Cukup sekadar apa yang berada di depan mata dan juga di celah-celah batu yang dipijak.
Di situ juga tidak mustahil untuk menemui spesies kegemaran kerana pemangsa yang sedang menanti makanan melintas di hadapannya. Kaku dan tidak bergerak di sebalik batu tanpa disedari.
Seperti teknik casting, kita perlu banyak membuat balingan dan gerakan dalam mencari kawasan yang berpotensi dapat menghasilkan ikan.
Cara memancing kawasan batu ialah sekadar menghulurkan umpan di celah-celah batu atau menghanyutkan saja umpan. Cara ini dirasakan lebih berkesan kerana umpan yang dihulurkan bertindak seperti makanan yang jatuh atau hanyut dan tersekat-sekat mengikut aliran air.
(Sumber: Che Hasruddin)
Tip Pancing Belanak Yang Perlu Diketahui!!

Pasti ramai juga yang tertanya-tanya, adakah spesies belanak ini boleh dipancing menggunakan joran? Jawapannya, YA, memang boleh.
Tetapi untuk memburu spesies ini bukanlah mudah, terutama bagi spesies belanak bersaiz besar yang turut dikenali dengan nama tamok, jempul dan loban.
Spesies yang bersaiz besar ini dikatakan boleh mencapai berat sehingga 2 kilogram, malah mungkin ada yang lebih besar dari itu.
Gunakan set pancing yang ringan (light set).
Main line tidak melebihi 12 lb (dikatakan tali yang lebih halus lebih berkesan untuk memburu spesies ini).
Mata kail bersaiz kecil (mata kail udang saiz 7 dikatakan paling efektif). Ada pemancing yang menggunakan mata kail yang banyak, sama seperti mata bom atau mata rambai untuk memancing spesies ini.
Jika memancing di rumah rakit, kelong, umpan popular adalah menggunakan roti. Cebisan roti akan ditabur sedikit demi sedikit di kawanan tamok agar ia menghampiri pemancing bagi memudahkan balingan umpan yang berisi mata kail dilakukan.
Pastikan mata kail tajam. Pelampung bersaiz kecil perlu digunakan dan jarak pelampung dengan mata kail hanya sejengkal sahaja.
Bila pelampung tenggelam, sentap perlahan, agar mata kail tertusuk ke mulut ikan belanak.
Ada juga yang berpendapat penting untuk merasuah dahulu ikan belanak ini dengan biskut yang telah dihancurkan.
Selain umpan dan mata kail, ada juga yang berjaya memperdaya ikan ini menggunakan bom jaring (bomb net) dan baling pada kawanan belanak tersebut.
Pasti ada yang akan tersangkut di jaring itu. Namun dengan cara ini, Ia tidaklah begitu thrill jika dibandingkan memancing menggunakan umpan dan mata kail.
Jom join port baru di www.facebook.com/umpania101