Kelas Asas Memancing – Fungsi Asas Snap & Swivel!!

Share

 

Kita gunakan kili supaya ia bertindk sebagai penghenti gelongsoran batu ladung sepanjang tali sehingga ke mata kail, dan kita mahu ia menghindarkan masalah tali berpintal.

Untuk tugasan pertama itu, kili jarang gagal jika ia diikat dengan betul. Tetapi untuk tugasan kedua, terdapat darjah-darjah akan bagaimana ia memainkan peranannya dengan baik.

 

baca juga Terminal tackle: Jenis-jenis klip – part 3/3

 

Kili bergalas bebola berkualiti tinggi sememangnya lebih mahal harganya dan lancar putarannya agar tali bebas dari berpintal.

Tetapi ketahanan dan kos harganya bergantung kepada gred logam tahan karat pada galas bebola tersebut.

 

Kili tembaga murahan berpadanan dengan kerendahan kualitinya, justeru kurang tahan, terutama dalam situasi yang agak kasar misalnya apabila memancing di perairan berarus laju.

 

Jika menggunakan teknik mata kail berangkai, umpan ikan biasanya berpintal, terutamanya di pantai berombak.

Jadi, masalah tali berpintal ini perlu diselesaikan. Pilihlah kili yang bagus putarannya.

Ia lebih bagus berbelanja lebih sedikit membeli kili yang berkualiti daripada perlu menukar tali pancing yang rosak.

 

baca juga Masalah & Penyelesaian Dalam Penjagaan Kekili Baitcaster

 

Kebanyakan kili dihasilkan berwarna hitam, berkilat dan berwarna tembaga. Lazimnya, kili hitam biasanya agak mahal berbanding warna tembaga.

Penggunaan kili hitam dan berkilat dikatakan mampu mempengaruhi hasil tangkapan, namun peratus perbezaannya amat kecil.

Yang lebih penting adalah faktor ketahanan berbanding warnanya.

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

IKLAN