Ikatan Marshalls Snare ini amat mudah dan ringkas namun ia cukup praktikal. Sama ada mengikat langsung menggunakan tali utama ataupun perambut mono serta fluorocarbon, ia mampu menghasilkan satu ikatan yang kemas dan mampu bertahan.
UMPAN T&T – Marshall’s Snare Knot
Langkah 1
Ikatan untuk menyambungkan tali tangsi atau sulam dengan swivel atau mata kail bermata cincin.
Langkah 2
Lingkarkan tali kira-kira sejengkal.
Langkah 3
Buatkan satu simpulan tanpa ikatan pada bahagian tali utama.
Langkah 4
Masukkan hujung lingkaran tali ke dalam cincin swivel.
Langkah 5
Kemudian masukkan pula hujung lingkaran melalui swivel keseluruhannya.
Langkah 6
Masukkan pula hujung tali ke dalam lingkaran yang tersebut.
Langkah 7
Tarik hujung tali dan tali utama sehingga ikatan kemas terbentuk.
Langkah 8
Potong lebihan hujung tali dan sebaiknya bakar hujungnya.
TN knot juga disebut super ring knot atau simpulan cincin merupakan ikatan yang paling popular dalam dunia jigging. Terutamanya jigging perlahan. Ikatan ini boleh dikatakan digunakan hampir kesemua jigger di negara kita. Jadi, korang patut cuba hasilkan ikatan ini.
Tutorial 1
Masukkan leader atau perambut ke dalam cincin swivel atau mata kail. Leader paling baik untuk ikatan ini ialah material fluorocarbon 100%.
Tutorial 2
Masukkan lagi sekali hujung tali ke dalam lubang cincin. Pastikan juga hujung leader agak panjang supaya banyak lilitan dapat dibuat nanti.
Tutorial 3
Pastikan simpulan yang dihasilkan tidak bertindih kerana ia boleh menjejaskan kualiti ikatan.
Tutorial 4
Tarik hujung tali melalui bahagian bawah tali utama.
Tutorial 5
Kemudian masukkan hujung ke dalam semua simpulan yang terhasil.
Tutorial 6
Tarik hujung tali dan tali utama sehingga ikatan menjadi kuat dan pastikan ikatan ini tidak bertindih.
Tutorial 7
Buat simpulan biasa bermula dari bahagian atas tali utama dan ketatkan.
Tutorial 8
Simpul pula dari bahagian bawah tali utama dan ketatkan.
Tutorial 9
Setelah membuat simpulan sekurang-kurangnya 10 kali, buat dua lilitan dalam satu simpulan bagi tujuan mematikan ikatan.
Tutorial 10
Potong lebihan tali dan bakar hujungnya.
Tutorial 11
Ring knot atau TN knot yang telah siap dalam masa singkat.
Teknik ikatan lelabah atau spider hitch loop knot merupakan satu kaedah simpulan dan ikatan untuk menghasilkan satu loop atau gelung yang sempurna. Gelung yang terhasil ini biasanya digunakan untuk menyambungkan swivel atau boleh juga untuk menyambungkannya dengan tali mono. Cara menghasilkan loop ini juga mudah dan boleh dihafal dalam masa yang amat singkat. Jom sama-sama buat!
Tutorial 1
Lipatkan tali sulam mengikut saiz loop yang anda inginkan. Kalau loop yang besar, panjanglah tali yang perlu dilipat dua.
Tutorial 2
Kepit bahagian tindanan tali di bawah ibu jari dengan jari telunjuk sebagaimana di dalam gambar.
Tutorial 3
Kemudian lilit tali berkembar pada ibu jari menghala ke arah hujung kuku. Pastikan lilitan ini tidak bertindih.
Tutorial 4
Kemudian masukkan bahagian lengkungan tali ke dalam gelung yang dikepit di celah jari.
Tutorial 5
Tarik perlahan-lahan hingga lilitan pada ibu jari melurut turun secara satu persatu.
Tutorial 6
Pastikan bahagian tali yang dikepit tidak terlepas.
Tutorial 7
Simpulan yang terhasil sebelum diketatkan. Sebaiknya perhatikan simpulan ini tersusun cantik agar tidak bertindan apabila diketatkan.
Tutorial 8
Tarik bahagian hujung dan pangkal tali dengan kuat sehingga ikatan terjerut kemas.
Tutorial 9
Kemaskan ikatan dengan memotong bahagian lebihan tali yang tidak diperlukan lagi.
Tutorial 10
Ikatan lelabah yang telah siap dan boleh digunakan untuk mengikat swivel atau disambung dengan tali leader.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...