Ikatan asas mata kail atau basic hook knot merupakan salah teknik ikatan mata kail yang bukan sekadar mudah untuk dipelajari bahkan juga satu ikatan yang kuat.
Sama ada mata kail diikat dengan perambut nylon atau tali sulam, kedua-dua boleh diikat dengan kemas dan kukuh.
Langkah 1
Masukkan tali perambut kira-kira sejengkal melalui lubang cincin mata kail. Sebaiknya masukkan hujung tali melalui arah belakang mata kail.
Langkah 2
Masukkan kembali hujung tali perambut melalui lubang cincin arah hadapan. Jangan ditarik habis kerana ia menyebabkan tali terkeluar dari lubang cincin.
Langkah 3
Hujung tali itu kemudiannya dimasukkan ke dalam simpulan yang terhasil tadi.
Langkah 4
Kecilkan simpulan pertama yang terhasil tadi dengan menarik bahagian punca tali perambut utama.
Langkah 5
Mulakan lilitan dengan bahagian hujung tali perambut pada teras mengarah ke mata kail.
Langkah 6
Lakukan sekurang-kurangnya 5 kali lilitan dan masukkan hujung tali perambut ke dalam simpulan kedua tadi.
Langkah 7
Basahkan lilitan tali perambut dan tarik kedua-dua tali perambut perlahan-lahan.
Langkah 8
Sila pastikan lilitan tersusun kemas kemudian barulah tarik ikatan sehingga kemas. Potong lebihan tali dan ikatan telah siap.
Syarat utama kalau nak buat ikatan ini kena la ada ibu jari tangan. Sebab itulah namanya thumb knot atau ibu jari. Teknik ikatan ini sesuai untuk mengikat swivel atau mata kail bercincin dengan menggunakan perambut nylon yang berdiameter tebal.
Tutorial 1
Masukkan hujung perambut menerusi cincin swivel atau mata kail kira-kira sejengkal atau lebih bergantung kepada keselesaan korang. Lingkarkan tali perambut (bahagian hujung) ke bawah perambut utama dan kepit bahagian pertemuan perambut tersebut dengan ibu jari dan jari telunjuk.
Tutorial 2
Lilitkan bahagian hujung perambut pada ibu jari dan biarkan lilitan itu menghala ke pangkal kuku.
Tutorial 3
Buatkan lilitan kedua dengan keadaan lilitan tersebut berada di hadapan lilitan pertama ke arah pangkal kuku.
Tutorial 4
Buatkan lilitan yang sama sekurang-kurangnya tiga lilitan. Jika perambut diameter lebih halus, seeloknya buat 5 lilitan.
Tutorial 5
Masukkan hujung perambut ke menerusi ketiga-tiga gelungan (yang terbentuk hasil lilitan) yang dihasilkan tadi.
Tutorial 6
Tarik perlahan-lahan simpulan yang dihasilkan merapati cincin swivel.
Tutorial 7
Ketatkan simpulan yang telah dihasil dengan sempurna.
Tutorial 8
Potong lebihan hujung perambut dan ikatan telah pun siap dihasilkan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...