Kaedah Mancing Tenggalan Penduduk Sungai Perak

Share

 

Bagi korang yang berhajat untuk memancing tenggalan di Sungai Perak, sedikit sebanyak korang perlu tahu panduan atau tip agar hasil pancingan itu berbaloi. Berdasarkan pemerhatian penulis, rata-rata pemancing di sini menggunakan joran sepanjang 8 kaki dan ke atas atau rod surfcasting (joran pantai).

 

 

Ia sangat berguna untuk mendapatkan jarak balingan yang jauh memandangkan keadaan permukaan sungai yang luas. Terutamanya untuk membolehkan umpan sampai ke alur atau laluan sungai yang mana merupakan laluan ikan juga.

 

Pemancing di sini yang memburu tenggalan masing-masing datang dengan bekal umpan hasil resipi sendiri. Rata-rata umpan yang diadun terdiri daripada bahan asas seperti dedak, kelapa sawit dan gandum.

 

 

Terdapat juga sesetengah yang menggunakan palet dan cengkerik. Jika berhajat untuk mengetahui umpan power menjinak tenggalan, pandai-pandai ayat manis dengan pemancing otai.

 

Antara teknik yang paling popular di sini ialah penggunaan mata bom. Selain itu, penggunaan mata rambai juga banyak diaplikasi oleh pemancing di sini selain mata tunggal dan dua mata.

 

 

Apa pun, musim tenggalan menjadikan sekitar Sungai Perak agak meriah dengan kebanyakan lubuk sepanjang sungai pasti dihuni oleh pemancing dari pelbagai golongan usia.

 

IKLAN